Thursday, July 31, 2014

Post Mortem ..sesudah Ramadan

Alhamdulillah, aku dapat berpuasa dan mengerjakan solat tarawih selama sebulan. Semuga Allah s.w.t. menerima segala amal ibadat dan amal kebajikan kita semua...

Puasa sudah, raya pun sudah..dah masuk hari yang ke 4 di bulan Syawal..Alhamdulillah, aku dapat pulang ke negeri asal dimana aku dilahirkan.Tetapi aku sedih kerna tiada dapat menziarahi pusara ibubapaku dan kaum kerabat yang lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Aku menadah tangan memohon pada Ilahi agar semua mereka dirahmati Allah swt dan ditempatkan bersama-sama orang yang berbuat kebaikkan.ameen.

Banyak perkara yang terjadi yakni ujian yang diberikan oleh Allah kepadaku. Ssalah satu daripadanya ialah silap faham yang berlaku di antara aku dan anak-anakku.Aku cuba bersabar sebanyak mungkin, namun hatiku sungguh pedih dan sayu mengenangkan nasibku.Namun demikian, aku cuba melawan perasaanku dan alhamdulillah di akhir Ramadan,masalah keluarga dapat dileraikan  secara baik dan aman.

Description Rock Climbing Owens River Gorge.jpgAku juga merasa sedikit kesedihan kerna suamiku tidak mahu mengikut aku pulang ke kampung halamanku atas alasan yang tidak dapat aku terima.Aku berdoa pda Ilahi agar dilembutkan hatinya dan mahu menerima keluargaku dengan baik. Aku bersyukur ke hadarat Ilahi kerna memberikan aku peluang dapat berjumpa dengan adik-adikku dan ahli keluarga dikampung walaupun dalam waktu yang singkat.

Rumusannya, pendakianku masih di tahap yang paling bawah..Semuga Allah swt menjadikan pendakianku untuk mendekatiNya mudah dicapai dan aku berdoa padaNya agar anak-anakku ,famili, sanak saudara dan kaum kerabat diberikan taufik dan hidayah, kesejahteraan hidup dunia dan aqirat..ameen ya rabbal alamin..

Thursday, July 24, 2014

4 tempat pelik dalam al Quran



Agama"Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran.Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus!
Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w?

Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic?

Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.

Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada 'kuantiti' bukannya 'kualiti' bacaan.

Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb).

Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah =) 
********** 


1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

****
2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'Laa tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktu nun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

***

3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab: A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

*****

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atas juga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53) 

*****

Penulisan dalam blog sangatlah terhad. Jika anda takut tersalah, rujuklah mana-mana guru al-Quran. Dengar dan ikutlah bacaan dia. Itu lebih selamat. Wallahua'lam.

Sumber : http://effysaiful.blogspot.com/2011/03/4-tempat-pelik-dalam-al-quran.html

.....
4 tempat pelik dalam al-Quran

Monday, July 21, 2014

10 Ramadan terakhir...


Bismillahirrohmanirrohim...

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Dah masuk hari ke 25 umat islam berpuasa. Alahmdulillah, aku dapat buat 2 jenis biskut raya ..walaupun rupa biskut tak menawan hati namun boleh tahan rasanya...Ada lagi orang yang menghantar tempahan baju raya minggu ini.. aku tak menolak sebab aku tak sibuk sangat..baju famili dah selesai aku siapkan cuma tinggal dua pasang lagi...insha allah aku akan cuba siapkan sebelum syawal menjelma..dan aku juga insha allah akan beraya di kampung bersama ahli keluarga..Seronok pulak rasanya balik kampung  berkonvoi...

Mudah-mudahan tahun ini , Allah swt menerima segala amalan dan kebajikan kita semua, ameen.

Thursday, July 17, 2014

Apa yang perlu dilakukan setelah nikah di Siam...?


Soalan lazim yang ditanya oleh pasangan yang telah bernikah di Siam.. 
 Insha allah saya akan kongsi apa yang saya tahu ...Ini jawapan saya....

i) Adakah kedua2 pasangan perlu hadir ke pejabat agama utk pengesahan nikah??bolehkah hanya salah satu dr kami yg pergi utk mengisi borang dan membawa semua dokumen dgn lengkap?
Anda boleh pergi mana-mana pejabat agama dan nyatakan kepada pegawai bahawa anda dah nikah di Thailand tanpa kebenaran pendaftar nikah, so sekarang datang nk daftar semula..Pegawai akan bagi borang. Time ni tak perlu pergi dengan suami/isteri..make sure ada dokumen asal dan salinan NRIC suami isteri..Setelah lengkap, boleh hantar semula ke pejabat agama.Time ni pun suami/isteri tak perlu pergi..Pegawai akan bgi tau bila tarikh temuduga dgn Ustaz...Anda boleh minta tarikh temuduga di mana suami/isteri anda cuti semester( untuk student) atau tarikh yg sesuai dengan anda...insha allah bincang dengan pegawai bertugas..


ii)Setelah proses pertama pergi ke pejabat agama, adakah kita diminta hadir lagi ke pejabat agama?? atau hadir setelah mndapt pangilan ke mahkamah??
Ya,untuk sesi temuduga. Waktu temuduga,  anda dan suami perlu hadir bersama.

iii) semasa di mahkamah, apakah pertanyaan dan jawapan yg dpt mgukuhkan tuan hakim???
Soalan yg ditanya sama seperti time temuduga...soalan2 mudah...dont worry. Cuma di mahakamah akn dibacakan kesalahan dan anda ngaku sajalah  bersalah dan faham apa yg dibacakan..

iv)adakah saudari perlu msuk ke penjara??? bagaimana utk mneglakn msuk penjara...
Saya dan suami tidak dipenjarakan.Insha allah, walaupun kesalahan yg dilakukan akan dikenakan denda atau dipenjarakan..hakim akan suruh bayar denda sahaja...so, jgn fikir sangat fasal penjara...bawa duit yg mencukupi...denda maksimum RM1000 seorang..terpulang pada hakim nk suruh byr berapa...

Allahu alam..

Coretan kisah hidupan harian...pencuri pecah rumah lagi...



Dah lama tak menulis diblog...terlalu disibukkan dengan bayak hal.Hari ini, aku agak lapang..Jahitan dah selesai alhamdulillah..Dah 19 hari posa.  Sekarang ni, aku tengah fikir nak balik kampung ke tak...50/50.....
Image result for thief with keys imageSemalam jiran bagi tau aku, pencuri dah mula beroperasi semula di sri tanjung..jiran yg dimasukki rumahnya ada menggambarkan rupa pencuri tu... orang melayu, kurus dan memegang serangkul kunci ditangan...geramnya rasa dihati..mau rasanya aku patah-patahkan tangan si pencuri tu...buat semua orang rasa takut ja...termasuk aku...Semuga Allah swt melindungi kita semua dari kejahatan diri sendiri, dari gangguan syaitan dan dari kejahatan manusia..ameen.