Monday, January 31, 2011

Cerpen - Aku dalam dilema

Aku redha dengan ketentuan dan ketetapan Ilhahi Yang Maha Besar lagi Maha mengetahui tentang segala sesuatu.Meyingkap kembali kisah hidupku yang berlaku kira-kira enam tahun yang lalu.sewaktu itu aku masih bekerja dengan syarikat perbankan di Seberang Prai.Dengan izin dan takdir Ilahi,aku telah berkenalan dengan seorang pemuda yang berasal dari negara luar.Pemuda itu berpewatakkan lembut dan yang paling menarik minatku tentang pemuda ini ialah pengetahuannya yang agak mendalam mengenai hal-hal yang bersangkut-paut dengan agama Islam.Aku terpesona dengan hujah-hujahnya.Aku berkenalan tidaklah lama,terus dia mengajak aku berkahwin dengannya.Selepas berkahwina,aku telah menyewa sebuah flat berhampiran dengan tempat kerja supaya mudah untuk berulang-alik.Atas desakkanya,akhirnya aku berhenti kerja dan aku berpindah ke Kelang.Dan tak lama kemudian,kami berpindah lagi ke Kuala Lumpur.Di sana,aku diterima bekerja sebagai Guru Mengajar Iqra untuk pelajar  bawah 12 tahun dan juga mengajar kelas dewasa.Disamping itu juga aku mengambil upah menjahit baju.

Banyak peristiwa pahit dan manis kami harungi bersama,tetapi salah satu peristiwa pahit yang tak dapat aku lupakan ialah ,pada suatu malam sedang aku leka menjahit pakaian,tiba-tiba terdengar orang mengetuk pintu rumah.Suamiku pergi membuka pintu dan kemudian dia turun ke bawah bersama-sama orang yang datang tadi.Aku tidak melihat berapa ramai yang ada di depan pintu namun aku  mengagak mungkin melebihi dua atau tiga orang.

Dalam aku leka menjahit,tiba-tiba telefon bimbit aku berdering.Jiranku rupanya yang menalipon,tapi berita yang disampaikan olehnya agak menggemparkan dan membuatkan jantungku berdebar kencang.Katanya,suamiku telah dikasari dan dipukul oleh beberapa orang lelaki di padang berhampiran degnan kawasan rumahku.Aku amat terkejut dan panik seketika.Kemudian,aku terdengar siren polis.Selebihnnya aku dapat mengetahui yang suamiku telah dibawa ke balai polis untuk di soal siasat.Rupa-rupanya kumpulan laki-laki yang seramai empat orang tadi itu adalah orang upahan.Laki-laki yang mengupah untuk memukul suamiku ,aku kenal sangat.Selama 21 hari dia ditahan reman,kemudian dengan takdir Ilahi,suamiku dibebaskan dengan ikat jamin.Mengapakah  manusia  begitu zalim terhadap sesama manusia sendiri ?Aku tak mahu tinggal di kawasan itu lagi,terus aku balik kekampungku. Aku menyewa rumah flat yang berhampiran dengan rumah emak aku.Setiap hari aku akan berulang alik dari rumah flat ke rumah mak untuk menjaga mak.Sekarang ini mak aku sudah tidak ada lagi,baru saja meninggal dunia pada tanggal 23 Disember tahun lalu.Ketika mak meninggal aku berada di Kuala Lumpur.Apakan daya,Allah tidak mengizinkan aku untuk menatap wajah mak ketika mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.Aku terasa kesaorangan.Suamiku juga tidak ada di sisi ketika aku amat memerlukannya.

Hari demi hari berlalu.Aku dikejutkan sekali lagi dengan berita yang mengatakan suamiku akan pulang ke tanah airnya.Berita ini ternyata benar.Dia menghubungi aku melalui telefon yang kini dia sudah pun berada di rumah saudara perempuanya.Tambahnya lagi,familinya mendesak supaya dia berkahwin dan terus saja menetap di negara asalnya.Bagaimnana pula halnya dengan aku di sini...Apakah mereka sudah lupa bahawa aku masih lagi menjadi isteri kepadanya..Aku sedih dan dalam fikiranku ketika itu aku hanya memikirkan untuk berpisah saja.Apa gunanya hidup sebagai suami isteri jika seorang di sini dan seorang lagi nun jauh beribu-ribu batu di seberang laut.Dan tambah perit lagi,apabila dia berhasrat untuk berkahwin dan menunaikan segala permintaan ahli keluarga.Persoalannya sekarang, apakah aku harus bersabar saja dan terus menunggu dia  kembali kepada aku suatu hari nanti atau pun aku mengambil jalan singkat yakni putuskan saja perhubungan aku dengan dia buat selama-lamanya...Aku kini di dalam dilemma. Allahu'alam bisawab.

Sunday, January 30, 2011

Pengalaman Perjalanan ke KLIA

Pagi ni aku bersama anakku Maryam dan papa Maryam bersarapan di Bangsar,kemudian kami terus ke Taman Melati untuk mengambil barang-barang kenalanku yang akan dihantar pulang malam ni.Alhamdulillah,setelah segalanya selesai kami balik terus ke Shah Alam.Sempat juga aku membeli barang-barang makanan untuk dibawa pulang ke negaranya.Penat sungguh rasanya.Jam berjalan begitu pantas.Belum pun sempat aku berehat,jam dah hampir pukul 4 petang.Mujur juga anak perempuanku Malina baru saja pulang dari kolej,terus saja aku mengajak dia menemani aku ke KLIA .Hari ini cuaca mendung dan muram , hujan rintik-rintik.Malina memandu kereta dengan agak laju.Aku beristigfar berulang kali dan tak berhenti-henti berzikir.Aku sampai di sana sebelum pukul 5 petang.Setelah sampai ke Balai perlepasan di Tingkat 5,mataku liar mencari-cari pegawai imigresen.Alhamdulillah,aku terlihat beberapa orang rakyat Indonesia sedang duduk mencangkung di atas lantai.Di sana juga aku nampak 2 pegawai sedang mengawasi mereka.Aku terus berjalan menuju ke arah tersebut.Aku memberi salam,dan aku bertanya pada pegawai tu,bagaimana dapat aku memberi bagasi kepada kenalanku.Pegawai tu tak berapa gembira dengan pertanyaanku.Dengan tegas dia jawab tak dibenarkan.Hatiku rasa sangat sedih.Tiba-tiba saja,muncul kawanku dan isterinya yang sedang sarat mengandung.Dia juga bertanya soalan yang sama pada pegawai tu dan jawapan yang serupa juga dijawab olehnya.Kami berempat tak terkata apa-apa lagi.Apa boleh buat.Kawanku kata jangan risau,barang-barang itu boleh dihantar melalui pos kargo.Dalam masa kami sedang berbincang,muncul kembali pegawai imigresen tersebut.Mungkin dia bersimpati dengan kami kut,dia kata ,dia akan cuba menghantar barang-barang tu bila check in counter nanti jam 6.15 petang..Aku kata baiklah,insyaallah nanti kita akan jumpa semula jam 6.15petang.Masih ada banyak waktu lagi,jadi kawanku ajak aku dan Malina minum .

Setelah solat Asr,aku dan yang lain-lain bergegas ke kaunter H dimana nanti aku akan menunggu kedatangan pegawai tu.Hampir 1 jam aku tunggu,namun pegawai tersebut tak muncul-muncul lagi.Apa dah jadi ni,mungkinkah pegawai tadi berbohong pada kami semua,rasanya tak mungkin kerna ikut prosedur,mana-mana penumpang pun harus check in bagasi di kaunter yang telah ditetapkan.Aku suruh kawanku cari Duta negara kenalanku itu.Aku nampak ada macam ada dua orang yang memakai tag nama.Kawanku pun menghampiri orang tu dan bertanya samada dia dari kedutaan,jawabnya Ya.Alhamdulillah.nampaknya cerah harapan aku untuk mengirim barang ni .Pukul 7 ,aku nampak 3 pegawai sedang mara ke arah kaunter H.Salah seorang daripada mereka memegang paspot yang bewarna hijau.Memang tidak syak lagi,paspot tu kepunyaan kenalanku.Bagasi yang berisi pakaian dan makanan diterima masuk oleh petugas wanita di kaunter.Duta negara cuba pula untuk memujuk pegawai imigresen agar membenarkan kami semua berjumpa dengan kenalanku itu.Setelah berbincang beberapa ketika,akhirnya pegawai imigresen yang baik hati itu bersetuju membenarkan kami berjumpa dengan kenalanku itu.Jam 8 malam,baru mereka mengiringi kenalan ku itu ke arah balai perlepasan.Sempat jugalah kami semua berbual-bual dengannya.Selepas itu kenalanku itu diiringi oleh pegawai imigresen dan Duta negaranya turun ke bawah untuk check in kedua.Kami bersurai dengan hati lapang dan penuh kesyukuran kepada Illahi yang telah mengizinkan segala-galanya berjalan dengan baik.Alhamdulillah.Allahu Akbar.

Pengalaman Perjalanan ke Depot Lenggeng

Klsentral.jpgMau tak mau aku terpaksa bulatkan hatiku untuk pergi ke Depot Lenggeng,Negeri Sembilan hari ini.Semalam aku cuba menghubungi seorang kenalan untuk meminta tolong temankan aku pergi ke sana,namun sms aku tak dijawab.Aku kena pergi sorang-soranglah jawabnya.Pagi-pagi lagi  sebelum jam 7 pagi aku dah pun  bersiap-siap,maklum sajalah aku terpaksa berebut menaikki komuter tren bersama-sama orang awan yang sememangnya ramai untuk pergi kerja,cumanya aku bukan nak pergi kerja,tapi aku nak ke Depot Lenggeng.Aku tiba di stesyen KL Sentral jam lapan pagi dan selepas tu aku terpaksa turun untuk menukar tren yang menuju ke hala Seremban.Sampai di Seremban,aku ke tempat menunggu teksi.Bandar Seremban taklah besar dan moden.Pemandangan sekeliling langsung tak menarik perhatianku.Aku tanya drebar teksi tu berapa tambang ke Depot Tahanan  Lenggeng.Wah, terkejut  juga  apabila drebar teksi  tu dengan muka selamba menjawab RM40.Mahalnya,bisik hati kecilku.Aku malas untuk minta diskaun,jadi aku pun bersetuju terus aku masuk ke dalam teksi

Perjalanan ke Depot Lenggeng memakan masa lebih kurang 30 minit daripada bandar Seremban,Kawasan persekitaran agak sunyi dan terpinggir.Dari jauh,dah nampak bangunan yang dibina untuk tahanan berasaskan kayu di atas lereng bukit.Tempat ini kesuluruhannya berpagar tinggi,jadi orang awam tentu sekali tidak akan dapat melihat dan meneka apa yang berlaku di dalamnya.Di depan pintu masuk ada guard house. Pegawai tu minta aku tinggalkan kad pengenalan dan telefon bimbit di pintu masuk,dan mengarahkan aku supaya pergi ke tempat pendaftaran.Tahanan wanita di sebelah kiri tetapi tahan lelaki nun jauh berada di atas bukit.Aku menunggu hampir sejam,baru aku dipanggil masuk ke dalam bilik perjumpaan di mana aku dapat bercakap dengan tahanan memalui panggilan telefon.Sama je stailnya macam di penjara Kajang.Alhamdulillah aku dibenarkan becakap selama hampir 30 minit.Kemudian aku diminta untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh kenalanku itu

Di sini barang-barang keperluan asas untuk tahanan boleh dibeli di kantin tetapi harga barang-barang yang dijual terlalu mahal.Aku tanya sipenjual kenapa harga luar biasa,dia bagi tau aku,sememangnya mereka sengaja menaikkan harga untuk menampung perbelanjaan harian tahanan-tahanan yang berada di sini.Aku pergi balik ke bilik perjumpaan tadi tu dan menyerahkan barang-barang tersebut pada pegawai yang bertugas.Ke mudian aku mengucapkan salam pada kenalanku dan beredar dari tempat itu.

