Thursday, November 29, 2012

Bab Kedua

Cara untuk mendaftar nikah di Pejabat Agama Negeri Selangor
Laman web : http://www.jais.gov.my

Setelah selamat kembali ke Malaysia, keesukkan harinya, kami telah membawa dokumen nikah dan surat pengesahan ke Tingkat 6, Pejabat Agama Negeri Selangor. Jumpa Pegawai yang bertugas dan dia menyerahkan sekeping borang ( kena buat 2 salinan lagi) untuk diisi.Kami sangkakan dokumen semua dah cukup tetapi Pegawai tersebut minta kami buat ujian HIV di klinik kerajaan samada di Seksyen 19 Shah Alam atau pun Sekyen 7 Shah Alam. Kami pergi ke Klinik Kerajaan Seksyen 19 tetapi hari tu ( Isnin) tiada ujian HIV dijalankan. Kami terpaksa datang semula ke Kelinik pukul 2.00 petang keesukkan hari. Ramai sungguh orang datang nak buat ujian HIV. Bayaran dikenakan cuma RM1.00 sahaja dan untuk suami /isteri warga asing dikenakan bayaran sebanyak RM15.00.Hampir satu tengah jam menunggu akhirnya keputusan ujian HIV dikeluarkan.Alhamdulillah,  semuanya OK. Jangan lupa untuk buat 3 salinan untuk setiap orang Kami terus bergegas ke Pejabat Agama semula. Pegawai bertugas menyemak semula semua dokumen . Kami disuruh menghadiri temuduga pada 27 Disember 2012..

Tuesday, November 27, 2012

Pengalaman sendiri bagaimana untuk bernikah di Thailand tanpa menggunakan khidmat agent..

Assalamualaikum ...

Saya tahu ramai orang yang hendak berkahwin di luar negara terutamanya negara Thailand tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk berbuat demikian..Alhamdulillah kalau kita rajin semak website secara rawak inshaa Allah akan terjumpa blog2 yang menceritakan cara2 untuk mendaftar nikah di Thailand.. Saya dan pasangan saya (kini bergelar suami) telah pergi ke Songkhla Thailand untuk berbuat demikian tanpa menggunakan khidmat agent, hanya berbekalkan tawakkal kepada Allah swt Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Pasangan saya warga asing beragama islam.Nothing is easy EXCEPT that Allah swt make it easy...so. sesuatu perkara yang kita hendak buat, mulakan dengan meletakkan niat yang ikhlas semata-mata kerna ingin mendapatkan keredaan Allah swt..

Bab Pertama
Perjalanan  ke Songkhla, Thailand
19 November 2012 - 21 November 2012
Kami memasukki Thailand melalui penerbangan dari Dubai /Bahrain ke Bangkok, selepas itu naik keretapi no 36 ke Hatyai, bertolak jam 2.45 petang dan sampai esuk pagi jam 7.30 di stesyen keretapi Hatyai. Lepas keluar dari setesyen keretapi, kalau tak rasa penat, lebih baik jalan kaki. Alhamdulillah, ada  banyak hotel berdekatan , so, kami pilih Tune Hotel. Untuk 2 malam, kami bayar tunai BHT2200. Tak perlu bayar deposit di hotel ini. Waktu cuti sekolah banyak hotel di sini fully booked, so try to book online.Booking online lebih murah berbanding walk in. Berehat seketika, kemudian kami bertanya pada receptionist di mana kami boleh naik tuk-tuk atau van untuk pergi ke Songkhla Masjid..Kami dah ambil gambar Masjid Songkhla (cari kat internet) dan terus jer tunjuk gambar tu. Area tu  berhampiran round about, boleh nampak Hotel President.Kami jalan kaki jer ke sana lebih kurang 15 minit.Memang area tu banyak tuk-tuk dan van2 parking duk tunggu penumpang.Sebut je nk pergi Songkhla Masjid, dia orang tahu, tunjuk gambar sekali kalau boeh. Kami naik tuk2 .Tambang ke Masjid Songkhla BHT20 sorang.Masjid Songkhla tersergam indah dan luas kawasan persekitarannya. Kalau bawa keta boleh pandu terus ke dalam kawasan masjid . Ada parking lot di bahagian bawah bangunan. Naik ke tingkat 2. Dah ramai pasangan datang untuk daftar nikah di sini. So, kami disuruh bayar BHT450 di kauter dan tunggu sehingga dipanggil. Proses akad nikah begitu mudah dan cepat. Dengan satu kali lafaz ...alhamdulillah, kami kini bergelar suami dan isteri yang sah dari hukum syarak. Dalam masa setengah jam, kami dah dapat surat nikah (asal) dan dokumen2 yang berkaitan untuk diserahkan kepada Konsulate Malaysia. Walaupun ramai pasangan menanti giliran namun semuanya berlalu dengan tenang dan pantas.Selepas itu kami berjalan keluar ke main road , nak tunggu tuk2 atau van yang lalu untuk bawa kami ke Malay Konsulate. Cuaca panas sebab waktu tengah hari. Alhamdulillah, jap jer tunggu, van penumpang lalu, terus jer kami tahan dan tanya berapa tambang ke Malay Konsulate, siap ngn tunjuk gambar sekali. Driver tu terus jer angguk kepala dan cakap BHT60 untuk dua orang.Kami dihantar betul2 di depan pintu masuk Malay Konsulate.Dah ramai orang kat dalam, so, makan masa sikit.kaunter tutup puku l .00 p.m. hingga 2.00p.m. untuk rehat. kami terpaksa datang semula sebab waktu rehat dah sampai. Guard suruh kami tunggu di luar kawasan sebab dia nk tutup gate..So, kami berjalan2 menuju ke arah pantai, lepak kat situ.Sini dikenali dengan nama Samila Beach. Sementara menunggu waktu berlalu, suami terus je ke laut untuk mandi dan berenang . Amboi! sukanya suamiku yang tersayang..tertawa riang walaupun tadi sedikit hampa kerna terpaksa tunggu lebih lama.Itulah, hikmah dari Allah swt..Pukul 2.10 pm kami pergi semula ke Malay Konsulate dan tunggu giliran untuk dipanggil.Dah tak berapa ramai yang menunggu. Masa kami bagi dokumen pada kounter, dia terus semak dan dia bagi tahu ada dokumen yang tak lengkap..Kami kata dokumen ni semua pejabat agama Songkhla yang sediakan.Rupa-rupanya kerani di pejabat agama tadi mungkin kerna nak cepat terlupa nak buat satu salinan slip imigresen untuk suami. Di Malay Konsulate tak ada photocopy service. Masalah nie. Anyway, ada 2 atau tiga orang Thai sedang lepak kat luar situ ngn motosikal. Dia orang tahu apa yang suami saya perlukan. Salah seorang ajak suami naik motor dan bawa ke kedai .Upahnya BHT40 pergi balik.Selesai semua, kami ke surau dan solat. Ada surau di Malay Konsulate.So, pengajaran yang kami pelajari disini ialah jangan terburu-buru atau terlalu suka bila dapat sijil nikah dari pejabat agama. Semak dan semak dan semak semua dokumen2 tersebut dengan teliti. Selepas berpuas hati, barulah beredar dari sana.Inshaa Allah...selamat. Dah selesai semua,kami keluar cari van atau tuk2..Jangan susah hati, sini banyak tuk2 yang lalu.Sebut nak pegi Hatyai. Naik tuk2 BHT40 .Driver bawa kami ke area lain di mana van2 yang pergi ke Hatyai sedang menanti penumpang Tambang BHT60 untuk dua orang.Last stop betul2 tempat yang kami naik tuk2 untuk ke Masjid Songhkla. Balik jalan kai ke hotel, rehat. Malam tu kami pergi jalan2 tenguk kawasan sekeliling. Makanan Islam ada dijual disini,senang nak jumpa sebab penjualnya pakai tudung dan ada logo lambang islam. Hari yang sungguh memenatkan namun kami amat bersyukur kepada Allah swt kerana urusan perkahwinan dan perjalanan kami ke sini berjalan dengan lancar dengan izin Allah swt.

Esuknya, kami pergi semula untuk mengambil dokumen. Kami berada di Konsulate selama satu jam tetapi belum dipanggil2..Suami relaks jer cuma saya je yang gelabah sedikit..Kemudian kounter staf kata saya perlu di interview oleh En Nasir, Pegawai Konsulate. Selepas tunggu lebih kurang 20 minit, saya dipanggil masuk ke bilik En Nasir. Soalan pertama yang ditanya, berapa lama saya mengenali suami saya...dan dipendekkan citer ,alhamdulillah segala-galanya selesai dalam masa 15 minit. Konsulate ingin tahu samada saya benar2 kenal suami saya sebelum bernikah. En Nasir beritahu saya banyak kes di mana wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing kerna kepentingan peribadi semata-mata dan kemudian wanita tersebut dizalimi dan ditipu bulat2 oleh suami yang tidak bertanggung-jawab.Bangga punyai Pegawai Konsulate yang perihatin dan menjaga kepentingan rakyat Malaysia.Sekeping dokumen yang disahkan dikenakan bayaran BHT100. Kami bayar BHT600 kerna ada 6 helai dokumen yang disahkan oleh Konsulate.Hari kedua kami dah confident nak naik tuk2 atau van untuk ke mana-mana...Malam kedua kami pergi ke Greenworld night market. Serupa macam Malaysia Pasar Malam tetapi hampir 100% barangan yang dijual adalah barangan terpakai terutama pakaian...end up.. tak beli apa-apa pun...any way we had a good time walking around....naik tuk2 pergi ke Asean market BHT40. Makanan di sini sedap..Bihun sup BHT40, nasi and asam pedas BHT50..Kalau nak tukar wang..BHT100 = RM9.90...boleh tukar di bank2 atau di tepi2 jalan pun ada ...personal money changer...Balik Malaysia naik Firefly to Subang Airport...sudah tentunya banyak ole2 yang dibawa bersama untuk family yang tersayang..and sekarang dah selamat berada di tanah air tercinta...Alhamdulillah...


Bab Kedua

Cara nak daftar nikah di Pejabat Agama Negeri selangor....

bersambung...inshaa Allah


  

Sunday, November 11, 2012

Kehadiran orang yang tersayang di dalam kehidupanku membuatkan aku lupa tentang blog ini. Kali ini, aku paksa diriku untuk aku terus menulis ....Aku mulakan coretan aku dengan Bismillahi rahmanir rahim....
 Aku dah tak ingat lagi bila kali terakhir aku tulis...aah..biarkan saja..itu tak pentingkan...
 Banyak perkara yang aku perlu selesaikan sebelum aku pulang ke tanah air yang tercinta. Semuga Allah swt memdudahkan segala urusan hidupku ini..ameen...

Monday, January 30, 2012

Istilah abai cuai dan lalai


Marilah kita belajar memahami tiga istilah ini
Tiga istilah itu ialah abai, cuai dan lalai
Ada orang mengabaikan agama,
ada orang mencuaikan agama,
ada orang lalai beragama,
.

Apakah erti mengabaikan agama?
Mengabaikan agama tidak melaksanakan ibadah dan syariat,
Tidak fikir halal dan haram,
Tidak faham rukun iman, tidak faham rukun Islam,
tidak faham apakah itu ihsan,
Sekalipun dia mengaku Islam,
dia tidak mempedulikan agama,
Islamnya hanya keturunan,
mungkin ibu dan bapanya Islam,
Atau mungkin juga dia tahu sedikit sebanyak mengenai Islam,
Kerana pengaruh dunia dia tidak mengerjakannya,
Itulah dia erti mengabaikan agama.

