Friday, December 31, 2010

Kenapa Allah Menghilangkan lidah ikan...?

Jaga Lidah...


Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan? Nak dengar satu cerita tak??

Rasululllah s.a.w bersabda:
"sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah dari lidah api neraka jahannam".

Sabda Rasulullah s.a.w lagi:
"tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita".

Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: " sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. " Salah seorang sahabat pun bertanya, "Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?" Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai main ciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah..banyak benda kita kena jaga bukan setakat lidah saja...tapi kata-kata tu lebih tajam dr pedang...boleh membuat hati orang terguris dan terluka...bak kata pepatah melayu
Terlajak perahu boleh di tarik balik,terlajak kata buruk padahnya...oleh itu hati-hatilah apabila hendak berkata-kata....lidah tidak bertulang...lembut gigi dari lidah...peringatan bagi mereka yang mudah lalai dan lupa..

Hari Terakhir Tahun 2010

Tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu penuh dengan pahit manis kehidupan.Bagi diriku, akhir tahun 2010 merupakan tahun yang dipenuhi ujian kehidupan yang lebih mencabar dan lebih pahit dari tahun-tahun yang sudah-sudah. Aku dikejutkan dengan ketiadaan dua orang insan yang amatku kasihi dan sanjungi.Orang yang pertama yang aku maksudkan ialah suamiku sendiri dimana dia sekarang ini sedang menjalani hukuman penjara selama 4 bulan di Penjara Kajang dan amat memilukan hatiku ialah sedang aku masih berada di dalam kesedihan,tiba-tiba di suatu pagi yang hening,aku sekali lagi dikejutkan dengan panggilan jauh dari kampungku, di mana kedengaran suara sebak dengan sedu-sedan oleh alhi keluargaku,memberitakan kepadaku tentang kematian ibuku, Pergi yang tak akan kembali lagi kerna menyambut panggilan Illahi.Rasa-rasanya jika aku ditakdirkan menjadi burung,mau saja aku terbang balik ke sana  untuk segera menemui ibuku yang amatku cintai.Walaupun aku tiba lewat kerna faktor masa , aku masih sempat untuk menatap wajah ibuku buat kali terakhir kalinya di perkuburan .Aku terlalu hiba dan tangisanku tak dapat dibendung lagi.Air mata deras mengalir,membasahi kedua pipiku.Aku mencium dahi ibu dan tangan kananku mengusap-ngusap tubuh ibu yang terbujur kaku.Semunya ini adalah takdir Ilahi yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui tentang segala sesuatu.

Tahun 2011 akan muncul 1 jam lagi dari sekarang.Mudah-mudahan Allah swt akan mempertemukan aku kembali dengan suamiku dan semuga Alah swt mengampuni segala dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan kita semua dan mencucuri rahmat ke atas ruh ibu,ameen

Kisah Seorang Anak Derhaka

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada

tengah
hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan
kepala.
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di
dalam
hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.
” Bincang apa tu? Serius aku tengok,” saya menyapa.
” Haaa…Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari
kubur emak dia? ” kata Jaimi, kawan saya.
” Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,”
jawab
saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan
itu.
” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu 10
tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas
itu
dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.
” Kenapa jadi macam tu? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari
kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan
tahun
itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah
berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
” Bukannya banyak, RM 20 aja mak! ” gadis itu membentak.
” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia
mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.
” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata
gadis itu.
” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.
” RM 20 aja! ” si gadis berkata.
” Tak ada,” jawab ibunya.
” Emak memang kedekut! ” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut
menyanggah, katanya,
” Ahhh…sudahlah emak! Saya tak mau dengar! “
” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habis
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! “
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke
pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya
berkerut menahan
sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia
sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar,
suasana
sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
terkejutnya
dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan
tangan
dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak
bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui
jiran-jiran,
kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya; ” Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30
tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak
dimasukkan
ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat
10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya
sendiri
pun tak dapat bantu.”
” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi
ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
kubur.”
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah
ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat
tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba
kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula
cemas.
” Kenapa ni ayah? ” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
” Apa pasal,” Si ayah bertanya.
” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! ” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi
seorang
menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat……. tak boleh nak naik,”
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya
keluar, juga tidak berhasil.
” Ayah…kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah..” si gadis menangis
memandang
ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya
beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak
di
tanah. Tangisannya bertambah kuat.
” Tolong saya ayah, tolong saya…….kenapa jadi macam ni ayah? ” kata si
gadis sambil meratap.
” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun
tak
tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan
anaknya
itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
” Emak…ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis.
Sambil
itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh
diempang lagi.
” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saida
menyesal…… Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk
jenazah
ibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila
terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur
tersebut perlu dikambus.
” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana?

kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
” Habis anak saya ?” tanya si bapa.
” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat
isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara
pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
menimbus
keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin
dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun
kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai
berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak
tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.
” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal
masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta
polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur
yang
dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah
orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling
hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di
depan
kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter
daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di
dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan
adalah kenalan saya.
” Pssstt…Raie. …Raie..Psstt, ” saya memanggil, Raie yang perasan
saya
memanggilnya mengangkat tangan.
” Boleh aku tengok budak tu? ” saya bertanya sebaik saja diadatang ke
arah
saya.
” Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan
seperti
berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang
yang tahu.
” Sekejap aja. Bolehlah…” saya memujuk…..
Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya
menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah
tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar
kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar
hendak
melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
pusara
yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis
memerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya
tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya
ke
arah sebuah kubur.
Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat
gadis
berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.
Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida
menyesal,
Saida menyesal……”
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah
ibunya. ” Emak…lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan
saya,”
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata
mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk
menyelamatkan
gadis berkenaan.
” Sudahlah tu Saida…makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
terus
meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita
datuk
dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa
menderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 – 15 minit saja
kerana
Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak
mahu,
terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil
berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ” Ampunkan saya
emak,
ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku
insaf…”
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi
seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air
matanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan
lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak
dibenarkan.
Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis,
permintaan itu terpaksa ditolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida
masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak
henti-henti meratap meminta keampunan. Saya
pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara
tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.
Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman
masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih
tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin
dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa
adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.
Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi
oleh
bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan
merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal
dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari
pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana
terlalu
sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.
Allah Maha Agung…sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan
seperti
mayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka.

Tasawuf : Tanda2 & Sebab2 Sifat SOMBONG

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG

Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini
ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan,
akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang
keterlaluan, sederhana atau ringan.

Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong?
Di antaranya:
 
 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya
merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya.
Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang
yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur,
pangkat atau lain-lain lagi.

 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan
dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada
orang tersilap atau tersalah.

 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang
yang satu 'level' atau sama taraf dengannya. Manakala
dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya,
dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status
atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level
dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka
dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati katakatanya.
Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk
sama atau semajlis dengannya.

 4. Memandang hina pada golongan bawahan.

 5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka
meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada
yang diperlukan.

 6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil
perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah
untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak
prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut
cakap orang lain.

 7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap
dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain
bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong
percakapan orang itu.
 8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan
keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya.
Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada
perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula
untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

 9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap
dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik,
dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpatumpat.


 10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta
maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf.
Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

 11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi
dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang
lain.

 12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila
orang itu tersilap.

 13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara
halus.

 14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana
perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

 15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat,
memfitnah serta membenci orang.

 16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai
pemberian orang lain.

 17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan
diri.

 18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan
orang lain.

 19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada
makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan
yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok
dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian
yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang
yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada
memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

 20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan
diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan
suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentakhentak
kaki atau berjalan membusung dada.

 21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang
lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut
dengan orang itu.

 22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu
orang.

 23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana
takut mencabar dirinya.

 24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan
kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat
tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang
menganggap dia tidak bersalah.

 25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang
lain.

 26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau
menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya.
Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa
bangga dan senang hati.

Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah
cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila
sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau
mencabut sifat keji ini.

SEBAB-SEBAB SOMBONG

Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu
kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pembantu
untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah
jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian
tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk
kita mengubat jerawat itu.

Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu
memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:

 1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau
kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana
menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti
jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan
lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi
sombong.

 2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan
tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada
pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi
pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa
lebih pandai daripada orang lain.

 3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang
itu menjadi sombong.

 4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan
fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan
diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan
lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.

 5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan
bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas
merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding
dengan dirinya.

 6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik,
disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh
ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi
sombong.

 7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia
orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang
cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini
dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada
sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana
benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu
tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau
tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan
sikap sombongnya. Golongan yang sombong di taraf ini
bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar,
inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong.

Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab
dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak
bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab,
seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat
sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan
memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.
 
Ustaz Hj Ashaari Muhammad
__._,_.___ 

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.
 

 

Rahsia pelajar Israel bijak, mereka asing lelaki dan perempuan

Oleh: rozmal

"Antara rahsia kenapa Israel berjaya melahirkan pelajar yang bijak ialah mereka mengasingkan kelas antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kementerian Pelajaran Israel telah mengeluarkan arahan supaya lebih banyak kelas diasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan. Semakin ramai rakyat Israel yang berfahaman sekular memilih untuk ke sekolah yang beraliran agama.

Kita di Malaysia bagaiamana ? Islam sudah lama menunjukkan caranya, tetapi yang mempraktikkannya ialah orang Israel. 
***********************  
Published: 12/01/10, 3:16 AM / Last Update: 12/01/10, 3:14 AM
 
Study: Separate Classes Achieve Better Results
by Elad Benari
Follow Israel news on  and .
 
A recent announcement by Israel’s Ministry of Education said that hareidim who turn to academia will be eligible for stipends if they prove that they studied in schools with separate classes for boys and girls.
 
In light of this announcement, Arutz Sheva’s daily journal spoke on Tuesday with Shai Cohen, director of the Hakima psychometric prep institute for hareidim which itself provides separate classrooms. According to Cohen, the guideline set out by the Ministry is a logical one which will also result in better classroom achievements.
 
“If students study in separate classrooms they without a doubt achieve better results,” said Cohen, and added that a student who has achieved a score of 600 in the psychometric exam would be able to raise his score to 670 points in a mixed school, but would be able to achieve an additional 20 points in a school with separate classrooms.
 
According to Cohen, there is a logical explanation for this. “A young man during his adolescent years, when he is around the opposite sex, he feels the need to impress and does not give his full attention to studying. He does not listen. He has a lot of distractions. When we eliminate these distractions he can focus on learning.”
 
Cohen pointed out a recent recommendation by the Ministry of Education to all high schools that some subjects should be studied in separate schools. According to him, the main reason that this recommendation is not implemented is due to budgetary reasons. “If it was only because it was not popular I believe they would implement this,” he said.
“But the real reason is that it requires money. It causes a need to suddenly open double the number of classes. Most schools run on an independent budget, and they prefer to save rather than split classes.”
 
He added that in recent years the number of students in his own school has doubled and attributed this to the fact that religious students do not see the separate classrooms as a matter of extremism but rather as a matter of professionalism.
According to Cohen, there are even many requests by secular girls to join the school due to their recognition that learning in separate classes is an advantage. He explained that secular girls are told from the beginning that the school is a religious one and that they would be required to comply with dress code regulations and the like, but added that the girls adapt to these requirements.
 
Despite it all, Cohen doubts that separate classes in secular schools will be seen anytime soon, due to the aforementioned budget restrictions.
 "
 


Thursday, December 30, 2010

Minda: Gaya hidup zuhud cegah sifat tamak

Dalam kehidupan, secara umumnya, sifat tamak iaitu ingin memiliki sesuatu tanpa batasan atau sikap haloba yang tak pernah rasa cukup dengan kekayaan boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehancuran.
Sifat ini tidak terbatas dalam mencari harta dan mendapatkan kuasa.
Semuanya menjurus ke arah nafsu kebendaan. Peribahasa Melayu ada mengatakan orang tamak selalu rugi yang bermaksud, seseorang yang tamak akhirnya akan mengalami kerugian.
Kehidupan dunia moden mempengaruhi manusia dengan sifat tamak, haloba dan bakhil yang mempengaruhi gaya hidup yang hanya mementingkan kebendaan dan kekayaan. Sifat ini wajar dijauhi daripada menjadi penyakit dalam masyarakat yang boleh menjadi tabiat buruk. Semua sifat ini disebabkan manusia terlalu mementingkan harta dan kebendaan.
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah, nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat. (Riwayat Ahmad).
Daripada hadis ini jelas membayangkan sifat tamak manusia wujud sejak dulu hingga sekarang. Sebagai contoh sifat tamak Qarun pada zaman Nabi Musa a.s. yang memiliki banyak harta, tetapi tidak pernah rasa cukup dan kerana keangkuhan dan ketamakannya dia terbenam ke tanah bersama hartanya.
Disebabkan sifat tamak ini sesuatu perolehan tidak pernah mencukupi menyebabkan seseorang sanggup membuat kerja hina seperti mencuri, merompak dan melakukan rasuah. Jelaslah, sifat tamak ini lahir daripada hati yang tidak pernah puas dengan harta dan kekayaan yang diperoleh. Hati umpama raja dalam diri manusia. Hati tempat keyakinan seorang hamba terhadap Tuhannya. Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan dan menjadikan manusia tamak.
Justeru, hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dan ketenangan dalam diri, keluarga dan masyarakat. Imam Al-Ghazali berkata: Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan hati supaya jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya Allah. Jelaslah, sifat tamak lawannya zuhud (tidak rakus kepada dunia). Dalam hal ini diceritakan seorang sahabat menemui Nabi dan bertanya: Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu amalan yang apabila aku amalkan nescaya aku akan dicintai Allah dan manusia, Rasulullah menjawab, Hiduplah di dunia dengan zuhud (bersahaja), soleh hidupnya tidak mementingkan hal keduniaan maka kamu akan dicintai Allah dan janganlah tamak terhadap apa yang ada di tangan manusia, nescaya kamu akan disenangi manusia. (Riwayat Ibn Majah).
Gaya hidup sederhana dan zuhud akan mewujudkan sifat pemurah, ikhlas, syukur dan tawaduk dalam hati. Sifat ini adalah akhlak mulia dan adab seharian sebagai penghias peribadi Muslim. Hidup dalam sederhana sangat dituntut dalam Islam yang menjadikan umatnya kuat dan berdisiplin.
Hiduplah di dunia dengan zuhud iaitu tidak rakus kepada dunia seperti firman Allah bermaksud: Dan buatkanlah untuk mereka (manusia) perumpamaan kehidupan dunia ini, ibarat air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, sehingga menyuburkan tumbuh-tumbuhan di bumi, kemudian (tumbuh-tumbuhan) itu menjadi kering yang diterbangkan angin. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih untuk menjadi harapan. (Surah Al- Kahfi 45-46).
Jelaslah, amalan hidup dipenuhi kebajikan akan memberi manfaat kepada seseorang pada hari akhirat. Gaya hidup sederhana dan tidak tamak serta bermewah-mewah amat digalakkan dalam kehidupan. Amalan ini juga perlu dididik kepada anak-anak supaya mereka tidak dipengaruhi sifat tamak dan rakus.
Umat Islam digalakkan hidup dengan sederhana. Nabi bersabda yang bermaksud: Makanlah, minum, pakailah dan bersedekahlah, jangan berlebih-lebihan (boros) dan jangan bermegah-megah. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad).
Seseorang Muslim yang mengamalkan gaya hidup sederhana akan reda atas segala rezeki yang diberikan Allah. Dia akan berasa senang dengan rezeki itu walaupun sedikit. Rezeki itu memberi keberkatan kepadanya. Sikap sederhana sangat penting diamalkan dalam kehidupan.
Sifat tamak haloba boleh menjerat leher seseorang kerana rasa tidak pernah cukup menjadikan seseorang itu semakin tamak dan haloba.
Melalui sifat ini akan menambahkan lagi sifat buruk seperti rakus dan pentingkan diri sendiri. Sifat ini juga akan menghancurkan kehidupan seseorang.
Tokoh Islam, Imam Hassan Al-Bana pernah mengatakan: Nilai harta ditentukan oleh apa yang dihasilkan. Jika ia menghasilkan kebaikan, pemiliknya akan mendapat kebaikan, tetapi jika ia menghasilkan kejahatan, pemiliknya juga akan ditimpa balasan daripada kejahatannya. Dua sifat iaitu tamak dan haloba boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kehancuran. Sifat ini akan memusnahkan hidup kerana rasa tidak pernah cukup dan puas akan menguasai hati dan jiwa seseorang dalam kehidupan. Sebagai contoh Qarun yang tamak akhirnya musnah dan kerugian.
Daripada Muaz bin Jabal r.a. Nabi bersabda yang bermaksud: Mohonlah perlindungan Allah daripada ketamakan yang menjadi tabiat. (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim).
Kesimpulannya, didiklah hati dan jiwa dengan sifat sederhana dan penuh kecukupan pada apa yang ada. Sifat ini mesti dididik dalam hati dan jiwa sejak kecil. Hindari sifat tamak yang boleh menyebabkan kerakusan seperti melakukan rasuah dan penyelewengan dalam mendapatkan harta dan kekayaan dunia yang sementara.
>Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu