Tuesday, August 14, 2018

Bonus kehidupan

Image result for sunrise imageSekembalinya aku dari Sarawak, kesihatanku amat terganggu.Ujian demi ujian Allah berikan kepadaku berupa penyakit serius seperti kanser lymphoma, bengkak hati dan pankreas serta asma yang berterusan. Aku keluar  masuk hospital selama beberapa minggu kebelakangan ni.Alhamdulillah sekarang aku rasa sihat dan lebih bermaya.
Setiap hari aku bangun aku amat bersyukur pada Allah yang masih mengizinkan aku bernafas untuk hari ini. Bonus demi bonus Allah hadiahkan,.Aku masih mampu untuk melihat matahari bersinar...
Ya Allah, Aku amat berharap Engkau sembuhkan penyakit yang ada dihatiku dan penyakit fizikal yang aku alami sekarang,dan jadikanlah segala penyakit ini sebagai kafarah penebus doasa  buatku.Ameen ya Rabbal alamin.Hingga ke saat ini aku masih lagi bernafas.......
Allah Akbar.

Tuesday, June 26, 2018

Beraya di Kuching Sarawak

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti, akhirnya aku dapat terbang jua ke Kuching Sarawak bersama famili untuk menikmati suasana hari raya di sana. Sebenarnya aku paling tidak gemar menaikki pesawat. Seminggu aku berada disana namun rasannya tiduk cukup waktu untuk aku dan famili untuk "discover" Kuching. Rupa-rupanya di Kuching, orang2 Islam Sarawak menyambut raya selama sebulan lamanya,  lengkap berpakaian melayu tradisional baik laki-laki, wanita maupun kanak-kanak. Sungguh teruja aku melihat mereka. Orang-orang Sarawak juga sangat sopan dan berhemah tinggi . Tak dapat dinafikan, pengguna jalanraya di bandar Kuching sangat sabar dan panduan mereka tidak gopoh mau pun tergesa-gesa.Tak ada bunyi hon kalau kereta depan tidak bergerak cepat apabila lampu bertukar hijau.Syabas orang Sarawak.Pengalaman ke Sarawak akan tersemat dihatiku selama-lamanya.

Image result for image kuching sarawakNamun,ketika aku berada disana, aku menghadapi mild stroke di muka kananku atau dengan kata lain aku terkena bell palsy dimana urat saraf aku tidak berfungsi dan mata kananku tidak dapat tutup dan mataku tidak boleh berkedip.Inna lillahi wainna ilai hirojiun.Juga seleraku makanku sangat berkurangan.Aku cuba makan dan minum cara paksa kerana aku takuti terkena gastrik pula kalau perut kosong.Sekembalinya aku dari sana, keesukkan paginya, aku terus ke klinik kerajaan. Setelah diperika doktor, ternyata aku juga disahkan ada kencing manis dan darah tinggi, Bayak ubat yang harus aku makan untuk menjaga kesihatan aku.Namun, aku pasrah dengan kehendak Illahi. Alhamduillah, aku masih mampu berdiri dan melakukan kerja harianku walaupun kadang2 aku terasa sangat letih dan tidak bermaya.
Ya Allah, aku mohon kepadaMu alAfiyah...Ameen ya Rabb.
Sembuhkanlah segala penyakit hati dan penyakit fizikal yang aku hadapi ..Ameen ya Rabbal Alamin.

Thursday, May 3, 2018

doa senjata seorang muslim

Image result for doa imageManusia ni sememangnya dijadikan Allah swt lemah dan daif. Aku tidak terkecuali.Banyak masaalah timbul. Ada kecik ada besar. Ada perlu perhatian segera ada yang boleh di nantikan seketika.
Apa pun, pilihanraya ke 14 bakal tiba jatuh pada hari Rabu 9hb Mei 2018. Aku harap dan berdoa agar dapat pemimpin yang amanah .
Tahun 2018. Banyak masalah kesihatan timbul. Aku tidak sekuat dulu.Aku tidak sesihat tahun lepas. Dapatku rasakan segala sendi dan anggota badanku semakin lemah. Aku berdoa agar Allah beri aku kesihatan yang baik dan umur yang diberkati. Ameen ya Rabb.
Aku berdoa agar anak-anakku dapat pekerjaan yang baik dapat suami yang beriman hartawan dan budiman.Semuga semua tergolong didalam hamba-hambaMu yang diredhai.Ameen ya Rabb.
Semuga segala doa-doaku dimakbulkan Allah swt.
Semuga mendapat kebaikkan di dunia dan kebaikkan di aqirat. Ameen ya Rabb.











Thursday, March 1, 2018

Apa citer....

Dua minggu lepas suamiku jatuh sakit. hilang selera makan.Tak mahu makan ubat mau pun berjumpa doktor. Aku biarkan sahaja gelagatnya..Tak guna bagi nasihat, ibarat mencurah air di daun keladi. Alahmdulillah dia sihat semula selepas memerap dibilik selama dia sakit.pelik tapi benar.
Image result for mencurah airdi daun keladi imageAku merasai ada perubahan sikap terhadap dirinya selepas dia baik sakit. Sebelum sakit ceria sekarang lebih suka duduk di bilik gelap bersaorangan. Tidur seharian. hermmm...hairan juga aku tenguk dia begitu. Nafkah batin tak usah sebutlah...jauh panggang dari api... Aku dipaksa tidur tanpa kipas angin...Keesukkannya aku sakit kepala sebab tak dapat rehat tak lena tidur dek kepanasan yang keterlaluan.
 Beginilah kehidupan aku , Aku terpakasa mengikut rentak suamiku yang kadang-kadang aku fikirkan tidak logik. Aku paksa diriku buat kerja-kerja rumah untuk menghilangkan stress .Menyibukkan diri adalah satu terapi untuk aku jadi tenang. Aku rasa masa berlalu pantas. Hari berlalu minggu silih berganti. bulan demi bulan dan tahun demi tahun aku masih bertahan.
Alahmdulillah. Aku tak tahu apa yang dia sedang fikirkan sekarang. Segala cadangan ku tidak pernah diambil kira. Dia hanya pentingkan dirinya sahaja. Aku terfikir juga mungkin dia tertekan kerna hidup tanpa kerja hanya harapkan ihsan dari orang lain. Solat 5 waktu hanya di masjid. balik rumah sambung solat sunat. Ngaji quran setiap pagi dan malam namun hatinya masih gelap.Aku sentiasa berdoa pada Allah agar dipermudahkan segalan urusan kehidupan kita semua dunia aqirat.Semuga dia jadi suami yang penyayang dan bertanggung jawab.
Aku masih rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.


Tahun 2018

Sudah lebih setahun lamanya aku tidak menulis . Alhamdulillah.Hari yang aku tunggu untuk dudukki rumah baharu sudah pun tercapai. Suamiku juga sudah hidup sebumbung dengan ku.Hari menunngu kelahiran. Ya.Seorang bayi perempuan yang sangat comel pun telah lahir 6 bulan yang lalu.Alhamdulillah. Aku masih menunggu hari-hari yang lain yang aku sebutkan tahun lalu. 

Alahmdulillah. Semuga kehidupan aku dan famili sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt.
Ameen ya Rabb