Friday, February 4, 2011

Ingat sebelum kena...

3 Februari 2011
Entah kenapa,hari ini,fikiranku berserabut dengan masalah dunia.Sewaktu aku memandu kereta ,fikiranku melayang lagi,tiba-tiba saja sewaktu aku membelokkan kereta ke kiri bahu jalan secara tergesa-gesa,terdengar bunyi geseran yang agak kuat.Rupa-rupanya aku belok terlalu dekat dengan bahu jalan, hingga tepi kereta terguris menyebabkan kerosakkan yang agak serius.Inna lillahi wainna ilai hirojiun.Aku sedih,mau tak mau aku terpaksa memberitahu papa Maryam tentang kemalangan ini,namun aku rahsiakannya dari pengetahuan Fiza dan Malina.Aku tahu,esuk atau lusa sudah pasti mereka akan perasan bahawa kereta tu dah kemalangan kerna kesan kemalangan dibahagian tepi bawah kereta tu sangat ketara.Itulah,akibat tergopah-gapah dan tidak ada konsentrasi..tak fasal-fasal  aku terpaksa keluarkan belanja untuk baikki kereta tu.Beringat sebelum kena,berjimat sebelum abis...memang tepat kena atas batang hidung aku sendiri...

No comments:

Post a Comment