Dalam kehidupan, secara umumnya, sifat tamak iaitu ingin memiliki sesuatu tanpa batasan atau sikap haloba yang tak pernah rasa cukup dengan kekayaan boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehancuran.
Sifat ini tidak terbatas dalam mencari harta dan mendapatkan kuasa.
Semuanya menjurus ke arah nafsu kebendaan. Peribahasa Melayu ada mengatakan orang tamak selalu rugi yang bermaksud, seseorang yang tamak akhirnya akan mengalami kerugian.
Semuanya menjurus ke arah nafsu kebendaan. Peribahasa Melayu ada mengatakan orang tamak selalu rugi yang bermaksud, seseorang yang tamak akhirnya akan mengalami kerugian.
Kehidupan dunia moden mempengaruhi manusia dengan sifat tamak, haloba dan bakhil yang mempengaruhi gaya hidup yang hanya mementingkan kebendaan dan kekayaan. Sifat ini wajar dijauhi daripada menjadi penyakit dalam masyarakat yang boleh menjadi tabiat buruk. Semua sifat ini disebabkan manusia terlalu mementingkan harta dan kebendaan.
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah, nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat. (Riwayat Ahmad).
Daripada hadis ini jelas membayangkan sifat tamak manusia wujud sejak dulu hingga sekarang. Sebagai contoh sifat tamak Qarun pada zaman Nabi Musa a.s. yang memiliki banyak harta, tetapi tidak pernah rasa cukup dan kerana keangkuhan dan ketamakannya dia terbenam ke tanah bersama hartanya.

Disebabkan sifat tamak ini sesuatu perolehan tidak pernah mencukupi menyebabkan seseorang sanggup membuat kerja hina seperti mencuri, merompak dan melakukan rasuah. Jelaslah, sifat tamak ini lahir daripada hati yang tidak pernah puas dengan harta dan kekayaan yang diperoleh. Hati umpama raja dalam diri manusia. Hati tempat keyakinan seorang hamba terhadap Tuhannya. Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan dan menjadikan manusia tamak.
Justeru, hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dan ketenangan dalam diri, keluarga dan masyarakat. Imam Al-Ghazali berkata: Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan hati supaya jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya Allah. Jelaslah, sifat tamak lawannya zuhud (tidak rakus kepada dunia). Dalam hal ini diceritakan seorang sahabat menemui Nabi dan bertanya: Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu amalan yang apabila aku amalkan nescaya aku akan dicintai Allah dan manusia, Rasulullah menjawab, Hiduplah di dunia dengan zuhud (bersahaja), soleh hidupnya tidak mementingkan hal keduniaan maka kamu akan dicintai Allah dan janganlah tamak terhadap apa yang ada di tangan manusia, nescaya kamu akan disenangi manusia. (Riwayat Ibn Majah).
Gaya hidup sederhana dan zuhud akan mewujudkan sifat pemurah, ikhlas, syukur dan tawaduk dalam hati. Sifat ini adalah akhlak mulia dan adab seharian sebagai penghias peribadi Muslim. Hidup dalam sederhana sangat dituntut dalam Islam yang menjadikan umatnya kuat dan berdisiplin.
Hiduplah di dunia dengan zuhud iaitu tidak rakus kepada dunia seperti firman Allah bermaksud: Dan buatkanlah untuk mereka (manusia) perumpamaan kehidupan dunia ini, ibarat air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, sehingga menyuburkan tumbuh-tumbuhan di bumi, kemudian (tumbuh-tumbuhan) itu menjadi kering yang diterbangkan angin. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih untuk menjadi harapan. (Surah Al- Kahfi 45-46).
Jelaslah, amalan hidup dipenuhi kebajikan akan memberi manfaat kepada seseorang pada hari akhirat. Gaya hidup sederhana dan tidak tamak serta bermewah-mewah amat digalakkan dalam kehidupan. Amalan ini juga perlu dididik kepada anak-anak supaya mereka tidak dipengaruhi sifat tamak dan rakus.
Umat Islam digalakkan hidup dengan sederhana. Nabi bersabda yang bermaksud: Makanlah, minum, pakailah dan bersedekahlah, jangan berlebih-lebihan (boros) dan jangan bermegah-megah. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad).
Seseorang Muslim yang mengamalkan gaya hidup sederhana akan reda atas segala rezeki yang diberikan Allah. Dia akan berasa senang dengan rezeki itu walaupun sedikit. Rezeki itu memberi keberkatan kepadanya. Sikap sederhana sangat penting diamalkan dalam kehidupan.
Sifat tamak haloba boleh menjerat leher seseorang kerana rasa tidak pernah cukup menjadikan seseorang itu semakin tamak dan haloba.
Melalui sifat ini akan menambahkan lagi sifat buruk seperti rakus dan pentingkan diri sendiri. Sifat ini juga akan menghancurkan kehidupan seseorang.
Tokoh Islam, Imam Hassan Al-Bana pernah mengatakan: Nilai harta ditentukan oleh apa yang dihasilkan. Jika ia menghasilkan kebaikan, pemiliknya akan mendapat kebaikan, tetapi jika ia menghasilkan kejahatan, pemiliknya juga akan ditimpa balasan daripada kejahatannya. Dua sifat iaitu tamak dan haloba boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kehancuran. Sifat ini akan memusnahkan hidup kerana rasa tidak pernah cukup dan puas akan menguasai hati dan jiwa seseorang dalam kehidupan. Sebagai contoh Qarun yang tamak akhirnya musnah dan kerugian.
Daripada Muaz bin Jabal r.a. Nabi bersabda yang bermaksud: Mohonlah perlindungan Allah daripada ketamakan yang menjadi tabiat. (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim).
Kesimpulannya, didiklah hati dan jiwa dengan sifat sederhana dan penuh kecukupan pada apa yang ada. Sifat ini mesti dididik dalam hati dan jiwa sejak kecil. Hindari sifat tamak yang boleh menyebabkan kerakusan seperti melakukan rasuah dan penyelewengan dalam mendapatkan harta dan kekayaan dunia yang sementara.

>Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu
No comments:
Post a Comment