Aku kayuh basikal sekuat hati supaya lekas sampai ke blok rumah aku .Pagi tadi semasa aku nak pergi ke rumah adik,pedal basikal aku tiba-tiba saja tercabut keluar dan terjatuh di atas jalanraya.Nasib baiklah malam tadi tak berlaku sedemikian,kalau tidak,tentu aku kelam kabut dan tak tentu arah.Alhamdulillah,Allah telah menyelamatkan aku dari ditimpa musibah tu malam tadi.Aku dah pun pasang balik pedal basikal aku.Petang ni,jap lagi,aku kena siap-siap nak pergi kerja.Hari ini pun shift petang juga.Selamat bekerja malam..
Tuesday, January 18, 2011
Pontianak Malam
Petang semalam aku kerja shift petang dari 7pm hingga 12pm. Tak berapa ramai patients,jadi dapat pulang ke rumah pukul sebelum 12 tengah malam. Dalam masa yang terluang tu, sempat juga member yang kerja bersama dengan aku buka cerita pasal pontianak.Aku kata ,janganlah cerita ,aku tak mau dengar,tapi dia teruskan juga bercerita.Masalahnya ialah member aku pun tinggal di kawasan yang sama.Dia kata suatu malam tu,dia terdengar suara orang pompuan ketawa mengilai dan keesukkan paginya pula, anak memberku pun kata dia juga terdengar bunyi yang sama.Seram bulu roma aku.Lepas tu,dia sambung cerita lagi, ada suatu malam tu, seorang budak lelaki terasa haus lalu turn dari rumah flat dia, tiba-tiba dia terpandang suatu lembaga putih bertenggek di atas railing besi dekat situ.Terkejut beruklah budak tu..Apa jadi selepas tu aku tak tau,tapi member aku kata mungkin pontianak tu saja nak usik orang-orang yang tinggal di kawasan tu.Sememangnya,kawasan yang dia orang tinggal tu terletak di hujung jalan,lepas tu cuma hutan dan bukit dan ada pulak bangunan tinggal yang tidak berpenghuni bertahun-tahun lamanya.Tempat-tempat sunyi begini memang menjadi kegemaran jin dan syaitan berkeliaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment