"Wahai umat manusia, sesungguhnya janji
Allah (membalas amal kamu)
adalah benar, maka janganlah kamu
diperdayakan oleh kemewahan hidup
di dunia, dan janganlah syaiton yang
menjadi sebesar-besar penipu itu
berpeluang menyebabkan kamu terpedaya
dengan (kemurahan) Allah (lalu
kamu lalai dan menderhaka). (mafhum AQ
Fathir:5)
Janji Allah itu benar (mafhum ayat Al
Quran dalam Surah Fathir dan
banyak lagi ayat lain yang sama
maknanya). Semoga anak-anak faham
bahawa setiap apa saja yang kita buat
lakukanlah kerana Allah semata-
mata maka itu akan masuk ke dalam buku
amalan. Tetapi sekiranya
tanpa lillahi taala, tanpa keikhlasan
dan juga tanpa sebarang niat
(kenapa buat jawabnya saja aja) maka tak
akan masuk dalam buku
amalan dan amalan itu menjadi sia-sia
belaka.
Kita hanyalah musafir di dunia yang fana
ini jadi laluilah kehidupan
yang sementara ini dengan penuh
keinsafan, kesedaran dan kefahaman.
Carilah ilmu sementara masih sihat,
masih ada upaya dari segi kewangan
dan juga otak masih mampu menerima.
Abdullah bin Umar Al-Khattab ra
berkata:"Kami mempelajari Iman, kemudian kami
mempelajari (pula) Al-Quran,
lalu (dengannya) bertambah-tambah
keimanan kami.
"Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka
hendaklah ia berusaha mencarinya
dengan jalan mematuhi perintah Allah)
kerana bagi Allah jualah segala
kemuliaan. Kepada Allah-lah naiknya
segala perkataan yang baik (yang
menegaskan iman dan tauhid, untuk
dimasukkan ke dalam kira-kira
balasan),dan amal yang soleh pula di angkatNya
naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang
melakukannya) . Dan sebaliknya;orang
yang merancangkan kejahatan (untuk
membuat kemuliaan), adalah bagimereka
azab seksa yang berat, dan rancangan
jahat mereka (kalau berkesan pun)
akan rosak binasa. (mafhum Surah Fathir: 10)
Yang penting ingatlah bahawa musuh utama
kita adalah syaitan. Sekiranya nak elak dari syaitan
yang berjanji untuk sesatkan umat manusia agar mengikutnya
ke neraka perlu kepada ilmu dan iman yang meningkat hingga ke tahap
ketaqwaan.
Mengelak dari gangguan syaiton:-
1. Bacalah ta'awudz - a'uzubillahi
minassyaitonirrajee m setiap kali
terlintas untuk berkata yang tak soleh
atau melakukan sebarang
maksiat.
2. selalu berwudhu',
3. Bacalah dua qul (Al Falaq dan An Naas
3x) setiap kali lepas
bangun subuh.
4. Bacalah ayatul Qursy setiap kali
sebelum tidur.
5. Bacalah keseluruhan Surah Al Baqarah
insyaAllah 3 malam tidak
akan diganggu syaiton.
6. Bacalah Laillahailla Allah huwahdahu
lasyarikallah lahul mulku
walahul hamduyuhyi wayummit wahuwwa 'ala
kulisyain qadir (100x)
setiap lepas solat bila terasa hati
menebal dengan karat dosa dan
tidak mudah nak melakukan amalan yang
baik. Sekiranya sudah reda
maka hanya 10 kali saja pun dah memadai.
7. Zikrullah (subhanallah,
alhamdulillah, Allahu Akbar, MasyaAllah,dll)
8. Rajin memberi salam dan menegur
dengan manis sekali sambil
memandang orang yang ditegur itu.
9. Pilihlah kawan yang baik. Kawan yang
saling mengingati waktu
solat, elak dair mengumpat, sentiasa
bersegera dalam membuat
sebarang kebajikan dan kebaikan.
Janganlah hitamkan hati dengan
melayan lagu, muzik dan juga ke tempat
yang tidak soleh seperti
tempat yang ada arak dsbnya.
10. Lakukan solat sunat tahajjud, dhuha,
witir dan solat sunat
sebelum dan sesudah solat fardhu.
11. Bertaubat selalu dengan istighfar
lebih dari 70 kali sehari.
(Peringatan ini diambil dari Hadis soheh
oleh Datuk Dr Fatma AzZahra)
No comments:
Post a Comment