Monday, December 20, 2010

Kenapa Kita perlu Marah??

"(Termasuk kalangan orang-orang yang bertaqwa ialah)orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia
 Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik.
[ Ali Imran : 134 ]
HURAIAN

 Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego).Lagi besar ego seseorang,lagi besar marahnya.Ini
berkaitan pula dengan kedudukan  seseorang
 besar pangkatnya, banyak  hartanya,ramai pengikutnya maka akan tinggilah ego seseorang dan akan  menjadi-jadilah pemarahnya  . Sebaliknya jikalau kurang segalanya maka akan kuranglah egonya dan akan  kuranglah pemarahnya.

Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita yang  menyebabkan kita menjadi pemarah  
dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk meghilangkan rasa marah ialah:-


a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah swt akan segala  tindak-tanduk kita.Allah memerhatikan segala            
    perlakuan dan sikapbiadap kita

b)Bila  datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina
  
c) Banyakkan berdiam diri dan banyakkan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
    kita daripada sifat  marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan     pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.  

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita apabila kita sedang marah.Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

 f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim )
    kerana marah itu datangnya daripada syaitan. 

g) Apabila marah sedang memuncak
, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

 
h) Jikalau tidak boleh dengan hal tersebut di atas, hendaklah  tidur.
    Kerana ianya  akan meredakan perasaan marah apabila bangki tdaripada tidur.


i)Tauhid kita perlu tepat.Setiap sesuatu  datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.
 Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah,kita tidak suka  orang memarahi kita ,Maka begitu jugalah orang lain yang
melakukan kesilapan juga tidak suka dimarahi.
Tegurlah   dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Dikeluarkan oleh syukbah dakwah danpendidikan, Masjid Negeri Sabah.               Siri 22/05

No comments:

Post a Comment