Aku mengenali sahabatku ini melalui suamiku. Sudah hampir 10 tahun kami berkawan. Banyak suka duka, pahit getir kehidupan kami lalui bersama.Maklumlah, sahabatku berkawin dengan warga asing, begitu juga aku. Setahun lebih yang lalu, suami sahabatku telah pulang ke negara asalnya dan secara senyap-senyap telah berkawin dengan seorang wanita tempatan di sana. Perkara ini telah diketahui oleh sahabatku ini, namun, beliau masih tetap mahu ikatan perkawinannya dengan suaminya itu diteruskan. Oleh kerana beliau menghadapi kesulitan hidup di bandar kosmopolitan ini, sahabatku telah pulang ke nagara asalnya untuk menetap dengan adik perempuannya di sana. Tempuh visanya akan tamat pada bulan September hadapan, jadi sahabatku ini begitu risau kerana terpaksa kembali ke Malaysia. Dalam waktu yang sama, sahabatku ini juga tidak jemu-jemu mahu mencari jodoh di alam maya., namun tidak ada seorang pun yang berpanjangan. Namun, beberapa hari yang lepas aku dikejutkan dengan berita yang amat menggemparkan. Sahabatku begitu teruja dan sangat girang. Rupa-rupanya, beliau telah berkenalan dengan seorang doktor yang berpengkalan di Syria. Katanya , mereka dilamun cinta yang sangat dahsyat. Doktor berkenaan telah mengirim wang dalam jumlah yang banyak kedalam akaun sahabatku ini , susah hendak dipecayai lebih-lebih lagi suamiku sangat keras mengatakan bahawa lelaki tersebut hanya memperalatkan sahabatku ini.Sahabattku beriya-iya mengatakan perkara ini benar-benar berlaku....Mereka bercadang akan bernikah tidak lama lagi....Apa jadi pada suami pertama sahabatku..? hmmm..sebenarnya sudah lama, suaminya mahu melepaskan sahabatku ini agar beliau dapat meneruskan sisa-sisa kehidupannya dengan orang lain..yakni berkawin dengan orang lain...Allahu alam...
No comments:
Post a Comment