Thursday, December 16, 2010

PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM (Makna, Sejarah, Dalil, Fadhilat dan Peristiwa)





MAKNA/PENGERTIAN


‘Asyura berasal dari kata asyara, ertinya bilangan sepuluh
Secara istilah Puasa ‘Asyura adalah puasa yang dikerjakan pada tanggal 
10 Muharram pada Kalendar Islam Hijriah. Hukum 
puasa Asyura adalah sunat; maksudnya sangat dianjurkan dan 
berpahala bagi yang mengerjakannya namun tidak berdosa jika tidak mengerjakannya.

DALIL & SEJARAH PUASA 'ASYURA

Hadits dari Siti Aisyah RA yang diriwayatkan Imam Bukhari:

Rasulullah SAW memerintahkan untuk puasa di hari ‘Asyura. 
Dan ketika puasa Ramadhan diwajibkan, barangsiapa yang ingin 
(berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin 
(tidak berpuasa) ia boleh berbuka. (HR Bukhari)
Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi).
Maka kemudian beliau berpuasa pada hari itu dan
memerintahkan umatnya untuk melakukannya. (HR Bukhari)
Diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah
juga pernah diprotes oleh umat Islam di Madinah:
“Ya Rasulullah, hari itu (’Asyura) diagungkan oleh orang Yahudi.”
Maksudnya, kenapa umat Islam mengerjakan sesuatu sama
seperti yang dilakukan oleh umat Yahudi? Beliau lalu bersabda:
“Di tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada tanggal 9.”
Setelah itu, tidak hanya disunnahkan puasa pada tanggal 10
tapi juga tanggal 9 Muharram. Sayang, sebelum datang tahun
berikutnya Rasulullah telah wafat.
Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan keinginan beliau
 untuk berpuasa pada tanggal 9 dimaksudkan agar tidak persis
 seperti yang dilakukan oleh umat pada masa
Nabi sebelumya, yakni Yahudi dan Nashrani. (Fathul Bari 4: 245)
Sebahagian ulama memberikan nama tersendiri
untuk puasa tanggal 9 Muharam ini, iaitu puasa Tasu’a,
dari kata tis’a artinya bilangan sembilan.
Sebahagian ulama lainnya berpendapat bahawa
puasa tanggal sembilan ini adalah bahagian dari
kesunnahan puasa asyura.
Adapun fadhilah atau keutamaan puasa asyura
adalah seperti digambarkan dalam hadits dari
Sahabat Abdullah bin Abbas berikut ini:

Aku tidak pernah mendapati Rasulullah SAW menjaga 
puasa suatu hari keranakeutamaannya dibandingkan 
hari-hari yang lain kecuali hari ini iaitu hari ‘Asyura 
dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan. (HR Muslim)
Puasa ‘Asyura disandingkan dengan puasa Ramadhan.
Rasulullah SAW juga bersabda,

Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah (puasa)
di bulan Allah Muharam. Dan solat yang paling utama setelah 
solat wajib adalah solat malam. (HR Muslim)
Keutamaan yang didambakan dari puasa ‘Asyura adalah
dapat menggugurkan dosa-dosa setahun yang lalu.
Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Qatadah RA, bahwa
Rasulullah SAW bersabda:


Puasa di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap 

kepada Allah agar menggugurkan dosa 
setahun yang lalu. (HR Abu Daud)
Begitu besar keutamaan yang terkandung
pada puasa di hari ini. Bahkan sebagian ulama
salaf menganggap puasa ‘Asyura hukumnya wajib.
Namun berdasarkan hadits ‘Aisyah di atas,
kalaupun puasa ini dihukumi wajib maka
kewajibannya telah dihapus dan menjadi ibadah yang sunnah.
(A Khoirul Anam)

PERISTIWA-PERISTIWA HARI 'ASYURA


10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting
 untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh
Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah
bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.



No comments:

Post a Comment