Monday, December 20, 2010

Doa Seorang insan bergelar Ibu



Aku mulakan muqaddimah dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
penulisan ini khusus untuk anak-anak aku yang amat ku kasihi..

Tentu sekali kita suka dan bahagia kalau anak-anak kita membesar dengan baik dan setelah dewasa menjadi hamba Allah yang saleh dan insan yang mulia disisi manusia.Aku juga mahu anak-anakku menjadi seperti demikian.Oleh kerna zaman muda aku dihabiskan untuk kerjaya,anak-anak aku  ketika itu dipelihara oleh pembantu rumah.Sedar tak sedar, mereka sudah pun meningkat remaja.Kini aku sedar betapa pentingnya tarbiah (pendidikan) awal kepada anak-anak .Dulu asyik kerja pagi,petang, siang malam, tak kira Sabtu dan Ahad pun kerja juga. Aku telah dilalaikan dengan duniawi yang nikmatnya taklah seberapa..Aku berasa begitu rugi kerna tidak banyak meluangkan masa aku dengan anak-anak sewaktu mereka betul-betul memerlukan kasih-sayang dan tunjuk ajar dari aku yang bergelar ibu kepada mereka.

Apakah aku masih mempunyai ruang untuk memperbetulkan keadaan sekarang setelah sekian lama aku lalai dan alpa dengan tanggung jawab dan amanah menjaga dan mendidik anak-anak supaya menjadi hamba-hamba  Allah yang soleh dan solehah ? Hanya kepada Allah jualah aku memohon petunjuk dan hidayah agar kami dipandu oleh Allah kejalan yang lurus, jalan yang diredaiNya.Ya Allah, ampunilah kami,dan berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di aqirat, dan jauhilah kami  dari azab seksa api neraka,ameen



No comments:

Post a Comment