Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti, akhirnya aku dapat terbang jua ke Kuching Sarawak bersama famili untuk menikmati suasana hari raya di sana. Sebenarnya aku paling tidak gemar menaikki pesawat. Seminggu aku berada disana namun rasannya tiduk cukup waktu untuk aku dan famili untuk "discover" Kuching. Rupa-rupanya di Kuching, orang2 Islam Sarawak menyambut raya selama sebulan lamanya, lengkap berpakaian melayu tradisional baik laki-laki, wanita maupun kanak-kanak. Sungguh teruja aku melihat mereka. Orang-orang Sarawak juga sangat sopan dan berhemah tinggi . Tak dapat dinafikan, pengguna jalanraya di bandar Kuching sangat sabar dan panduan mereka tidak gopoh mau pun tergesa-gesa.Tak ada bunyi hon kalau kereta depan tidak bergerak cepat apabila lampu bertukar hijau.Syabas orang Sarawak.Pengalaman ke Sarawak akan tersemat dihatiku selama-lamanya.
Namun,ketika aku berada disana, aku menghadapi mild stroke di muka kananku atau dengan kata lain aku terkena bell palsy dimana urat saraf aku tidak berfungsi dan mata kananku tidak dapat tutup dan mataku tidak boleh berkedip.Inna lillahi wainna ilai hirojiun.Juga seleraku makanku sangat berkurangan.Aku cuba makan dan minum cara paksa kerana aku takuti terkena gastrik pula kalau perut kosong.Sekembalinya aku dari sana, keesukkan paginya, aku terus ke klinik kerajaan. Setelah diperika doktor, ternyata aku juga disahkan ada kencing manis dan darah tinggi, Bayak ubat yang harus aku makan untuk menjaga kesihatan aku.Namun, aku pasrah dengan kehendak Illahi. Alhamduillah, aku masih mampu berdiri dan melakukan kerja harianku walaupun kadang2 aku terasa sangat letih dan tidak bermaya.
Ya Allah, aku mohon kepadaMu alAfiyah...Ameen ya Rabb.
Sembuhkanlah segala penyakit hati dan penyakit fizikal yang aku hadapi ..Ameen ya Rabbal Alamin.

No comments:
Post a Comment