Di awal tahun ini juga,tanpa aku sedari, aku sudah kembali kepangkuan keluargaku yang amat ku sayangi yakni kembali kepada kehidupan anak-anakku yang sudah hampir 6 tahun aku tinggalkan.Cumanya sekarang aku hidup kesaorangan tanpa ditemani oleh suamiku yang amat kukasihi dan aku rindui.Ada masanya aku mahu saja menghabiskan sisa-sisa hidupku bersama mereka sehingga ke akhir hayatku, tetapi ada masanya pula hati aku ini teringin untuk bersama suamiku yang nun jauh beribu-ribu batu.Hanya Allah swt yang tahu betapa aku amat menyanyangi anak-anakku dan juga suamiku,tak ada bezanya,sama berat aku rasa bebannya.Hari demi hari berlalu....
Ketika dan saat ini, aku amat memerlukan belaian dan kasih-sayang seorang lelaki yang bergelar suami.Aku terpaksa mengharungi kehidupan duniawiku tanpa kehadirannya disisi.Aku mengangkat kedua belah tanganku memohon doa pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang semuga aku ditemukan kembali dengannya di dalam keadaan yang lebih baik daripada sekarang.Semuga Allah swt meluaskan kurniaNya kepada dia dan aku.Aku amat berharap Ya Allah dengan pertolonganMu.Hari demi hari berlalu...
Hanya kepadaMu sahajalah aku sembah dan kepadaMu sahajalah aku memohon pertolongan,ameen.
Hari demi hari berlalu, hanya Allah swt jua yang tahu kesudahannya....InsyaAllah, aku akan tetap setia menunggumu walaupun hari demi hari berlalu...

No comments:
Post a Comment