Aku redha dengan ketentuan dan ketetapan Ilhahi Yang Maha Besar lagi Maha mengetahui tentang segala sesuatu.Meyingkap kembali kisah hidupku yang berlaku kira-kira enam tahun yang lalu.sewaktu itu aku masih bekerja dengan syarikat perbankan di Seberang Prai.Dengan izin dan takdir Ilahi,aku telah berkenalan dengan seorang pemuda yang berasal dari negara luar.Pemuda itu berpewatakkan lembut dan yang paling menarik minatku tentang pemuda ini ialah pengetahuannya yang agak mendalam mengenai hal-hal yang bersangkut-paut dengan agama Islam.Aku terpesona dengan hujah-hujahnya.Aku berkenalan tidaklah lama,terus dia mengajak aku berkahwin dengannya.Selepas berkahwina,aku telah menyewa sebuah flat berhampiran dengan tempat kerja supaya mudah untuk berulang-alik.Atas desakkanya,akhirnya aku berhenti kerja dan aku berpindah ke Kelang.Dan tak lama kemudian,kami berpindah lagi ke Kuala Lumpur.Di sana,aku diterima bekerja sebagai Guru Mengajar Iqra untuk pelajar bawah 12 tahun dan juga mengajar kelas dewasa.Disamping itu juga aku mengambil upah menjahit baju.
Banyak peristiwa pahit dan manis kami harungi bersama,tetapi salah satu peristiwa pahit yang tak dapat aku lupakan ialah ,pada suatu malam sedang aku leka menjahit pakaian,tiba-tiba terdengar orang mengetuk pintu rumah.Suamiku pergi membuka pintu dan kemudian dia turun ke bawah bersama-sama orang yang datang tadi.Aku tidak melihat berapa ramai yang ada di depan pintu namun aku mengagak mungkin melebihi dua atau tiga orang.
Dalam aku leka menjahit,tiba-tiba telefon bimbit aku berdering.Jiranku rupanya yang menalipon,tapi berita yang disampaikan olehnya agak menggemparkan dan membuatkan jantungku berdebar kencang.Katanya,suamiku telah dikasari dan dipukul oleh beberapa orang lelaki di padang berhampiran degnan kawasan rumahku.Aku amat terkejut dan panik seketika.Kemudian,aku terdengar siren polis.Selebihnnya aku dapat mengetahui yang suamiku telah dibawa ke balai polis untuk di soal siasat.Rupa-rupanya kumpulan laki-laki yang seramai empat orang tadi itu adalah orang upahan.Laki-laki yang mengupah untuk memukul suamiku ,aku kenal sangat.Selama 21 hari dia ditahan reman,kemudian dengan takdir Ilahi,suamiku dibebaskan dengan ikat jamin.Mengapakah manusia begitu zalim terhadap sesama manusia sendiri ?Aku tak mahu tinggal di kawasan itu lagi,terus aku balik kekampungku. Aku menyewa rumah flat yang berhampiran dengan rumah emak aku.Setiap hari aku akan berulang alik dari rumah flat ke rumah mak untuk menjaga mak.Sekarang ini mak aku sudah tidak ada lagi,baru saja meninggal dunia pada tanggal 23 Disember tahun lalu.Ketika mak meninggal aku berada di Kuala Lumpur.Apakan daya,Allah tidak mengizinkan aku untuk menatap wajah mak ketika mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.Aku terasa kesaorangan.Suamiku juga tidak ada di sisi ketika aku amat memerlukannya.
Hari demi hari berlalu.Aku dikejutkan sekali lagi dengan berita yang mengatakan suamiku akan pulang ke tanah airnya.Berita ini ternyata benar.Dia menghubungi aku melalui telefon yang kini dia sudah pun berada di rumah saudara perempuanya.Tambahnya lagi,familinya mendesak supaya dia berkahwin dan terus saja menetap di negara asalnya.Bagaimnana pula halnya dengan aku di sini...Apakah mereka sudah lupa bahawa aku masih lagi menjadi isteri kepadanya..Aku sedih dan dalam fikiranku ketika itu aku hanya memikirkan untuk berpisah saja.Apa gunanya hidup sebagai suami isteri jika seorang di sini dan seorang lagi nun jauh beribu-ribu batu di seberang laut.Dan tambah perit lagi,apabila dia berhasrat untuk berkahwin dan menunaikan segala permintaan ahli keluarga.Persoalannya sekarang, apakah aku harus bersabar saja dan terus menunggu dia kembali kepada aku suatu hari nanti atau pun aku mengambil jalan singkat yakni putuskan saja perhubungan aku dengan dia buat selama-lamanya...Aku kini di dalam dilemma. Allahu'alam bisawab.
No comments:
Post a Comment