Thursday, January 6, 2011
Alhamdulillah,Hari ini aku dapat kerja selepas 5 tahun tak kerja..
Pagi ni tidak seperti pagi-pagi yang lain.Pagi ni ada kelainannya.Aku sudah lama tidak merasa begini.Selalunya aku begitu santai dan relax je.Tapi pagi ni, aku sudah bersiap-sedia dengan pakaian yang kemas dan memakai kasut yang selesa.Tujuanku berbuat begini kerna aku akan ditemuduga untuk bekerja di sebuah klinik swasta.Dah lima tahun aku meninggalkan tempat kerja lama aku,jadi aku agak gelabah juga ari ini.Walaupun aku hanya minta kerja sambilan tetapi aku masih merasa berdebar-debar di dalam dada,al maklumlah penumuduga aku ialah seorang yang berpangkat doktor,kacak dan lawa orangnya.Aku dimita untuk mengisi borang oleh seorang staf dan beberapa minit kemudian,aku dijemput masuk menemui Doktor.Banyak juga soalan peribadi yang ditanya.Aku cuba menjawabnya dengan sebaik mungkin namun ada beberapa soalan yang aku rasa tidak perlu aku jawab.Pada fikiran aku,tentu aku tidak akan diterima berkerja kerna aku langsung tidak mempunyai pengalaman bekerja di klinik.namun,Allah swt yang menentukan segala-galanya,jIka Allah menghendakki sesuatu itu menjadi mudah,maka mudahlah ia dan begitu jugalah sebaliknya.Aku terasa begitu mudah sekali,tak banyak soal-jawab,terus saja Doktor tersebut menerima aku bekerja diklinik kepunyaan beliau dan menyuruh aku mendapatkan maklumat lanjut daripada salah seorang senior staf yang berada di situ.Aku amat bersyukur...InsyaAllah aku akan mula berkerja pada ari Sabtu ini sebagai pembantu senior staf .Kerna terlalu teruja,aku langsung terlupa untuk bertanya tentang gaji...Allahu'alam.Yang penting...aku dah dapat kerja....macam tak caya pulak ,itulah namanya rezeki .Rezeki semuanya datang dari Allah swt yang Allah kurniakan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendakki..Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment