Assalamualaikum siti saya ucapkan ribuan terima kaseh kerana memberikan penjelasan panjang lebar kepada saya berkaitan dengan perbicaraan mahkamah. Insyaallah saya akan gunakan tip2 yang siti berikan pada saya...
2013/3/31 Siti Soleha <yangbo_are@yahoo.com>
waalaikumsalam saudari karsya rim....Saya gembira dapat tahu saudari dapat bernikah di Thailand dengan selamat. tahniah saya ucapkan! Ok..sekarang kita citer fasal daftar nikah pulak...Di pejabat JAIS nanti, pegawai akan bagi borang 3 salinan untuk diisikan...termasuk buat ujian HIV di klinik kerajaan.Selepas sume dokumen lengkap, serahkan semula ke pejabat JAIS . Tarikh temuduga akan diberikan. Temuduga tu sume berkaitan pernikahan dan soalan peribadi kedua2 pihak.Jawab saja apa yang ditanya dengan ikhlas. Lepas temuduga, kes saudari akan dihantar ke bahagian pendakwaan.Tunggu saja sehingga dipanggil untuk ke mahkamah.Bagi kes saya, saya menunggu 2 bulan lebih.Bila dah tau tarikh perbicaraan, saudari sediakanlah wang rm2000 untuk bayaran denda dan bawa dokumen asal.Kes di mahkamah shah alam dilakukan pada hari Rabu setiap minggu. macam2 kes nanti saudari dapat dengar.Bila nama dipanggil, pendakwaraya akan bacakan kesalahan yang dilakukan ..berkahwin tanpa kebenaran di luar negara..bla...bla...Hakim akan tanya banyak soalan..jangan malu , jawab saja apa yang disoal...Hakim tak minta gambar mau pun rakaman video. Soalan yang ditanya mengikut kes masing2. Bagi kes saya, saya berkahwin di Thailand kerana adik lelaki saya tak mau mewalikan saya. lebih kurang macam kes saudari jugak lah...Hakim akan berleter panjang...buat pekak jer....mengaku jer kesalahan saudari dan bila hakim bagi peluang buat rayuan, saudari mintaklah dendan dikurangkan dan tidak dikenakan hukuman penjara.bagi alasan yand difikirkan sesuai dengan kes saudari...walaupun ramai orang dalam dewan, saudari buat tak kisah jer, sebab sume orang pun ada kes masing2..pastu, hakim akan baca hukuman..hukuman dijatuhkan mengikut pertimbangan dan budi bicara hakim ...so, hukuman sume kes tak sama...Jangan lupa minta doa byk2 pada Allah swt supaya memudahkan urusan saudari...Dah selesai kes, saudari akan disuruh membayar denda di kaunter bayaran...Dah dapat resit denda, saudari pergi ke pejabat Jais semula dan serahkan resit denda tersebut. kemudian, saudari akan disuruh pergi ke pejabat bersebelahan untuk buat bayaran rm20 untuk keluarkan sijil nikah...sijil nikah tu siap dalam masa 14 hari...Insha Allah, sijil nikah saya akan siap minggu depan...so, all the best to you..kalau saudari ada apa2 soalan, saya sedia membantu, insha allah...Sent: Friday, 29 March 2013, 21:41
Subject: Re: Assalamualikum sitisoleha,nk tanya sikit,boleh ke kita nikah di MAIS Songkla tanpa mengunakan egen nikah? kalau boleh,mcmana cranya?tlg trgkn pd sya..tntg byran pula mcmaassalamualaikum siti..tahniah kerana kes sudah selesai...untuk pengetahuan siti setelah sedikit sebanyak panduan yang siti berikan pada sy soal nikah di songkhla tempoh hari alhamdulillah....sy pn pergi ke songkhla dan nikah di sana dan mendaftarkan nikah di pejabat konsul malaysia.(kes sy family tidak menerima bakal suami makna nya sy menggunakan wali hakim) Soalan sy pada siti,apakah kes siti menyamai kes sy? Apakah soalan hakim yang di tujukan pada siti? Adakah hakim meminta gambar atau video semasa pernikahan itu sebagai bukti? Harap siti dapat memberi penerangan dan tip pada sy yang akan menghadapi mahkamah selepas ini....Insyaallah 10/4/2013 ini sy akan mendaftarkan di JAIS. Kerjasama siti sy ucapkan terima kasih.2013/3/9 Siti Soleha <yangbo_are@yahoo.com>waalaikumsalam...setelah balik kt malaysia cepat2lah daftar di JAIS kalau saudari berada di Selangor.Pejabat berhampiran Masjid Besar Shah Alam. Di sana nanti, saudari perlu isikan borang ( 3 copies).Saudari perlu juga menjalani ujian HIV di Klinik kerajaan. Selepas semua dokumen lengkap, mereka akan panggil temuduga. Bagi kes saya , temuduga dijalankan selepas 3 minggu tarikh penyerahan dokumen.Selepas ditemuduga,kes akan diserahkan pula ke bahagian pendakwaan. Ini memakan masa sebulan. Saya belum lagi dipanggil oleh pihak pendakwaan, mungkin minggu depan insha allah kes saya akan didaftar dimahkamah.Jadi soalan saudari yang bertanyakan denda yang dikenakan samada pada seorag atau kedua2nya belum saya tahu lagi jawapannnya kerana saya sendiri belum dipanggil oleh pihak mahkamah.Insha allah, saya akan update blog saya kalau kes saya ini selesai. Apa pun kita harus bersabar kerana kes ni memang amik masa yang panjang mungkin melebihi 5 bulan baru benar2 selesai.Allahu alamTo: Siti Soleha <yangbo_are@yahoo.com>
From: karsya rim <karsyarim@gmail.com>
Sent: Saturday, 9 March 2013, 20:00
Subject: Re: Assalamualikum sitisoleha,nk tanya sikit,boleh ke kita nikah di MAIS Songkla tanpa mengunakan egen nikah? kalau boleh,mcmana cranya?tlg trgkn pd sya..tntg byran pula mcmasalam....1 lg nk tanya siti..tntg denda bila kte mendaftar di malaysia?berapa denda dikenakan?adakah denda untuk seorng shaja @kedua2 ye sekali??bantuan siti amat diperlukan..trima kasih2013/3/9 Siti Soleha <yangbo_are@yahoo.com>Waalaikumsalam kepada saudari yang bertanya,Memang boleh bernikah di MAIS Songkhla tanpa ajen nikah sebab saya sendiri telah berbuat demikian. Dokumen yg perlu saudari sediakan ialah IC sahaja dan wang sebanyak BHT450. Saudari boleh menaiki KTM ke Hatyai atau pandu sendiri kalau tahu jalannya.Berhampiran setesyen keretapi banyak hotel . Tak payah naik Tuk2 atau teksi. Lepas check in kat hotel, saudari boleh bertanya receptionist di mana nak amik tuk2 untuk ke Masjid Songkhla.Insha allah, mereka akan bagi tau saudari.Semuanya berdekatan saja.Dari sana nanti saudari naik tuk2 sorang BHT20 untuk ke Masjid Songhkla. Pejabat kadi di Tingkat Satu dalam masjid tu juga, jadi tak susah nak cari. lagi pun nanti saudari akan nampak ada orang yang ke sana .kerani akan bagi borang untuk diisikan. Pastu buat bayaran dan tunggu hingga kadi panggil. Tu saja. tak perlu sapa2 pun sebab pejabat MAIS dah sediakan 2 orang saksi dan kadi tu akan jadi wali untuk saudari. Proses lebih kurang 15 minit. Pastu tunggu hingga dokumen siap. Kalau saudari tak ada keta tak kisah sebab kat luar jalan sana nanti ada van yang akan lalu untuk ke Malay Konsul( Kedutaan malaysia). tahan saja van warna putih.bayaran BHt30 sorang.Pemandu van akan hantar saudari hingga ke kedutaan malaysia,perjalanan lebih kurang 30 minit.pergi kat kaunter kata nak buat pengesahan pernikahan nanti pegawai akan bagi borang .Dokumen yang telah disahkan oleh kedutaan insha allah siap besuk hari. jadi, saudari harus ke sana lagi buat kali kedua. Dah dapat dokumen, boleh gunakan untuk daftar nikah di negeri saudari.Saudari boleh juga baca pengalaman saya bernikah di Siam melalui blog saya http://sitisoleha-ummukhadijah.blogspot.com/
From: karsya rim <karsyarim@gmail.com>
To: yangbo_are@yahoo.com
Sent: Tuesday, 5 March 2013, 22:27
Subject: Assalamualikum sitisoleha,nk tanya sikit,boleh ke kita nikah di MAIS Songkla tanpa mengunakan egen nikah? kalau boleh,mcmana cranya?tlg trgkn pd sya..tntg byran pula mcmana? harap siti dpt membanty sya..terima kasih.
Assalamualaikum Siti,
ReplyDeleteBoleh tak saya linkkan page ni ke blog saya untuk pengetahuan pembaca yang lain? Sebab ramai yang bertanya soalan yang sama....
penjara sebab nikah di siam?
ReplyDeleteakta bodo apa lah yang negara kita pakai nih
jom lawan balik dengan perlembagaan, konvesyen geneva, undi & etcs!