Tuesday, April 28, 2015

Cucu yang Degil

Masalah kalau punya cucu yang degil dan tidak mahu mendengar kata, panas baran dan terlalu aktif. Dimarahi seribu kali pun tidak terkesan dek kerana ibubapanya sendiri tidak pandai mendidik dan mendisiplinkan anak sendiri secara baik. Itulah padahnya . Barang-barang dalam rumah  dirosakkan sesuka hati dan juga orang sekeliling menjadi mangsa. Aku jadi terlalu marah apabila cucuku sendiri berada di dalam kategori ini.Yang jadi lebih rumit apabila datuknya dan juga ibubapa tidak menyokong tindakan yang aku ambil yakni memukulnya secara keras di anggota badan . Aku bingung seketika. namun aku rasa tindakan aku akan memberi kesan yang mendalam dan menjadi pengajaran terhadap cucuku itu supaya tidak mengulangi perbuatannya menendang maksunya. bersunggguh-sungguh bagai orang gila lagaknya.....

Monday, April 27, 2015

Dilemma seorang isteri

Masa bujang dulu, nak sangat kawin, Lepas dah kawin dan beranak-pinak terasa penat dan lelahnya jadi seorang isteri. Terpaksa bekerja untuk tampung belanja keluarga sehingga lanjut usia. Usia kian meningkat. Badan jadi tak bertenaga . Harapkan suami untuk bantu tapi suami hanya menambahkan beban .isteri tetap sabar hadapi ujian ini walaupun  rasa sangat perit dan derita  sepanjang masa. Isteri sedih sebab si suami tidak mahu bekerja walaupun masih kuat dan mampu untuk mencari nafkah. Apakan daya, dulu bujang sekarang dah bergelar isteri. Besar pengorbanan sang isteri pada suami dan anak-anak...tiada ada orang yang menghargai..hanya Allah yang Maha Mengetahui ... Ini adalah dilemma seorang isteri .. 

Wednesday, April 22, 2015

Dia atau Aku yang dah Berubah..

Tahun ini tahun yang penuh dugaan bagi diriku. Aku umpama menangguk di air yang keruh,ibarat mencurah air di daun keladi....rasanya segalanya tidak kesampaian. Apa yang aku lakukan serasa tidak kena lagaknya.Dia atau aku yang dah berubah...Allah sahaja yang maha mengetahui..Sehingga ke saat ini aku masih cuba untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah rumahtangga aku yang kebelakangan ini aku rasakan agak hambar dek kerna dia menduakan aku..Perhubungan aku dengannya sudah agak dingin...Apa salah aku...