Masa berlalu pergi begitu pantas sekali.Bagi diriku,Tahun 2011 tahun yang amat mencabar.Mungkin juga Allah mahu menguji sejauh mana keimanan aku terhadapNya.
Di awal Muharam ,aku telah berdoa semuga Allah menjadikan tahun ini penuh keberkatan dan semuga aku menjadi hamba yang sentiasa bertaqwa.Begitu juga,aku mendoakan agar anak-anak aku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah .
Tahun ini menjadi sepi tanpa kehadiran ibuku dan juga suamiku.Aku pasrah dan aku redha dengan kehendak Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu kerna sesungguhnya segala kejadian ini semua ada hikmahnya.Aku amat bersyukur kerna di saat ini, aku masih dikurniakan nikmat kesihatan dan nikmat waktu lapang yang mana sepatutnya aku gunakan sebaik-baiknya untuk mengabdikan diriku kepada Allah swt dengan meningkatkan amal ibadat dan melakukan kerja-kerja amal kebajikan.Aku juga bersyukur kerna masih diberi rezeki yang banyak dan tempat tinggal yang selesa walaupun ketiadaan kedua insan yang amat ku kasihi disampingku
Sesiapa pun tidak tau akan bila tarikh matinya.Semuga sisa-sisa hidupku dapat diisi dengan mendekatkan diriku pada Allah yang Maha Agung.
Hanya pada Allah sajalah aku berserah diri dan memninta pertolongan.
Hasbunallah wanikmal wakil
No comments:
Post a Comment