Wednesday, February 16, 2011
Perubatan Tradisional V Perubatan Moden
Batuk dan sakit tekak.Banyak minum air batu atau pun terkena jangkitan virus daripada orang lain?Aku rasa puncanya datang daripada kedua-duanya,terlalu banyak minum air batu dan juga terkena jangkitan virus.Nak telan air liur pun perit rasanya. Dah tahu puncanya,sekarang ini nak cari jalan menyelesaikan masalah ini.Pertama,berhenti minum air batu ganti dengan air suam.Kedua,kena cari penawar.Apakah penawar yang paling baik untuk menghilangkan sakit tekak dan batuk.Ada orang kata minum air asam jawa dicampur dengan gula batu.Itu cara melayu. Cara india pun ada juga petuanya,ambil segenggam biji ketumbar,digoreng tanpa minyak untuk beberapa minit.Kemudian tuangkan 5 gelas air dan didihkan selama 15 minit.Minum air rebusan ketumbar 3 kali sehari.Aku pernah mencubanya untuk menghilangkan demam selesema dan alhamdulillah ternyata berkesan.Bukan nak kata ubat doktor tak bagus,tapi aku lebih suka kepada perubatan tradisional.Ada juga orang yang berubat menggunakan kaedah perubatan secara ghaib.Kenapa dikatakan ghaib? Ghaib sebabnya pengamal ilmu perubatan tersebut seakan-akan menggayakan sesuatu aksi .Contohnya,sipesakit diminta berbaring diatas katil,kemudian pengamal tersebut akan datang duduk disebelah pesakit dan menyoalnya apa penyakit yang dihadapinya.Jika sakit dibahagian perut,pengamal akan melakukan pembedahan secara ghaib di atas perut pesakit.Kita akan nampak seolah-olah pengamal sedang memotong perut pesakit ,meyeluk ke dalam perut tadi dan mengeluarkan sesuatu daripada perut pesakit.Kemudian,dia seolah-olah menutup kembali perut pesakit dan kita akan nampak seperti pengamal sedang menjahit pesakit tadi.Pelik tapi itulah yang aku nampak tempuh hari,dimana aku telah dibawa oleh ahli keluargaku ke tempat tersebut.Ramai pesakit yang datang, jauh dan dekat.Bayaran bagi setiap pesakit mengikut penyakit yang dialaminya. Contohnya jika berkaitan jantung dan buah pinggang ,harganya lebih tinggi berbanding sakit migrain atau sakit kaki.Bagi aku,perubatan ghaib ini sukar untuk aku percayai,namun inilah rahmat Allah kepada hamba-hambanya.Semua penyakit ada penawarnya selain mati.Allahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment