Sunday, November 10, 2013

Bersalah kerna kawin tanpa kebenaran pendaftar nikah? Apa kata undang-undang berhubung dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan..



ENAKMEN 8 TAHUN 2004

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004


BAHAGIAN IV – PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN





Seksyen 40. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan


(1) Seseorang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan-


(a) tanpa ada kebenaran berkahwin sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 19; atau


(b) di hadapan selain di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai di samping orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu,adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.


(2) Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akadnikah atau yang menjalani sesuatu cara akadnikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

1 comment: