7hb Ogos, 2014...
Fiza cadang nak buat open house khas untuk ahli keluarga dan hanya menjemput jiran sebelah rumah. Barang-barang2 semua dibeli di Giant USJ dan sedikit lagi keperluan di Mydin, USJ. Menu masakan ialah nasi putih, udang besar masak sambal petai, gulai ikan nyok2, sayur campur bersama sotong , sambal belacan , air sirap sarbat, dan tembikai sebagai pencuci mulut, termasuk juga nasi himpit dan kuah kacang...aku beli juga dua potong labu kuning , 3 biji keledek manis dan sepaket sagoo. Cadangnya aku nak buat bubur, tetapi dek kerana terlalu sibuk, aku terlupa nak kacau bubur tersebut. Akibatnya hangit...ynag sudi menjamahnya hanyalah suamiku tersayang...itu pun cuma semangkuk..yang selebihnya, aku dengan hati yang berat terpaksa membuangnya...alahai sayangnya....
Para tetamu datang selepas pukul 6 petang.Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan semua yang dijemput hadir datang tepat pada waktu yang dijamjikan..Makanan yg dihidangkan juga sangat disukai ahli keluarga dan jiran.Lepas isya, semua orang bersurai...Aku penat mengemas dan membasuh periuk belanga dan pinggan mangkuk, namun hatiku merasa gembira dan puas kerana Allah swt menjadikan majlis open house di rumah fiza sukses...Semuga majlis makan malam fiza mendapat keberkatan dan ganjaran pahala disisi Allah swt..ameen..

No comments:
Post a Comment