Saturday, January 24, 2015

Dunia Oh Dunia..

Aku cuba untuk lakukan yang terbaik untuk semua namun adakalanya tindakan atau kelakuan aku tidak disenangi dan sebaliknya aku mendapat reaksi yang negatif. Di kala aku dihimpit kesedihan dan kedukaan aku mengadah tangan aku ke hadarat Yang Maha Berkuasa memohon agar aku diberi hidayah serta petunjuk ke jalan yang lurus. Air mata jatuh bererai membasahi pipi memohon keampunanNya.

Aku cuba melakukan yang terbaik namun adakalanya perkara yang aku fikirkan terbaik itu menjadi sebaliknya.Apakan daya, aku hanya seorang insan kerdil yang lemah yang sentiasa mengharapkan belas kasihan daripada Sang Pencipta, Yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu baik di langit mau pun di bumi dan di antara keduanya.

Aku kadang-kadang terfikir untuk lari daripada masalah dunia ini.Namun setelah aku fikir dengan lebih mendalam lagi, hatiku kembali mengingati bahawa segala sesuatu di dunia ini hanya bersifat sementara, tidak satu pun yang kekal. Semuanya akan kembali kepadaNya. Hatiku kembali menjadi sejuk dan tenang dan tidak merasa stress lagi.

Ya Allah, hanya kepadaMu sahajalah aku sembah dan hanya padaMu sahajalah aku memohon pertolongan.

Ameen.

Teringat aku kepada sepotong hadits ...



ORANG YANG KUAT MENURUT ISLAM

========================


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


« لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِى يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ »


“Bukanlah orang kuat (yang sebenarnya) dengan (selalu mengalahkan lawannya dalam) pergulatan (perkelahian), tetapi tidak lain orang kuat (yang sebenarnya) adalah yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah.”[HR.al-Bukhari (no. 5763) dan Muslim (no. 2609).]


Imam al-Munawi berkata, “Makna hadits ini: orang kuat (yang sebenarnya) adalah orang yang (mampu) menahan emosinya ketika kemarahannya sedang bergejolak dan dia (mampu) melawan dan menundukkan nafsunya (ketika itu). Maka, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits ini membawa makna kekuatan yang lahir kepada kekuatan batin. Dan barangsiapa yang mampu mengendalikan dirinya ketika itu maka sungguh dia telah (mampu) mengalahkan musuhnya yang paling kuat dan paling berbahaya (hawa nafsunya).”[Kitab Faidhul Qadiir (5/358).]


Inilah makna kekuatan yang dicintai oleh Allah Ta’ala yang disebutkan dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.”[HR.Muslim (no. 2664).]


Arti kuat dalam hadits ini adalah kuat dalam keimanan dan kuat dalam berjuang menundukkan hawa nafsunya di jalan Allah ‘Azza wa Jalla.[Lihat kitab Syarhu Riyaadhish Shaalihiin (1/305) dan Bahjatun Naazhiriin (1/183).]


Subhanallah.

Semoga kita semua termasuk orang yang kuat seperti yang disebutkan dalam keterangan dan hadits di atas.

Aamiin

Friday, January 16, 2015

Syabas kepada para doktor dan jururawat2 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang

Image result for hospital tengku ampuan afzan
Para doktor dan jururawat wajib diberi kepujian kerana khidmat layanan yang diberikan kepada para pesakit sangat memuaskan.Kesemuanya bekerja dengan sangat cekap dan berdisiplin. Tidak aku sangka , pesakit yang melebeihi 200 orang lebih pada hari ini dapat ditangani dengan mudah dan cekap.Tidak kurang daripada sejam menunggu, angka giliran dipanggil.Ini membuktikan bahawa para doktor dan para jururawat boleh melakukan tugasan mereka dengan cermerlang. Kudos kepada mereka semua. Aku sebagai rakyat Malaysia  sangat berbangga dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh mereka. Syukur ke hadrat Illahi yang memudahkan urusan keluarga ku untuk mendapat rawatan di hospital Tengku Ampuan Rahimah.Alhamdulillah.

