Friday, December 17, 2010

SIAPA YANG KEDEKUT ALLAH ATAU MANUSIA?

Persoalan yang akan membuat kita kembali berfikir dan akan membuat kita sedar selepas kita puas berfikir. Kedekut ke Allah itu?. Allah itu tidaklah kedekut dan Dia tidak pernah akan kedekut. Sesuai dengan sifatNya yang bernama Ar Rahman yang membawa maksud maha Pemurah. Pelbagai benda yang menunjuk bahawa Dia tidak pernah kedekut dengan semua makhlukNya. Sebaliknya Dia maha Pemurah. Kedekutkah Allah itu dengan makhlukNya yang bernama Manusia?. Dia tidak pernah kedekut dengan manusia. MakhlukNya yang Dia cipta dari tanah dan makhluk yang Dia beri gelaran Khalifah dimuka bumi. Allah tidak pernah kedekut kepada manusia, 
kerana Dia lah yang memberi rezeki dan setiap nikmat yang tidak terhingga seperti makan dan minum, mata, telinga, tangan, kaki, nafas dan banyak lagi pada makhlukNya yang bernama Manusia. Bertapa banyak nikmatyang diberi oleh Allah kepada manusia. Jadi kedekutkah Allah itu?. Tidak dan tidak akan pernah kedekut.
Memang senang untuk kita melihat bahawa manusia lebih kedekut berbanding dengan Allah. Terlalu senang untuk kita lihat hingga tidak perlu untuk memikir. Pernahkah manusia itu bersyukur kepada Allah atas apa yang Allah beri pada mereka, seperti rezeki makan dan minum dan nikmat-nikmat yang lain. Kalau ada pasti jumlahnya kurang. Kedekut nya manusia itu dengan Allah sehingga manusia itu sukar untuk mengucapkan satu kalimah yang tidak perlu dibayar dengan wang ringgit pada Allah. Sebaliknya ianya adalah sekadar ucapan Alhamdulillah. Inilah satu ucapan yang sukar untuk kita mendengar bila kita mendapat kesenangan dari Allah. Sedangkan yang memberi kesenangan itu adalah Allah. Bukan itu sahaja, kedekutnya manusia itu dengan Allah juga sehingga kurangnya manusia yang ingin berdoa kepadaNya. Sedangkan Allah pernah memberitahu kita supaya selalu berdoa kerana dia pasti akan memakbulkannya. Inilah dua benda yang manusia amat kedekut untuk melakukan, sedangkan Allah tidak pernah meminta duit untuk kita melakukannya. Jadi siapakah yang kedekut?. Allah atau Manusia?. Wahai manusia bayangkanlah, jika betul Allah itu nak kedekut dengan kita, pasti Dia mudah untuk melakukannya. Cuba kita bayangkan, kalau betul Allah itu mahu kedekut dengan kita dengan ‘mencaj’ setiap ‘nafas’ kepada kita dengan harga RM0.50 dalam setiap kali kita bernafas. Mampukah kita membayarnya jika dalam satu minit sahaja kita sudah menyedup 50 kali nafas. Cuba kita kira berapa banyak kita kena bayar bila RM0.50 didarab dengan 50= RM 25. Mampu ke kita kalau RM 25 itu didarab dengan 24 jam. 


Ingatlah wahai anak-anakku dan saudara saudari sekalian,kalau kita kedekut masa dengan Allah. Allah akan kedekut masa dengan kita. kalau kita tak berkira masa kita untuk Allah. maka Allah pun takkan berkira nak beri masa Allah kat kita. fikir-fikirkanlah..


Dan semestinya. masa untuk Allah tu, mestilah ikhlas. kalau kita beri sikit masa kita untuk Allah tapi mulut merungut rungut, hati menyumpah nyumpah, baik tak payah susahkan diri.Ini yang dinamakan golongan-golongan orang-orang yang rugi..dunia rugi,akhirat pun rugi...



Jadi,kesimpulannya,siapa yang kedekut, Allah atau manusia ?

No comments:

Post a Comment