Sunday, February 26, 2017

Tahun Baru,Cerita Baru...

Januari dah lama ditinggalkan, kini Februari pula akan menyusul pergi. Aku ditahun ini juga sibuk menghitung hari. Sebenarnya, banyak hari yang aku nantikan...aku menantikan hari dimana aku dan suamiku dapat hidup semula di bawah satu bumbung...hari dimana rumah yang dalam proses pembelian dapat didiami...hari  di dimana seorang lagi bayi atau dua lagi bayi bakal menjadi ahli keluargaku....hari di mana aku dapat belajar semula secara online dalam pengajian bahasa arab dan menghabiskan kursus tersebut...hari di mana suamiku akan dipanggil temuduga kerja,hari di mana aku dapat mencari rumah sewa sendiri, hari di mana aku dapat mebawa ibu mertuaku tinggal bersama aku dan suamiku...Bayak lagi hari-hari yang aku nantikan di tahun ini...
Semuga Allah swt memakbulkan hari-hari tersebut untuk aku..Ameen ya Rabb.

Friday, January 27, 2017

Mood Spoiler

Inshaa allah sekejap lagi aku akan menaikki bas menuju ke pantai timur untuk bersantai bersama suamiku. Entah kenapa hati ini tidak merasa girang. Mugkin kerna kisah cinta suamiku dengan isteri no 2 membuatkan hatiku tawar . Rupa-rupanya banyak kesulitan yang harus dilaluinya. Mukanya tidak ceria,kusut, serabut. Kekadang aku jadi rimas dengan gelagatnya yang sentiasa tidak menentu.Aku terpaksa mendengar segala rintihan hatinya walalupun hatiku menejerit kesedihan. Aku tahu dia tidak pernah menyayangi diriku tapi dia dengan beraninya menyatakan cintanya yang mendalam terhadap isterinya yang kedua. Khidmatku diperlukan ketika dia menghadapi masalah .. masalah duit, masalah dia dengan orang lain ..apa-apa saja masalah akulah yang akan dicarinya.Apakan daya aku akur dengan kehendak Ilahi. Aku pasrah ya Allah.

Semuga dia berbahagia bersama isteri keduanya...ameen ya rabb.

Episod 2
26 feb 2017

Rupa-rupanya apa yang aku duga selama ini tidak berlaku dengan KehendakNya jua. Keinginan untuk hidup sebumbung dengan isteri keduanya tidak kesampaian.Suamiku dipaksa cerai oleh kedua-dua ibubapa isteri keduanya. Perkara itu telah pun berlaku minggu lepas dan kini hanya tinggal aku sahaja yang masih menjadi isterinya yag sah. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segala-galanya.Kini dia kembali melayan ku dengan baik semula. Semuga berkekalan hingga ke Jannah..Ameen.

Saturday, January 7, 2017

Adakah aku yang bersalah..?

Baharu 6 hari hidup di dalam tahun 2017 aku telah diuji oleh Allah swt . Aku gagal 200%.Tahap kesabaran aku kosong begitu juga tahap kemarahanku kosong belaka. Aku damba  menjadi insan dan hamba yang mulia disisiMu ya Allah. Aku insan yang lemah ya Allah.Aku telah mengasari anakku sendiri tanpa ada belas kasihan sorang ibu. Aku jadi demikian rupa kerana anakku bermulut celupar. Dia langsung tidak menghormati aku sebagai ibu kandungnya.Kata-kata kesat yang membuak-buak keluar dari mulutnya membuatkan telinga dan hatiku sakit.Aku jadi hilang ingatan untuk seketika. Aku leka melayani perasaanku sendiri.Semasa aku bergelut dengananya, jari aku digigitnya sekuat-kuat hati. Hampir saja aku rasa ketika itu jari aku akan benar-benar putus. Adakah aku sebagai ibunya bersalah kerana memukulnya ?Aku jadi malu sekarang . Adakah aku bersalah dalam hal ini? Ampunilah diriku yang lemah dan hina ini ya Allah.
Jariku derita menahan sakit.Hatiku luka menahan kesedihan . Hanya Allah jua yang tahu isi hatiku sekarang.Setelah aku fikir panjang, aku telah membuat keputusan. Mulai sekarang aku berjanji pada diriku sendiri yang aku tidak akan sekali-kali mencampuri urusan hidup mereka. Aku dah penat dan letih melayan kerenah mereka.Aku benar-benar lelah.Aku mahu rehatkan mindaku.Aku mahu rehatkan badanku.Biarlah mereka dengan dunia mereka dan aku dengan duniaku.
Persoalannya sekarang, adakah aku yang bersalah..

Wednesday, December 28, 2016

selamat tinggal 2016

Bulan Disember bulan yang penuh dengan emosi dan tragedi.Tinggal cuma 3 hari saja lagi tahun 2016 akan berlalu pergi. Semuga Allah sentiiasa memberkati perjalanan hidup yang tersisa ini.Aku harap dia tidak akan melupai diriku.Mungkin juga aku akan dibiarkan dan diabaikan kerana dia sudah ada pengganti.Aku tak mau sangat fikir tentang hal itu sekarang. SERABUT nanti otak aku.Hanya Allah jua yang maha mengetahui..Hanya kepadaMU sahajalah tempat aku meminta dan bergantng harapan.Mujur aka sekarang berada di kalangan famili tercinta. Allahu Akbar. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus yakni jalan yang membawa kami ke syurgaMu Ya Allah Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, December 14, 2016

Kasih yang tidak dihargai


Image result for image daun keladi dan airKasih yang tidak dihargai ibarat mencurah air di daun keladi.Kasih yang disangka tersemat dihati sebenarnya kosong belaka .Lidah memang pandai berkata-kata..Kasih yang ku harapkan selama ini semuanya lakunan semata-mata tetapi masih ada segelintir insan yang masih berhak menerima dan sudi akan kasih-sayang dariku.Mereka pasti menghargainya dengan perasaan senang dan gembira. Akan ku curahkan kasih-sayang kepada mereka dengan sepenuh hati.Biarlah dia dengan dunianya dan aku dengan duniaku sendiri.Dia sebenarnya tidak jujur dengan perhubungan ini. Aku pernah dikecewakan dan tidak mahu pisang berbuah dua kali.Penderitaan yang aku alami cukup perit dan pahit.Setiap kali aku terkenang akan perbuatan dan tingkah lakunya, jiwaku rasa terharu dan keliru.Apa sebenarnya rencana dia...Aku rasa aku tahu jawabannya.Hatiku dah jadi tawar.Aku tidak kisah lagi tentang dirinya.Biarlah Allah swt yang menjadi saksi.Mungkinkah suatu hari nanti dia akan menghargai kasih-sayangku...?Allahu taala alam

Tuesday, December 13, 2016

Kekasih Sejati

Aku tak tau macam  mana nak mulakan.Mungkin hatiku masih merajuk.Aku cuba untuk tidak mengingati peristiwa tempuh hari.aku sibukkan diriku dengan menjahit.mesin jahit dan kucing2ku menjadi pengubat duka. Aku dekatkan diriku dengan Allah swt.
Itulah sebenar-benarnya kekasih Sejati.Semuga Allah merahmati  dan memberkati kehidupan aku  dan ahli keluargaku dunia aqirat.Ameen ya Rabb.







Monday, December 12, 2016

Tragedi 9 Disember 2016

Hari Pertama
Sudah lama aku tidak pergi bercuti.3 hari 2 malam jadi pilihan, betul-betul jatuh pada tarikh lahirku.Hari yang ku tunggu akhirnya tiba . Aku ingin balik ke kampung halaman ku pada tahun ini. Perjalanan ke sana alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah swt. Tempat pertama yang dituju ialah Deen Nasi Kandar.Setelah kenyang misi mencari hotel pulak. Hotel Tune menjadi pilihan. Jalan-jalan cari makan keliling Georgetown. Malamnya ke Pasar Malam Batu Ferringi dan stop terakhir di Padang Kota.Rojak buah dan air soya menjadi pilihan. Balik hotel dah hampir 12 malam. Masing2 keletihan . Aku segera mandi dan cuci pakaian kotor .Usai segalanya. aku tidur. Suami ada bersama tetapi nampaknya dia tidak enjoy seperti kami . Aku bayangkan suami yang sudah berjauhan lebih 5 bulan itu akan merindui aku.Namun sangkaanku jauh terpesung.Langsung dia tidak menyentuhku.Aku sedih. Aku pendamkan perasaanku namun hatiku menggerutu ..Aku dikejutkan dengan bunyi alarm,bunyi yang datang dari handphonenya.Jam di dinding menunjukkan pukul 5 pagi.Dia bingkas bangun dan terus keluar dari bilik. Aku juga bangun sejurusnya untuk menunaikan solat subuh. Doa aku panjatkan ke hadrat Ilahi .Air mata terus .membasahi pipi.Aku menangis dan mengadu kepada Allah dengan hati yang penuh hiba duka nestapa. Suamiku kembali  jam 7 pagi dan mengajak aku minum. Aku menolak. Ketika itu airmataku tiba2 jatuh berderai.Aku masih berharap mungkin dia inginkan aku. Meleset lagi.Dia keluar dan terus meninggalakan aku keseorangan di dalam kamar hotel.
9 Disember berlalu pergi .Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari.

