Saturday, May 4, 2013

Letih ...


Letih menunggu angka giliran dipanggil samada di pejabat JAIS mau pun di pejabat imigresen, namun segala-galanya berakhir dengan baik. Aku terpaksa berulang alik ke pejabat imigresen selama 2 hari berturut-turut untuk proses mendapatkan visa. Sebelum itu aku juga terpaksa menunggu hampir 5 minggu untuk mendapatkan sijil nikah dari JAIS. Semua dokumen telah lengkap dan sempurna dan pihak imigresen telah pun meluluskan visa  suamiku selama 5 tahun termasuk cop kebenaran untuk bekerja di Malaysia.Segala-galanya berlaku dengan kehendak Allah jua.

Ada juga beberapa insiden yang menarik berlaku ketika mana aku  pergi ke pejabat JAIS untuk mendapatkan sijil nikah. Pada hari Isnin 29hb April 2013, sebelum aku ke pejabat JAIS, aku membuat panggilan telefon terlebih dahulu untuk semak samada sijil aku benar2 siap .Staf yang menjawab panggilan aku tu kata, sijil atas nama aku belum siap lagi, tetapi aku maklumkan padanya aku sebenarnya telah buat panggilan telefon minggu lepas lepas pada hari Khamis dan aku telah diberitahu oleh seorang staf wanita yang aku boleh datang pada hari Isnin. Maka dengan senang hati, staf tu kata...oh..kalau dah ada orang kata boleh datang...puan datanglah ke pejabat JAIS. Aku kesana pada pukul 2.00 petang.Setelah menunggu lebih kurang 1 jam, staf JAIS bagi aku sijil nikah .Aku dan suami sangat teruja namun kegembiraan kami hanya seketika kerana ada typo error yang dibuat ke atas sijil nikah tersebut. Terpaksa, aku duduk semula dan tunggu.Geram juga rasa dihati, bila aku tanya staf tu kenapa talk semak betul2 dan dia jawab kami ikut apa yang puan tulis di borang laa...Rasa aku, aku tak ada pun tulis yang tersilap.Allahu alam.Setengah jam kemudian, sijil nikah aku telah siap diperbetulkan dan staf JAIS terus memberikan sijil tu ke tangan aku. Alhamdulillah.Selesai satu bab. Insiden yang berikutnya berlaku di pejabat imigresen.Aku dan suami pergi ke bahagian visa dan terus beratur.Aku sebenarnya telah pun mengambil borang2 yang berkenaan untuk buat visa dua bulan lepas.Setelah berlari ke sana kemari untuk mendapatkan cop pesuruhjaya sumpah dan matikan setem keatas surat bond, aku bergegas semula ke kaunter imigresen. Dengan muka selamba pegawai imigrsen yang berbangsa india tu kata, maafla, nombor tak boleh dikeluarkan lagi sebab orang ramai hari ini. Jam pada waktu itu hampir pukul 4 petang.Pegawai tu bagi tau aku, masa first time aku sampai ke kaunter tadi pun sebenarnya nombor giliran dh habis.Apa yang boleh aku buat, selain bertanyakan pada pegawai tu, masa yang sesuai untuk datang semula, lalu dijawabnya, datang la pagi kul 7.30.Amboi mak..awalnya...

bersambung...