Thursday, February 28, 2013

Kenapa Harus suami menengking isteri?

Sedih dan rasa kecik hati bila suami meninggikan suara dan menengking si isteri yang hanya melakukan kesalahan kecil. Mungkin kesalahan itu kecil di mata isteri tapi nampak besar di mata suami. Apa pun, si isteri harus bersabar mengharungi kehidupan ini dengan sentiasa mnegharap keredaan dan keampunan dari Allah swt.     

Monday, February 25, 2013

Citer Pembantu Rumah Zaman Sekarang

Banyak kejadian berlaku di antara pembantu rumah dengan majikan. Yang terkini Buletin Utama menyiarkan rakaman kamera litar tertutup, CCTV mengenai perbuatan kejam pembantu rumah Indonesia terhadap Mohamed Hareez.. Aku juga dulunya mempunyai seorang pembantu rumah dari Indonesia. Waktu itu anak aku yang kedua berumur tiga tahun lebih dan yang ke tiga dua tahun. Dah besar panjang sekarang, baru mereka ceritakan padaku mereka selalu dipukul oleh pembantu rumah tersebut.Selalunya atas kesalahan kecil, pembantu rumah akan mengetuk kepala anak-anak aku dengan senduk atau apa-apa saja barang yang dapat dicapai ketika itu.Beginilah nasib seorang ibu kalau bekerja dari pagi sampai ke petang baru dapat bersama anak-anak.Sedih juga aku dengar citer nie dari anak2 aku tetapi pembantu rumamah tu cuma bekerja kurang dari setahun.

Sunday, February 24, 2013

Bab Kedua bahagian Kedua - Cara2 daftar nikah di Selangor

Dah lama tak menulis diblog..alhamdulillah, walaupun kehidupan aku sederhana tetapi segala-galanya cukup,tempat tinggal, makan pakai aku tak pernah berkurang semenjak bergelar suami isteri. Suamiku masih belum boleh mencari pekerjaan kerana urusan pendaftaran pernikahan di JAIS masih belum selesai. Pada 13hb Februari 2013, aku menerima panggilan dari pejabat JAIS. Aku ingatkan ada berita baik yang hendak disampaikan kepadaku, tetapi sebaliknya mereka meminta salinan bil api/air dimana aku tinggal untuk penyerahan kepada pihak Mahkamah. Pegawai yang bertugas memaklumkan kepadaku, sekarang ni kes aku sudah diserahkan kepada Mahkamah bahagian Pendakwaraya pada 4hb Februari 2013 .Untuk mendapatkan kepastian, aku cuba menalipun Bahagian Pendakwaraya dan alhamdulillah aku dapat bercakap dengan pegawai yang bertugas.Aku tanya apa yang akan berlaku selepas ni. Inilah jawapan yang diberikan.Pada awalnya, kes aku akan disemak oleh Pegawai bawahan kemudian akan disemak semula oleh  Pegawai atasan. Proses ini memakan masa selama 30 hari bekerja.Maksudnya dalam kes aku ni, aku terpaksa menunggu sehingga pertengahan bulan Mac sebelum kes aku di bawa ke bahagian lain..dah lupa pula bahagian mana.Di bahagian lain ni aku akan dipanggil untuk hadir ke mahkamah untuk buat bayaran tertentu.Lepas tu katanya lagi, proses ni akan amik masa 15 hari bekerja.Kemudian mahkamah akan bagi tau aku bila tarikh perbicaraan dalam masa 30 hari bekerja.kalau dikira, nampaknya proses pendaftaran di Selangor sangatlah panjang mungkin sampai bulan Jun belum tentu kes ni selesai. Allahu alam...Aku bertanya kembali kepada pegawai tu, boleh tak aku buat surat rayuan untuk mempercepatkan proses mahkamah.Tanpa keberatan, beliau telah memeberikan aku emailnya. Aku telah pun menulis surat melalui email kepadanya.Aku berdoa pada Illahi agar memudahkan segala urusan hidup kami, ameen.

http://www.jais.gov.my/