Saturday, November 16, 2013

Kes Poligami - Apa yang perlu dilakukan oleh pasangan yang baru berkawin di luar negara setelah pulang ke Malaysia



Mendaftarkan pernikahan yang dijalankan di luar negara (Thai) adalah perlu sekembali pasangan ke Malaysia. Jika pasangan dari Selangor, perkahwinan tersebut hendaklah didaftarkan di Selangor. Urusan pertama sudah tentulah di Pejabat JAIS. Pasangan perlu mendaftarkan pernikahan tersebut dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pasangan kembali ke Malaysia. Jika berlaku perlanggaran undang-undang, pendaftaran nikah tidak akan dilaksanakan di peringkat pendaftar perkahwinan. Pasangan perlu ke Mahkamah Syariah untuk menentukan samada pernikahan tersebut sah atau sebaliknya.

Jika sah, mahkamah akan mengeluarkan perintah untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di pejabat Pendaftar Nikah Cerai Rujuk di JAIS. Bagaimanapun, pendaftaran tersebut adalah tertakluk kepada pendakwaan terlebih dahulu jika telah berlaku perlangaran undang-undang keluarga Islam di negeri berkenaan.

Untuk makluman, keizinan isteri sedia ada bagi perkahwinan melibatkan poligami bukanlah satu kemestian. Keizinan isteri bukanlah faktor penentu kejayaan berpoligami. Mahkamah ada kalanya menolak untuk memberi kebenaran berpoligami walaupun isteri sedia ada telah memberi persetujuannya. Mahkamah sebenarnya mempunyai pelbagai perkara dan aspek yang perlu dilihat dan dipertimbangkan. Tidak ada makna isteri izinkan suaminya berpoligami jika sekiranya tindakan berpoligami itu akan membawa mudarat dan kesusahan besar kepada suami, isteri sedia ada, anak-anak dan juga bakal isteri kedua. Justeru, haru difahami sekali lagi bahawa keizinan isteri bukan satu kemestian dalam permohionan berpoligami. Bukanlah satu kesalahan di sisi undang-undang jika perkahwinan poligami itu dijalankan tanpa keizinan isteri sedia ada. Apa yang sebenarnya perlu diketahui ialah, si suami perlu mendapatkan kebenaran berpoligami di Mahkamah Syariah.

Mengenai persoalan bilakah sebenarnya suatu tuntutan nafkah samada nafkah isteri atau anak dan juga tuntutan harta sepencarian boleh dikemukakan, hal ini perlu difahami. Jika nafkah tersebut dituntut oleh isteri sedia ada ke atas suami, ia boleh dituntut bila-bila masa saja. Ini kerana mereka ada pasangan suami isteri yang sah di samping pernikahan mereka juga telah didaftarkan.

Bagi isteri baru, samada kedua, ketiga atau keempat, isteri-isteri berkenaan boleh menuntut nafkah ke atas suami hanya apabila pernikahan mereka telah didaftarkan di JAIS. Salah satu dokumen penting untuk menuntut nafkah ke atas suami adalah sijil nikah atau sijil cerai jika pasangan tersebut sudah bercerai. Selagi nikah tersebut belum didaftarkan, selagi itulah pasangan tersebut sukar membuat sebarang tuntutan ke atas suami yang meliputi nafkah isteri, anak, harta sepencarian dan lain-lain yang berkaitan.

Secara asasnya, pernikahan tersebut mestilah didaftarkan terlebih dahulu di hadapan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk. Setelah didaftarkan, sijil nikah diperolehi, baharulah pihak isteri atau suami boleh mengemukakan tuntutan terhadap pihak yang satu lagi di Mahkamah Syariah. Oleh itu, pastikan ada sijil nikah terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang tuntutan di Mahkamah Syariah.

Perlu juga dimaklumi bahawa tuntutan harta sepencarian isteri sedia ada terhadap suami boleh dikemukan di mahkamah semasa prosiding atau pendengaran kes mendapatkan kebenaran berpoligami oleh suami di mahkamah syariah. penentuan harta dan kadar milikan ke atas harta pasangan sedia ada boleh ditentukan terus oleh mahkamah dalam kes poligami.Lazimnya, persetujuan dapat dicapai antara isteri sedia ada dengan suaminya. Suami lazimnya tidak banyak karenah. Boleh jadi bagi suami, yang penting jangan sampai hasratnya untuk berpoligami tertanggu lantaran desakan atau tuntutan harta sepencarian dan nafkah dari isteri.

Wallahu a’lam.

Apabila usia 40 tahun...



"Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini.

Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.

Oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man,

Assalamu’alaikum,

Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini. Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu

1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh)

2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun)

3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun)

4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati)

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?

1. Meneguhkan tujuan hidup

2. Meningkatkan daya spiritual

3. Menjadikan uban sebagai peringatan

4. Memperbanyak bersyukur

5. Menjaga makan dan tidur

6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at fourty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati"

http://silverheritage.blogspot.com/

Lain-Lain Artikel yg menarik

1. sungai kembali muncul di tanah arab

2. Hijrah Nabi SAW dari Makkah ke Madinah"




................................

Sunday, November 10, 2013

Bersalah kerna kawin tanpa kebenaran pendaftar nikah? Apa kata undang-undang berhubung dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan..



ENAKMEN 8 TAHUN 2004

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004


BAHAGIAN IV – PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN





Seksyen 40. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan


(1) Seseorang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan-


(a) tanpa ada kebenaran berkahwin sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 19; atau


(b) di hadapan selain di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai di samping orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu,adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.


(2) Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akadnikah atau yang menjalani sesuatu cara akadnikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Bernikah Tanpa Kebenaran Pendfatar nikah?......Kawin di Siam?...Kawin Lari?....

Masih ada lagi orang yang ingin tahu bagaimana caranya untuk berkahwin di luar negara terutamanya di negeri Thailand.Kebanyakkannya tidak mahu menggunakan khidmat agen kerana mereka tidak pasti samada agen itu betul-betul dapat berikan khidmat yang terbaik dan juga kerana alasan takut ditipu.

Bagi yang ingin tahu, saya sedia membantu. Hantarlah email kepada saya dan isnha allah melalui pengalaman yang saya lalui sendiri, sedikit- sebanyak saya dapat berkongsi pengalaman saya bersama anda . Saya sudah banyak menerima email dan ada alhamdulillah, mereka telah berjaya melakukannya dengan izin Allah swt jua.

Kes kawin luar negara tanpa kebenaran pendaftar nikah memang banyak berlaku terutamanya di negeri Selangor. Untuk menyelesaikan satu-satu kes tu kadang-kadang mengambil masa berbulan-bulan lamaya.Kita tidak boleh buat perbandingan kes kita dengan kes orang lain . Misalnya, seorang teruna menikahi seorang dara tanpa persetujuan wali.Akad nikah dilakukan di Siam. Di mahkamah rendah syariah nanti, hukuman akan dijatuhkan bersebab fakta yag dikemukakan oleh pasangan yang bernikah tersebut. Mahkamah akan mengambil kira semua fakta yang dinyatakan di mahkamah kelak.Hakim kemudian atas kebijaksanaanya, akan membuat keputusan untuk menghukum.Denda akan dikenakan.Pasangan kemudian akan diminta untuk bayar denda dengan kadar segera untuk megelakkan dari di penjara.

Kes pasangan berpoligami tidak sama dengan kes pasangan yang baru ingin bernikah.Kes poligami melibatkan kos yang lebih tinggi kerana kebanyakkan pasangan akan mengupah Peguam untuk bertindak bagi pihak mereka di mahkamah kelak. Kes poligami ambil masa yang lebih panjang dari kes biasa.


Bersambung....