Hari ini sudah masuk tanggal 25 januari 2011 bersamaan 21hb Safar 1432.Tinggal cuma beberapa hari saja lagi,majlis akad nikah dan persandingan akan di adakan di rumah famili aku di Shah Alam.Yang paling sibuk sekali ialah anakku Fiza dan tunangnya Wan,ada saja barang-barang yang hendak dibeli.Alhamdulillah,rumah sewa pun mereke dah cari,jadi senanglah berulang alik ke tempat kerja kedua-dua pihak dan juga dekat dengan rumah papa Fiza.Beberapa hari yang lalu,aku dan famili sempat membeli belah di Kompleks PKNS dan kemudian ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur membeli bunga telur dan barang-barang perkahwinan yang lain. Wah,banyak jugak belanja,kalau dicampur semuanya beribu-ribu jugalah .Minggu ini aku sibuk dengan menjahit baju untuk anak-anakku ,insyaAllah untuk dipakai nanti di waktu hari perkahwinan.Penat rasanya badanku.Maklumlah banyak benda nak dibuat.Nasib baik aku dah jahit langsir awal-awal lagi.
Minggu depan cuti sekolah,insyaAllah ramailah saudara-mara dari kampung akan datang ke sini untuk sama-sama meraikan hari perkahwinan Fiza .Mudah-mudahan Majlis perkahwinan ini dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.
Aku rasa semua keperluan untuk majlis dah dibuat,cuma tadi Fiza tanya aku waktu bila kumpulan kompang patut datang .Aku kata sebaik-baiknya selepas waktu zuhur atau pun jemput mereka datang pukul 1 tengah hari.Majlis persandingan Jam 1.30 pm.
Aku berdoa kepada Allah swt agar majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat rahmat dan penuh barokah serta mendapat keredaanNya.ameen
No comments:
Post a Comment