5 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi


Kita semua idamkan kulit yang putih gebu dan terdapat banyak cara untuk dapatkannya, samada secara semulajadi atau moden dengan penggunaan ubat. Tetapi kita harus faham bahawa kulit kita tidak semuanya sama disebabkan pelbagai faktor dan satu cara yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain.

Oleh itu, di bawah ini disenaraikan beberapa pilihan yang ada, supaya anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda jumpa yang terbaik untuk anda.

1. Minum air masak

Pertama sekali iaitu merupakan perkara asas yang sepatutnya diberi perhatian penting tetapi kita selalu ambil mudah adalah pengambilan air yang mencukupi. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi dengan baik. Badan kita perlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.
Perasan atau tidak, penjual water filter lebih arif tentang ini. Mereka sudah lama tahu, dengan minum air bersih, ia satu cara memutihkan kulit yang paling asas. Bila kandungan air cukup, kulit jadi cantik. Jangan malas-malas minum air lagi.

2. Guna air beras

Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita, tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Dengan hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari; anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu. Selepas ini, jangan buang terus air berasa. Gunakan ia sebagai salah satu cara memutihkan kulit.

3. Guna limau nipis

Petua ketiga adalah dengan menggunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau tersebut mengenai bahagian tubuh yang anda ingin putihkan dan biarkan selama 30 minit ke 1 jam. Ia boleh diamalkan setiap hari dan perubahan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.

4. Guna lidah buaya

Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’. Anda boleh cuba amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit. Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.

5. Guna biji tomato

Nombor lima di dalam senarai adalah dengan menggunakan biji tomato. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meratakan air suam ke bahagian kulit dan potong buah tomato tersebut kepada menjadi separuh atau 2 bahagian.

Ambil tomato yang telah dipotong tersebut dan cicahkan dengan gula kemudian gosokkan ke permukaan kulit anda dan biarkannya selama 5-10 minit. Sebiji tomato boleh digunakan sebanyak 2 kali, oleh itu lakukannya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Bukan sahaja mencerahkan kulit, akhbar Kosmo membawa laporan bahawa ada 11 lagi keajaiban tomato yang ramai orang tidak tahu.

Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara semulajadi adalah dengan mengelakkan diri dari terdedah dengan sinaran matahari. Mungkin tidak semua orang dapat melakukannya kerana ia bergantung kepada kerjaya seseorang individu tersebut.

Tetapi jika boleh, sila kurangkan dari berjemur di tengah panas di bawah sinaran matahari yang terik kerana sudah semestinya jika anda selalu terdedah; kulit anda akan bertukar kehitaman secara semulajadi kerana tindakbalas kulit anda dengan sinaran matahari tersebut.

Tidak perlu guna produk yang mahal, ubat-ubatan atau suntikan. Bahan semulajadi sudah cukup.

Selamat mencuba!

sumber

Saturday, January 10, 2015

Tahun Baru 2015..

Cepatnya masa berlalu meninggalkan banyak kenangan pahit manis kehidupan di dunia yang fana ini.  Semuga hari-hari yang bakal aku lalui sentiasa diberkati dan dirahmati Allah subhanauwataala.Ameen ya Rabbal alamin.

Kisah Tiga Budak Hitam




Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.
Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"


Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".
Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".
Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.
Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.
Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri. 

Saturday, December 13, 2014

Saranan beberapa perkara mudah di FB untuk menyelamatkan nyawa dan keluarga ...

AWAS!! Korang Wajib Baca Untuk Diri Sendiri Dan Juga Keluarga Tersayang...!!!








Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa,pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda....

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambar profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut ttu delete sahaja!

Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi....

http://www.kuatsembang.com/2014/12/awas-korang-wajib-baca-untuk-diri.html

Monday, November 24, 2014