Wednesday, December 15, 2010

RINTIHAN HATI SEORANG PEREMPUAN BERGELAR ISTERI

Kehidupan manusia sentiasa diuji.Suka atau pun tidak,itulah ketentuan Ilahi.Aku juga tidak terkecuali .Dalam usia meningkat ke separuh abad, aku telah diuji dengan pelbagai ujian oleh Allah swt, diuji gengan kematian ,kemiskinan,ditimpa penyakit, dan sekarang Allah menguji aku dan juga suamiku yang amat ku kasihi dengan menempatkannya disuatu tempat yang bernama penjara.Amat pilu dan sedih kurasakan.Teringat aku akan kalamullah dari al Quranul Karim yang maksdunya

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (alAnkabut Ayat 2)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
[alBaqarah Ayat 155 -157]


Hatiku menjadi tenteram semula dengan mengingati ayat-ayat suci al-Quran.Aku yakin ada hikmah di sebalik kejadian ini.Teringat aku kepada surah As-Syarh (94) yang bermaksud



Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


(7)  (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.  
(  سورة الرعد  , Ar-Rad, Chapter #13, Verse #28)

Semuga Allah swt menemukan aku dan suamiku kembali.Ameen.

2 comments: