Pagi ni aku bersama anakku Maryam dan papa Maryam bersarapan di Bangsar,kemudian kami terus ke Taman Melati untuk mengambil barang-barang kenalanku yang akan dihantar pulang malam ni.Alhamdulillah,setelah segalanya selesai kami balik terus ke Shah Alam.Sempat juga aku membeli barang-barang makanan untuk dibawa pulang ke negaranya.Penat sungguh rasanya.Jam berjalan begitu pantas.Belum pun sempat aku berehat,jam dah hampir pukul 4 petang.Mujur juga anak perempuanku Malina baru saja pulang dari kolej,terus saja aku mengajak dia menemani aku ke KLIA .Hari ini cuaca mendung dan muram , hujan rintik-rintik.Malina memandu kereta dengan agak laju.Aku beristigfar berulang kali dan tak berhenti-henti berzikir.Aku sampai di sana sebelum pukul 5 petang.Setelah sampai ke Balai perlepasan di Tingkat 5,mataku liar mencari-cari pegawai imigresen.Alhamdulillah,aku terlihat beberapa orang rakyat Indonesia sedang duduk mencangkung di atas lantai.Di sana juga aku nampak 2 pegawai sedang mengawasi mereka.Aku terus berjalan menuju ke arah tersebut.Aku memberi salam,dan aku bertanya pada pegawai tu,bagaimana dapat aku memberi bagasi kepada kenalanku.Pegawai tu tak berapa gembira dengan pertanyaanku.Dengan tegas dia jawab tak dibenarkan.Hatiku rasa sangat sedih.Tiba-tiba saja,muncul kawanku dan isterinya yang sedang sarat mengandung.Dia juga bertanya soalan yang sama pada pegawai tu dan jawapan yang serupa juga dijawab olehnya.Kami berempat tak terkata apa-apa lagi.Apa boleh buat.Kawanku kata jangan risau,barang-barang itu boleh dihantar melalui pos kargo.Dalam masa kami sedang berbincang,muncul kembali pegawai imigresen tersebut.Mungkin dia bersimpati dengan kami kut,dia kata ,dia akan cuba menghantar barang-barang tu bila check in counter nanti jam 6.15 petang..Aku kata baiklah,insyaallah nanti kita akan jumpa semula jam 6.15petang.Masih ada banyak waktu lagi,jadi kawanku ajak aku dan Malina minum .
Setelah solat Asr,aku dan yang lain-lain bergegas ke kaunter H dimana nanti aku akan menunggu kedatangan pegawai tu.Hampir 1 jam aku tunggu,namun pegawai tersebut tak muncul-muncul lagi.Apa dah jadi ni,mungkinkah pegawai tadi berbohong pada kami semua,rasanya tak mungkin kerna ikut prosedur,mana-mana penumpang pun harus check in bagasi di kaunter yang telah ditetapkan.Aku suruh kawanku cari Duta negara kenalanku itu.Aku nampak ada macam ada dua orang yang memakai tag nama.Kawanku pun menghampiri orang tu dan bertanya samada dia dari kedutaan,jawabnya Ya.Alhamdulillah.nampaknya cerah harapan aku untuk mengirim barang ni .Pukul 7 ,aku nampak 3 pegawai sedang mara ke arah kaunter H.Salah seorang daripada mereka memegang paspot yang bewarna hijau.Memang tidak syak lagi,paspot tu kepunyaan kenalanku.Bagasi yang berisi pakaian dan makanan diterima masuk oleh petugas wanita di kaunter.Duta negara cuba pula untuk memujuk pegawai imigresen agar membenarkan kami semua berjumpa dengan kenalanku itu.Setelah berbincang beberapa ketika,akhirnya pegawai imigresen yang baik hati itu bersetuju membenarkan kami berjumpa dengan kenalanku itu.Jam 8 malam,baru mereka mengiringi kenalan ku itu ke arah balai perlepasan.Sempat jugalah kami semua berbual-bual dengannya.Selepas itu kenalanku itu diiringi oleh pegawai imigresen dan Duta negaranya turun ke bawah untuk check in kedua.Kami bersurai dengan hati lapang dan penuh kesyukuran kepada Illahi yang telah mengizinkan segala-galanya berjalan dengan baik.Alhamdulillah.Allahu Akbar.
No comments:
Post a Comment