Mungkin aku ni,tak pernah ada pengalaman kongsi rumah dengan orang lain,jadinya aku rasa tak sedap hati.Mungkin juga pengalaman aku di waku aku di kolej dulu bersama-sama rakan sebilik menjadikan aku lebih berhati-hati memilih rakan terutamanya kalau terpaksa berkongsi barang ,konsgi itu dan ini bersama-sama.Buat masa sekarang ni,aku rasa lebih elok dan lebih selesa kalau aku tinggal bersendirian di rumah flat comel ni sorang-sorang...bebas buat sesuka hati dan yang pentingnya aku rasa aman........alhamdulillah
Saturday, January 15, 2011
Berkongsi Rumah Sewa
Semalam ada seorang kenalan adikku menelefonnya menyanyakan tentang rumah sewa di kawasan berhampiran E-Gate bertentangan dengan Tesco Gelugor, Pulau Pinang.,dimana tempat budak pompuan tu kerja. Aku pun terfikir apa salahnya kalau aku berkongsi rumah sewa yang sekarang aku dudukki dengan budak pompuan tu.Rasanya ringanlah sikit beban nak bayar sewa tiap-tiap bulan.Maka aku pun tanyalah pada adikku dan minta nombor telefon bimbit budak tu. Tanpa banyak fikir aku terus call budak tu.Orang kedah rupanya dan baru saja bekerja di syarikat swasta milik bumiputera dan ada kereta sendiri.Aku kata datanglah ke rumah flat aku untuk melihat sendiri samada suka atau tidak.Lepas tu dia tanya aku balik rumah aku tu dekat ke dengan tempat kerja dia, aku jawab dekat dan tak jem insya Allah,dia tanya aku lagi, ada tak peti ais,aku kata tadak dan dia tanya lagi ada tak mesin basuh baju,aku jawab tadak jugak dan dia soal lagi ada tak katil dalam bilik tu,aku cakap apa pun tadak,aku sendiri pun tidok atas lemek ( tilam nipis yang dibentang di atas lantai).Oh,kalau macam tu susahlah jawab budak pompuan tu,saya perlukan sangat mesin basuh baju,Aku kata,kalau macam tu,belilah sendiri sebab memang rumah aku tak pernah ada mesin basuh dan aku rasa aku juga tak mau beli buat masa ni,cukup aku cuci pakaian dengan qudrat yang Allah swt kurrniakan pada aku,alhamdulillah.Kemudian dia call aku balik dan mintak alamat rumah,katanya insyaAllah malam ni,dia akan datang dengan seorang teman.Aku mulanya kata insyaAllah tapi lepas aku fikir masak-masak,dan tanya pendapat adikku yang baru saja pulang daripada kerja ketika tu, dia kata ..cakap dengan budak tu boleh blah..dengan nada gurau dan berseloroh.Walau apa pun ,aku sekarang dah berubah fikiran..Aku terus saja sms pada budak pompuan tu,meminta maaf kerna tak jadi nak sewakan rumah pada dia buat masa ni.Aku kata aku akan tolong carikan rumah atau bilik sewa di kawasan ni untuk dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment