Mau tak mau aku terpaksa bulatkan hatiku untuk pergi ke Depot Lenggeng,Negeri Sembilan hari ini.Semalam aku cuba menghubungi seorang kenalan untuk meminta tolong temankan aku pergi ke sana,namun sms aku tak dijawab.Aku kena pergi sorang-soranglah jawabnya.Pagi-pagi lagi sebelum jam 7 pagi aku dah pun bersiap-siap,maklum sajalah aku terpaksa berebut menaikki komuter tren bersama-sama orang awan yang sememangnya ramai untuk pergi kerja,cumanya aku bukan nak pergi kerja,tapi aku nak ke Depot Lenggeng.Aku tiba di stesyen KL Sentral jam lapan pagi dan selepas tu aku terpaksa turun untuk menukar tren yang menuju ke hala Seremban.Sampai di Seremban,aku ke tempat menunggu teksi.Bandar Seremban taklah besar dan moden.Pemandangan sekeliling langsung tak menarik perhatianku.Aku tanya drebar teksi tu berapa tambang ke Depot Tahanan Lenggeng.Wah, terkejut juga apabila drebar teksi tu dengan muka selamba menjawab RM40.Mahalnya,bisik hati kecilku.Aku malas untuk minta diskaun,jadi aku pun bersetuju terus aku masuk ke dalam teksi
Perjalanan ke Depot Lenggeng memakan masa lebih kurang 30 minit daripada bandar Seremban,Kawasan persekitaran agak sunyi dan terpinggir.Dari jauh,dah nampak bangunan yang dibina untuk tahanan berasaskan kayu di atas lereng bukit.Tempat ini kesuluruhannya berpagar tinggi,jadi orang awam tentu sekali tidak akan dapat melihat dan meneka apa yang berlaku di dalamnya.Di depan pintu masuk ada guard house. Pegawai tu minta aku tinggalkan kad pengenalan dan telefon bimbit di pintu masuk,dan mengarahkan aku supaya pergi ke tempat pendaftaran.Tahanan wanita di sebelah kiri tetapi tahan lelaki nun jauh berada di atas bukit.Aku menunggu hampir sejam,baru aku dipanggil masuk ke dalam bilik perjumpaan di mana aku dapat bercakap dengan tahanan memalui panggilan telefon.Sama je stailnya macam di penjara Kajang.Alhamdulillah aku dibenarkan becakap selama hampir 30 minit.Kemudian aku diminta untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh kenalanku itu
Di sini barang-barang keperluan asas untuk tahanan boleh dibeli di kantin tetapi harga barang-barang yang dijual terlalu mahal.Aku tanya sipenjual kenapa harga luar biasa,dia bagi tau aku,sememangnya mereka sengaja menaikkan harga untuk menampung perbelanjaan harian tahanan-tahanan yang berada di sini.Aku pergi balik ke bilik perjumpaan tadi tu dan menyerahkan barang-barang tersebut pada pegawai yang bertugas.Ke mudian aku mengucapkan salam pada kenalanku dan beredar dari tempat itu.
Ada seperkara lagi yang aku mesti buat yakni aku mesti pergi berjumpa dengan pegawai bahagian pengusiran tahanan.Bahagian ini terletak di seberang jalan bertentangan dengan bilik perjumpaan tahanan.Hujan dah mulai turun renyai-renyai.Di sudut bahagian yang lain,aku nampak banyak juga tahanan yang baru di bawa masuk dan sedang duduk beramai-ramai di atas lantai simen, di soalsiasat oleh pegawai yang sibuk berkerja.Aku menanggalkan kasut dibawah dan terus berjalan ke pejabat pengusiran.Di bahagian ini kelihatan agak sibuk.Ada beberapa tahanan lelaki sedang duduk berama-ramai .Ada seorang petugas sedang mengendalikan pekerjaan ini.Aku mengetuk pintu bilik pejabat bahagian pengusiran.Kelihatan seorang pegawai sedang sibuk bekerja dan ketika itu sedang berbual menggunakan telefon bibmbit peribadinya.Dia ternampak aku berdiri lalu dia mengarakahkan aku duduk .Pegawai ini kelihatan baik dan peramah.Aku menerangkan kepada pegawai tu tujuan aku datang adalah untuk mengetahui bila boleh kenalanku dihantar pulang.Dia kata petang ni nanti pegawai dari Kedutaan akan datang menemuinya untuk berbincang hal tersebut.Setelah habis kerjaku di situ, aku berjalan keluar dan berjalan ke tempat pos pengawal untuk meminta balik IC dan telefon bimbit.Di luar aku ternampak sebuah teksi sedang menunggu.Rupa-rupanya teksi yang sama.Aku menaikki teksi dan terus balik ke Seremban.Tren komuter tiba jam 1 petang.Ramai juga penumpang.Dalam perjalanan pulang,semasa tren melewati setesyen Labu,tiba-tiba je ia berhenti.Penhawa dingin tidak berfungsi.Panas dan bau asap yang tidak menyenangkan menerjah ke lubang hidung.Busuk betul.Seketika drebar tren memberitau semua penumpang yang tren tu mengalami keosakkan dan tidak boleh bergerak terpaksa di tunda.Sejam berlalu,baru ada tren komuter yang lain datang membantu .Walalau bagaimana pun,semuanya berjalan lancar semula.Aku dan penumpang-penumpang yang lain diarahkan bertukar ke tren yang lain.Dipendekkan cerita aku selamat sampai ke Shah Alam jam 4 petang.
Jam 6 petang,aku menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.Aku menjawab dengan perasaan cuak dan teragak-agak.Eh,suaranya aku kenal betul. Rupa-rupanya kenalan yang aku jumpa di Depot tadi.Dia kata,Duta Negara dia dah datang dang sekarang ni sedang berbincang dengan pegawai pengusiran yang aku jumpa pagi tadi.Kenalanku meminta supaya aku menguruskan pembelian tiket kapalterbang.Betul ke apa yang aku dengar ni..uruskan pembelian tiket..aku cuba bertanya semula,apakah ini benar,jawabnya tegas ya memang benar.Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan baik dan lancar.InsyaAllah,esuk petang aku akan ke KLIA untuk menghantar barang-barang kenalanku.Aku merasa puas hati dan bersyukur kepada Allah swt kerna memudahkan segala urusan duniawi aku .
Salam..bole sy tahu macam mane ye nak berjumpe orang yg kene tahan kat depoh tu..kene mintak surat kebenaran dari pegawai yg jage tahanan tu ke
ReplyDeleteSalam, nak tnya jugak mcm mne nak melawat org kat depoh lenggeng tu? Waktu melawat pkul brape??
ReplyDeleteSalam, nak tnya jugak mcm mne nak melawat org kat depoh lenggeng tu? Waktu melawat pkul brape??
ReplyDelete