Saturday, March 5, 2011

Pindah Rumah Lagi

Hari Selasa yang lalu,aku balik kampung bersama Maryam dan papa Maryam.Tiba di Pulau Pinang pukul 7 malam,sempat makan malam di Restoran Hammedia.Esuk pagi,kami bertiga bersarapan di gerai nasi kandar,Kg Melayu.Lepas tu kami ke Baling,Kedah untuk mengambil Hana daripada sekolah.Mulai hari ini,Hana tidak lagi bersekolah di sana.InsyaAllah,Hana akan kembali ke Shah Alam dan tinggal bersama keluarga dan juga bersekolah di sana.Tujuan aku balik ke Pulau Pinang,pertama untuk ambil Hana pulang ke Shah Alam,kedua untuk berpindah.Kontrak aku dengan pemilik rumah flat tu hanya setakat 5 haribulan Mac sahaja.
Selama 3 hari berturut-turut aku mengemas barang-barang rumah.Penat tak terkata,lenguh sendi dan tulang semuanya terasa sengal,akibat mengangkat barang-barang turun naik tangga berulang kali.Akhirnya,alhamdulillah,selesai sudah urusan perpindahan yang entah masuk ke berapa kali,aku pun tak ingat dah ,sebab dah banyak kali aku berpindah-randah.Kali ini aku tidak pindah masuk ke rumah sewa tetapi kali ini aku berpindah masuk ke rumah keluarga aku sendiri.Bekas suamiku sungguh baik hati membenarkan aku tinggal bersama-sama dengan anak-anakku di rumahnya di Shah Alam.Semuga Allah membalas budi baiknya ke atas diriku yang serba daif dan serba kekurangan ini,ameen.Alhamdulillah,aku diterima dengan baik oleh ahli keluargaku dan juga ahli keluarga bekas suamiku.Mudah-mudahan aku dapat menafaatkan kehadiranku ke rumah ini dengan izin Allah aku dapat melakukan amar makruf dan nahi munkar,ingat-mengingati di antara satu sama lain tentang keesaan dan kekuasaan Allah swt yang Maha Besar lagi Maha Tinggi.

No comments:

Post a Comment