Ada seperkara lagi yang aku mesti buat yakni aku mesti pergi berjumpa dengan pegawai bahagian pengusiran tahanan.Bahagian ini terletak di seberang jalan bertentangan dengan bilik perjumpaan tahanan.Hujan dah mulai turun renyai-renyai.Di sudut bahagian yang lain,aku nampak banyak juga tahanan yang baru di bawa masuk dan sedang duduk beramai-ramai di atas lantai simen, di soalsiasat oleh pegawai yang sibuk berkerja.Aku menanggalkan kasut dibawah dan terus berjalan ke pejabat pengusiran.Di bahagian ini kelihatan agak sibuk.Ada beberapa tahanan lelaki sedang duduk berama-ramai .Ada seorang petugas sedang mengendalikan   pekerjaan ini.Aku mengetuk pintu bilik pejabat bahagian pengusiran.Kelihatan seorang pegawai sedang sibuk bekerja dan ketika itu sedang berbual menggunakan telefon bibmbit peribadinya.Dia ternampak aku berdiri lalu dia mengarakahkan aku duduk .Pegawai ini kelihatan baik dan peramah.Aku menerangkan kepada pegawai tu tujuan aku datang adalah untuk mengetahui bila boleh kenalanku dihantar pulang.Dia kata petang ni nanti pegawai dari Kedutaan akan datang menemuinya untuk berbincang hal tersebut.Setelah habis kerjaku di situ, aku berjalan keluar dan berjalan ke tempat pos pengawal untuk meminta balik IC dan telefon bimbit.Di luar aku ternampak sebuah teksi sedang menunggu.Rupa-rupanya teksi yang sama.Aku menaikki teksi dan terus balik ke Seremban.Tren komuter tiba jam 1 petang.Ramai juga penumpang.Dalam perjalanan pulang,semasa tren melewati setesyen Labu,tiba-tiba je ia berhenti.Penhawa dingin tidak berfungsi.Panas dan bau asap yang tidak menyenangkan menerjah ke lubang hidung.Busuk betul.Seketika drebar tren memberitau semua penumpang yang tren tu mengalami keosakkan dan tidak boleh bergerak terpaksa di tunda.Sejam berlalu,baru ada tren komuter yang lain datang membantu .Walalau bagaimana pun,semuanya berjalan lancar semula.Aku dan penumpang-penumpang yang lain diarahkan bertukar ke tren yang lain.Dipendekkan cerita aku selamat sampai ke Shah Alam jam 4 petang.
Jam 6 petang,aku menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.Aku menjawab dengan perasaan cuak dan teragak-agak.Eh,suaranya aku kenal betul. Rupa-rupanya kenalan yang aku jumpa di Depot tadi.Dia kata,Duta Negara dia dah datang dang sekarang ni sedang berbincang dengan pegawai pengusiran yang aku jumpa pagi tadi.Kenalanku meminta supaya aku menguruskan pembelian tiket kapalterbang.Betul ke apa yang aku dengar ni..uruskan pembelian tiket..aku cuba bertanya semula,apakah ini benar,jawabnya tegas ya memang benar.Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan baik dan lancar.InsyaAllah,esuk petang aku akan ke KLIA untuk menghantar barang-barang kenalanku.Aku merasa puas hati dan bersyukur kepada Allah swt kerna memudahkan segala urusan duniawi aku .

The Banana Test

The Banana Test

 

There is a very, very tall coconut  tree and there are 4 animals,
a  Lion,  a Chimpanzee,  a Giraffe,and a Squirrel  ,  who pass by it.

They decide to compete to see who is the fastest to get a banana off the tree.   
  
Who do you guess will win?  
 
Your answer will reflect your personality, so think carefully . . .
Try and answer within 30 seconds.
  

Got your answer?

Now scroll down to see the analysis.


If  your answer is:

Lion = you're dull.
  Chimpanzee  = you're dense.  Giraffe  = you're a complete moron.  Squirrel   = you're hopeless.  
  


A  COCONUT TREE DOESN'T HAVE BANANAS.
  

Obviously you're stressed and overworked.  You should take some time off and relax!!!
  

Tuesday, January 25, 2011

Depot Tahanan Imigresen di Lenggeng Negeri Sembilan




S
















Suasana sesak di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan yang dipenuhi tahanan Imigresen dengan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen. Jabatan Imigresen hari ini yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Raja Mohd Raja Ismail, membawa wakil media melawat Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan dan Depot Tahanan Imigresen Sepang KLIA. -- fotoBERNAMA


Banyak cerita yang aku baca dari internet mengenai Depot Tahanan di Lenggeng,Negeri Sembilan.Semuanya berita yang kurang enak didengar.Kes terbaru ialah mengenai gelagat tahanan yang berada di dalam sana. Ceritanya begini.
Suatu hari aku mendapat panggilan miss call dari nombor yang tidak ku kenali.Aku teragak-agak untuk membuat panggilan semula namun hati kecil ku berkata mungkin ini daripada orang yang aku kenal.jadi aku pun menalipun kembali nombor yang terpapar di skrin handphone aku.Tak syak lagi memang dari seseorang yang aku kenal.Aku pun berbual sekejap dengan kenalan aku yang sememangnya berada di dalam tahanan Lenggeng tersebut.Selepas aku habis berbual dengan kenalan aku tu,dia memberitahu aku  yang aku kena isi topup Digi Rm10 untuk nombor yang sedang dia guna tu.Aku kata ok,insyaallah,aku akan masukkan top up nanti.Tak apalah bisik hati kecilku,ada juga hamba Allah yang sanggup piinjamkan handphone untuk rakan-rakan yang berada di dalam kesulitan.Keesukkan harinya,aku cuba untuk menghubungi kenalanku tu melalui nombor handphone semalam.Ternyata berkesan.Alahmdulillah,aku dapat bercakap dengan kenalan aku tu,dan sebelum abis perbualan kami,pemilik handphone tu minta diisi top up rm10 lagi.Aku tak terkata apa-apa namun,selepas itu aku janji akan isikan rm10 apabila aku keluar ke kedai.Hati aku sangat sedih dan marah juga pada pemilik hand phone tu.Sekarang ini baru aku tahu,rupa-rupanya dia bagi pinjam phone bukan kerna peri kemanusiaan dan simpati tetapi hanya semata-mata untuk mendapat ganjaran lumayan.Setiap kali samada dia buat miss call atau sesiapa saja yang menghubunginya melalui nombor miliknya,akan dikenakan bayaran sebanyak rm10 walhal,credit panggilan telefon sipemanggil yang kena bayar dan juga terpaksa membayar kepada pemilik handphone juga.Pandai juga geng-geng ni buat bisnes walaupun di dalam keadaan sedemikian.Sekarang ni,aku fikir dua tiga kali sebelum buat panggilan menggunakan nombor orang tahanan tu.Hari ini aku cuba menghantar sms dan meminta tolong pemilik handphone tu sampaikan berita sms tu pada kenalanku tu,Allahu 'alam

Persiapan Perkahwinan

Hari ini sudah masuk tanggal 25 januari 2011 bersamaan 21hb Safar 1432.Tinggal cuma beberapa hari saja lagi,majlis akad nikah dan persandingan akan di adakan di rumah famili aku di Shah Alam.Yang paling sibuk sekali ialah anakku Fiza dan tunangnya Wan,ada saja barang-barang yang hendak dibeli.Alhamdulillah,rumah sewa pun mereke dah cari,jadi senanglah berulang alik ke tempat kerja kedua-dua pihak dan juga dekat dengan rumah papa Fiza.Beberapa hari yang lalu,aku dan famili sempat membeli belah di Kompleks PKNS dan kemudian ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur membeli bunga telur dan barang-barang perkahwinan yang lain. Wah,banyak jugak belanja,kalau dicampur semuanya beribu-ribu jugalah .Minggu ini aku sibuk dengan menjahit baju untuk anak-anakku ,insyaAllah untuk  dipakai nanti di waktu hari perkahwinan.Penat rasanya badanku.Maklumlah banyak benda nak dibuat.Nasib baik aku dah jahit langsir awal-awal lagi.
Minggu depan cuti sekolah,insyaAllah ramailah saudara-mara dari  kampung akan datang ke sini untuk sama-sama meraikan hari perkahwinan Fiza .Mudah-mudahan Majlis perkahwinan ini dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.
Aku rasa semua keperluan untuk majlis dah dibuat,cuma tadi Fiza tanya aku waktu bila kumpulan kompang patut datang .Aku kata sebaik-baiknya selepas waktu zuhur atau pun jemput mereka datang pukul 1 tengah hari.Majlis persandingan Jam 1.30 pm.

Aku berdoa kepada Allah swt agar majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat rahmat dan penuh barokah serta mendapat keredaanNya.ameen

Thursday, January 20, 2011

Bagaimanakah caranya agar kita bisa dicintai oleh Allah?

“ Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertakwa, orang yang kaya, dan orang yang tidak pamer.” (HR. Muslim)
Setiap kita pasti menginginkan dicintai oleh Allah. Karena, jika Allah mencintai kita, maka kebahagiaan di dunia dan di akhirat akan kita raih. Pertanyaannya, bagaimanakah caranya agar kita bisa dicintai oleh Allah?
Jika kita merujuk kepada hadits Rasulullah SAW sebagaimana yang disebutkan diatas, maka ada 3 cara agar bisa dicintai Allah.
Pertama, menjadi orang yang bertakwa, Ali bin Abi Thalib memberikan batasan ciri-ciri orang yang bertakwa: 1). merasa takut kepada Allah. Takut kepada Allah berbeda dengan ketakutan kita kepada makhluk, jika kita takut kepada harimau maka kita akan menjauhinya. Namun, jika kita takut kepada Allah maka kita harus mendekati-Nya dengan senantiasa meningkatkan kualitas ketaatan dan menjauhi kemaksiatan. Efek positif dari rasa takut ini, maka akan muncul sikap hati-hati dalam berbuat, sehingga perbuatan kita tidak akan seenaknya, namun akan penuh pertimbangan. 2). tadabbur Al-Quran. Tadabbur artinya membaca Al-Quran disertai dengan memahami isinya. Al-Quran berisi pedoman dan petunjuk hidup, maka agar hidup ini selaras dan sesuai dengan kehendak Allah, salah satu caranya adalah dengan mengikuti petunjuk dari Al-Quran; 3). qanaah dalam hidup. Qanaah artinya merasa cukup dengan nikmat diberikan Allah. Sehingga hidup penuh dengan rasa syukur. Qanaah bukan berarti pasif, tapi aktif dalam berikhtiar, fokus dan bersungguh-sungguh dalam beramal, namun untuk hasil sepenuhnya diserahkan kapada Allah; 4). bersiap-siap menghadapi kematian. Orang yang bertakwa senantiasa ingat mati, sehingga hidupnya menjadi produktif dalam beramal sebagai bekal kepulangannya. Tiada waktu untuk leha-leha dan bermalas-malasan, karena dia tahu bahwa maut pasti akan datang sewaktu-waktu. Baginya, waktu adalah kesempatan emas yang tidak boleh disia-siakan untuk memperbanyak amal ibadah. Rasulullah SAW bersabda“Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara lagi : Hidupmu sebelum matimu, sehatmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum sibukmu, mudamu sebelum tuamu, dan kayamu sebelum miskinmu.” (HR. Baihaqi dari Ibnu Abbas).
Kedua, menjadi orang yang kaya. Menurut Rasulullah SAW bahwa orang yang kaya akan dicintai oleh Allah. Namun, yang dimaksud kaya disini adalah kaya hati dan bukanlah kaya dengan materi dunia. Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah orang yang kaya itu dengan banyaknya harta, namun orang kaya itu adalah kaya jiwa / hati.” (HR. Bukhari). Orang yang kaya hati, maka hidupnya akan lapang dan tidak merasa sempit, meskipun hidupnya sederhana. Harta dunia tidak menjamin akan ketenangan dan kebahagian hidup, bahkan boleh jadi menjadi penyebab kegelisahan dalam hidup jika didapatkan dengan cara yang tidak halal sehingga tidak ada keberkahan dalam hartanya bahkan akan menjauhkan diri dari Allah. Na’udzubillah min dzalik.
Ketiga, hidup tidak pameralias ikhlas. Orang yang dicintai Allah akan beramal hanya untuk yang dicintainya, bukan untuk makhluk yang fana’. Beramal bukan untuk dipuji, dihormati, dan dihargai oleh selain Allah. Namun, semua itu dia kerjakan untuk Allah semata. Syaikh Muhammad Salim bin ‘Id Al-Hilali dalam kitabnya “Bahjatun-Nazhirin (Syarh Riyadhush-shalihin)” menyebutkan, ada dua syarat sahnya suatu diterima, yaitu ikhlas dan sesuai dengan sunah Rasulullah.
Ikhlas yaitu beramal hanya mengharap keridlaan Allah. Allah SWT berfirman,“Padahal mereka tidak diperintahkan kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat. Yang demikian itulah agama yang lurus.” (QS. Al-Bayyinah: 5). Sedangkan, sesuai dengan sunah yaitu jika amal itu harus sesuai dengan contoh Rasul (tidak seenaknya apalagi ngarang sendiri). Dua syarat ini termasuk perkara yang mutawaliat, yakni perkara yang saling berkaitan dan tidak bisa dipisahkan satu dengan yang lainnya. Dengan demikian amal itu tidak cukup hanya ikhlas tapi juga harus sesuai dengan contoh Rasul dan begitupun sebaliknya.
Inilah di antara upaya kita agar bisa meraih cinta Allah dengan terus berupaya agar bisa menjadi pribadi takwa, kaya akan jiwa/hati, dan ikhlas dalam beramal. Semoga Allah memberkahi dan meridlai ikhtiar kita ini. Amin. Wallahu a’lam bishshawwab.

Tuesday, January 18, 2011

Pontianak Malam

Petang semalam aku kerja shift petang dari 7pm hingga 12pm. Tak berapa ramai patients,jadi dapat pulang ke rumah pukul sebelum 12 tengah malam. Dalam masa yang terluang tu, sempat juga member yang kerja bersama dengan aku buka cerita pasal pontianak.Aku kata ,janganlah cerita ,aku tak mau dengar,tapi dia teruskan juga bercerita.Masalahnya ialah member aku pun tinggal di kawasan yang sama.Dia kata suatu malam tu,dia terdengar suara orang pompuan ketawa mengilai dan keesukkan paginya pula, anak memberku pun kata dia juga terdengar bunyi yang sama.Seram bulu roma aku.Lepas tu,dia sambung cerita lagi, ada suatu malam tu, seorang budak lelaki terasa haus lalu turn dari rumah flat dia, tiba-tiba dia terpandang suatu lembaga putih bertenggek di atas railing besi dekat situ.Terkejut beruklah budak tu..Apa jadi selepas tu aku tak tau,tapi member aku kata mungkin pontianak tu saja nak usik orang-orang yang tinggal di kawasan tu.Sememangnya,kawasan yang dia orang tinggal tu terletak di hujung jalan,lepas tu  cuma hutan dan bukit dan ada pulak bangunan tinggal yang tidak berpenghuni bertahun-tahun lamanya.Tempat-tempat sunyi begini memang menjadi kegemaran jin dan syaitan berkeliaran.
Aku kayuh basikal sekuat hati supaya lekas sampai ke blok rumah aku .Pagi tadi semasa aku nak pergi ke rumah adik,pedal basikal aku tiba-tiba saja tercabut keluar dan terjatuh di atas jalanraya.Nasib baiklah malam tadi tak berlaku sedemikian,kalau tidak,tentu aku kelam kabut dan tak tentu arah.Alhamdulillah,Allah telah menyelamatkan aku dari ditimpa musibah tu malam tadi.Aku dah pun pasang balik pedal basikal aku.Petang ni,jap lagi,aku kena siap-siap nak pergi kerja.Hari ini pun shift petang juga.Selamat bekerja malam..

Sunday, January 16, 2011

Tulisan-tulisan Islam yang Menarik untuk Dibaca

Ini adalah tulisan-tulisan tentang Islam yang insya Allah bermanfaat untuk menambah keimanan kita. Silakan dibaca….
Bukti Tuhan itu Ada
Siapa Tuhan Kita?
Tauhid – Mengesakan Allah – Tuhan itu Satu!
Sifat 20 Allah yang penting untuk kita ketahui
Download eBook Iman
Tulisan di bawah juga menarik untuk dibaca:
Keajaiban Al Qur’an dan Ilmu Pengetahuan
Perbandingan Agama Yahudi, Kristen, dan Islam
Seberapa Besarkah Bumi Kita? Allah Maha Besar!
Sebarkanlah ini ke saudara-saudara dan teman-teman anda…
Allahu'alam

Penyakit Hati

Penyakit Hati Sombong, Iri, dan Dengki dan Cara Mengobatinya

Hati (bahasa Arab Qalbu) adalah bagian yang sangat penting daripada manusia. Jika hati kita baik, maka baik pula seluruh amal kita:
Rasulullah saw. bersabda, “….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)
Sebaliknya, orang yang dalam hatinya ada penyakit, sulit menerima kebenaran dan akan mati dalam keadaan kafir.
“Orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya yang telah ada dan mereka mati dalam keadaan kafir.” [At Taubah 125]
Oleh karena itu penyakit hati jauh lebih berbahaya daripada penyakit fisik karena bisa mengakibatkan kesengsaraan di neraka yang abadi.
Kita perlu mengenal beberapa penyakit hati yang berbahaya serta bagaimana cara menyembuhkannya.
Sombong
Sering orang karena jabatan, kekayaan, atau pun kepintaran akhirnya menjadi sombong dan menganggap rendah orang lain. Bahkan Fir’aun yang takabbur sampai-sampai menganggap rendah Allah dan menganggap dirinya sebagai Tuhan. Kenyataannya Fir’aun adalah manusia yang akhirnya bisa mati karena tenggelam di laut.
Allah melarang kita untuk menjadi sombong:
“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’ 37]
“Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia karena sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman 18]
Allah menyediakan neraka jahannam bagi orang yang sombong:
“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min 76]
Kita tidak boleh sombong karena saat kita lahir kita tidak punya kekuasaan apa-apa. Kita tidak punya kekayaan apa-apa. Bahkan pakaian pun tidak. Kecerdasan pun kita tidak punya. Namun karena kasih-sayang orang tua-lah kita akhirnya jadi dewasa.
Begitu pula saat kita mati, segala jabatan dan kekayaan kita lepas dari kita. Kita dikubur dalam lubang yang sempit dengan pakaian seadanya yang nanti akan lapuk dimakan zaman.
Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya’ “Uluumuddiin menyatakan bahwa manusia janganlah sombong karena sesungguhnya manusia diciptakan dari air mani yang hina dan dari tempat yang sama dengan tempat keluarnya kotoran.
Bukankah Allah mengatakan pada kita bahwa kita diciptakan dari air mani yang hina:
“Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina?” [Al Mursalaat 20]
Saat hidup pun kita membawa beberapa kilogram kotoran di badan kita. Jadi bagaimana mungkin kita masih bersikap sombong?
‘Ujub (Kagum akan diri sendiri)
Ini mirip dengan sombong. Kita merasa bangga atau kagum akan diri kita sendiri. Padahal seharusnya kita tahu bahwa semua nikmat yang kita dapat itu berasal dari Allah.
Jika kita mendapat keberhasilan atau pujian dari orang, janganlah ‘ujub. Sebaliknya ucapkan “Alhamdulillah” karena segala puji itu hanya untuk Allah.
Iri dan Dengki
Allah melarang kita iri pada yang lain karena rezeki yang mereka dapat itu sesuai dengan usaha mereka dan juga sudah jadi ketentuan Allah.
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [An Nisaa’ 32]
Iri hanya boleh dalam 2 hal. Yaitu dalam hal bersedekah dan ilmu.
Tidak ada iri hati kecuali terhadap dua perkara, yakni seorang yang diberi Allah harta lalu dia belanjakan pada jalan yang benar, dan seorang diberi Allah ilmu dan kebijaksaan lalu dia melaksanakan dan mengajarkannya. (HR. Bukhari) [HR Bukhari]
Jika kita mengagumi milik orang lain, agar terhindar dari iri hendaknya mendoakan agar yang bersangkutan dilimpahi berkah.
Apabila seorang melihat dirinya, harta miliknya atau saudaranya sesuatu yang menarik hatinya (dikaguminya) maka hendaklah dia mendoakannya dengan limpahan barokah. Sesungguhnya pengaruh iri adalah benar. (HR. Abu Ya’la)
Dengki lebih parah dari iri. Orang yang dengki ini merasa susah jika melihat orang lain senang. Dan merasa senang jika orang lain susah. Tak jarang dia berusaha mencelakakan orang yang dia dengki baik dengan lisan, tulisan, atau pun perbuatan. Oleh karena itu Allah menyuruh kita berlindung dari kejahatan orang yang dengki:
“Dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.” [Al Falaq 5]
Kedengkian bisa menghancurkan pahala-pahala kita.
Waspadalah terhadap hasud (iri dan dengki), sesungguhnya hasud mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu. (HR. Abu Dawud)