Hari Kedua
10hb Disember 2016

Walaupun perassan aku masih dipenuhi kesedihan, aku tetap berselera untuk bersarapan pagi.Pukulan nasi kandar Penang memang  hebat. Sekali lagi kami makan nasi kandar di Flat Kg Melayu Air Itam dan kopi ais kaw. Nikmatnya sarapan pagi hari ini.Selepas itu ke Chowrasta Market untuk beli jeruk buah-buahan.Lunch di Restoran Cina yang menjual makanan halal. Char kuew tiaw goreng dengan telur mata kerbau. Kemudian ke Tanjung Bungah untuk beli goreng pisang rangup.Perut betul-betul ketat. Berhenti sekejap di surau untuk solat. Perjalanan diteruskan ke Kuala Ketil, Kedah untuk melawat Mak  Long dan Pak Long. Berhenti di pekan untuk beli Rojak sebagai buah tangan untuk diberikan pada PaK Long dan Mak Long.Magrib menghampiri. Kami beredar untuk cari masid berdekatan. Alhamdulillah. usai solat, destinasi seterusnya ialah ke rumah baru adik lelakiku. Tiba waktu solat isyak. Suamiku yang tidak pernah lekang dengan masjid tu bergegas keluar semula berjalan kaki untuk cari surau berdekatan. aku diajak sekali.Aku menurut tanpa protes walaupun tadi aku dah solat jamak dan qasar. Aku diberikan bilik bawah untuk menginap. .Rumah ini besar dan selesa untuk didiami.Selepas mengalas perut dengan nasi goreng yang digoreng sendiri oleh adikku kami duduk dan berbual-bual.Aku ingatkan kali ini mungkin suami akan bermesra dengan ku tanpa gangguan. Aku cuba kali ini untuk menarik perhatiannya.Sebaliknya, dia terus tidur tanpa menhiraukan nafkah batin ku. Aku rasa sangat malu dan terhina.Tragedi 9 Disember berulang lagi. Aku sekarang benar-benar pasti suamiku tidak menginginiku lagi. Aku rasa seperti tonggol kayu mungkin lebih teruk dari itu.Terbit rasa sesal namun hatiku tetap rasa bersyukur . Ketika itu Allah Maha Pengasih telah mebuka mata dan mindaku. Aku selama ini buta mata dan buta hati.Tragedi 9 Disember menghentak mindaku.Aku terbangun dari lena yang panjang.Baharu aku sedar betapa jahilnya aku tentang perhubungan aku dan dia. Ucapan yang keluar hanya manis di bibiry, lain di mulut lain di hati.Aku telah terpedaya dengan sikapnya yang mengaku dirinya sebagai alim dan warak. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang bersarang di hati aku dan dia, ibarat telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja telur akan jatuh berkecai. Aku pasrah.

HARI ketiga

11hb Disember 2016

Sad arabic womanDua hari berlalu. Amat mengecewakan. Percutian yang pahit. Pengalaman yang mengerikan. Tragedi 9 Disember menjadikan percutian kali ini hambar dan kosong. Aku pulang dengan hati yang luka parah. Minda yang serabut dengan seribu satu macam persoaalan. Aku sesungguhnya tidak sabar untuk meluahkan segala isihatiku kepada dia agar dia tahu apa yang aku rasakan.Kami menghantarnya ke setesyn lrt lewat pukul 9 malam.Dia menghulurkan tangan . Aku menyambutnya dengan tanganku dan seterusnya mencium tangannya. Mugkinkah ini adalah pertemuan aku yang terakhir dengannya.Tragedi 9 Disember bermain dimindaku.Dadaku sebak.

Alhamdulillah aku pulang dengan keadaan selamat sejahtera. Tanpa berlengah lagi, aku terus menghantar teks melalui ws. soalan demi soalan aku ajukan. Jawabannya amat memeritkan. Aku terkedu. Telahan aku sudah  menjadi kenyataan. Bukannya mudah untuk aku menelan berita yang aku terima namun aku kuatkan semangatku untuk mendalami isihatinya. Ternyata dia selama ini pura-pura menyayangi diriku. Tragedi 9 Disember menelanjangkan segalanya, ibarat menonton filem ulang tayang.Segalanya terjawab dan tampak jelas.

Tragedi 9 Disember membuatkan aku berpusing 360 darjah. Aku perlu berhati-hati sekarang.Aku telah dipermainkan tanpa ku sedari. 11 tahun lamanya aku menikahinya. Aku sdudah bersedia insha allah untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Ya Allah, bantulah hambamu yang daif dan bodoh ini untuk bertindak dengan jalan yang diredhaiMu..Ameen. Sekiranya, perhubungan ini baik, kau dekatlah aku dengan dia.Sekiranya sebaliknya, kau jauhilah aku daripada dia. Hanya dikau yang aku sembah dan hanya kepada engkaulah aku memohon pertolongan. Ameen ya Rabb.

Tragedi 9 Disember mungkin merubah segalanya dengan kehendakMu jua Ya Allah.