Saturday, January 15, 2011

Berkongsi Rumah Sewa

Semalam ada seorang kenalan adikku menelefonnya menyanyakan tentang rumah sewa di kawasan berhampiran E-Gate bertentangan dengan Tesco Gelugor, Pulau Pinang.,dimana tempat budak pompuan tu kerja. Aku pun terfikir apa salahnya kalau aku berkongsi rumah sewa yang sekarang aku dudukki dengan budak pompuan tu.Rasanya ringanlah sikit beban nak bayar sewa tiap-tiap bulan.Maka aku pun tanyalah pada adikku dan minta nombor telefon bimbit budak tu. Tanpa banyak fikir aku terus call budak tu.Orang kedah rupanya dan baru saja bekerja di syarikat  swasta milik bumiputera dan ada kereta sendiri.Aku kata datanglah ke rumah flat aku untuk melihat sendiri samada suka atau tidak.Lepas tu dia tanya aku balik rumah aku tu dekat ke dengan tempat kerja dia, aku jawab dekat dan tak jem insya Allah,dia tanya aku lagi, ada tak peti ais,aku kata tadak dan dia tanya lagi ada tak mesin basuh baju,aku jawab tadak jugak dan dia soal lagi ada tak katil dalam bilik tu,aku cakap apa pun tadak,aku sendiri pun tidok atas lemek ( tilam nipis yang dibentang di atas lantai).Oh,kalau macam tu susahlah jawab budak pompuan tu,saya perlukan sangat mesin basuh baju,Aku kata,kalau macam tu,belilah sendiri sebab memang rumah aku tak pernah ada mesin basuh dan aku rasa aku juga tak mau beli buat masa ni,cukup aku cuci pakaian dengan qudrat yang Allah swt kurrniakan pada aku,alhamdulillah.Kemudian dia call aku balik dan mintak alamat rumah,katanya insyaAllah malam ni,dia akan datang dengan seorang teman.Aku mulanya kata insyaAllah tapi lepas aku fikir masak-masak,dan tanya pendapat adikku yang baru saja pulang daripada kerja ketika tu, dia kata ..cakap dengan budak tu boleh blah..dengan nada gurau dan berseloroh.Walau apa pun ,aku sekarang dah berubah fikiran..Aku terus saja sms pada budak pompuan tu,meminta maaf kerna tak jadi nak sewakan rumah pada dia buat masa ni.Aku kata aku akan tolong carikan rumah atau bilik sewa di kawasan ni untuk dia.
Mungkin aku ni,tak pernah ada pengalaman kongsi rumah dengan orang lain,jadinya aku rasa tak sedap hati.Mungkin juga pengalaman aku di waku aku di kolej dulu bersama-sama rakan sebilik menjadikan aku lebih berhati-hati memilih rakan terutamanya kalau terpaksa berkongsi barang ,konsgi itu dan ini bersama-sama.Buat masa sekarang ni,aku rasa lebih elok dan lebih selesa kalau aku tinggal bersendirian di rumah flat comel ni sorang-sorang...bebas buat sesuka hati dan yang pentingnya aku rasa aman........alhamdulillah