Apakah erti cuai?
Cuai ini agak baik sedikit,
Seseorang itu mengerjakan agama,
tapi apabila sempat sahaja,
Jika tidak sempat ditinggalkan sahaja,
Atau waktu ada mood dibuat, waktu tidak ada mood ditinggalkannya,
Mungkin dikerjakan juga agama di waktu lapang,
tidak sibuk, di waktu sibuk atau sakit ditinggalkan pula,
Ada orang di waktu senang dikerjakan,
di waktu susah ditinggalkan,
Termasuk cuai sebahagian ajaran Islam dikerjakan,
dan sebahagian lagi ditinggalkan,
Itulah dia erti cuai beragama.

Apa erti lalai?
Erti lalai, syariat-syariat lahir semuanya dikerjakan,
Orang ramai lihat dia beragama,
dan taat orangnya dengan Tuhan,
Tapi ibadahnya tidak dihayati,
bahkan setengah bacaan-bacaannya tidak pun difahami,
Tidak difahami apakah tuntutan ayat-ayat,
dan bacaannya yang diucapkan di dalam ibadahnya,
Termasuk juga lalai, ibadah lahirnya,
tidak boleh dipersoalkan, lengkap tidak diabaikan,
Namun takut dengan Tuhan tidak ada,
Begitu juga cintakan Tuhan tidak ada di dalam jiwanya,
Rasa kehambaannya tidak ada di dalam perasaannya,
Kerana tertipu dengan ibadah lahirnya,
tidak terasa lagi berdosa,
Hatinya rasa selamat kerana ibadahnya,
Adakalanya dia jadi sombong,
dan megah dengan ibadahnya,
Itulah dia di antara gambaran orang yang lalai,
Orang yang beribadah begini, tidak ada nur di mukanya,
Adakalanya orang boleh benci melihatnya,
padahal dia ahli ibadah,
Dia termasuk orang yang tertipu di dalam ibadahnya,
Orang yang bertaqwa itu ialah tidak mengabaikan,
tidak cuai dan tidak lalai dengan agamanya,



Tuesday, September 13, 2011

Rumah Terbuka


Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia menghormatiku dan sesiapa menghormatiku maka dia memuliakan Allah. Dan, sesiapa menjadi kemarahan tetamu, maka sesungguhnya dia menjadi kemarahanku. Dan sesiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia menjadi murka Allah.

Antara tujuan utama rumah terbuka diadakan bagi menghidupkan suasana kemesraan dan paling penting dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi.

Berbeza suasananya di bandar, barangkali masih ada yang tidak mengenali 
rapat jirannya walaupun tinggal di sebelah rumah. Justeru, peluang bertemu dalam majlis itu cukup besar hikmahnya dalam merapatkan ikatan persaudaraan.

Di sesetengah tempat, ada yang meraikan rumah terbuka dengan mengadakan majlis marhaban sebelum menikmati juadah. Tidak kiralah apa cara sekali pun sambutannya asalkan ia tidak melanggar tuntutan syarak seperti tidak menyediakan makanan secara berlebihan, tiada pergaulan bebas antara lelaki dan wanita bukan mahram serta tiada majlis tari menari.

Persepsi masyarakat juga perlu diubah supaya mereka tidak mengaitkan amalan ziarah hanya dilakukan apabila ada rumah terbuka. Namun tidak bermakna kita boleh ‘menyerbu’ rumah jiran kita sesuka hati.

Dalam situasi itu, adab ketika berkunjung perlu diberi perhatian dan sebelum bertandang, pastikan kita memaklumkan terlebih dulu kepada tuan rumah dan waktunya pula sesuai.

Adab bagi mereka yang berkunjung ke rumah terbuka perlu dijaga supaya ia menyenangkan hati tuan rumah. Jangan duduk terlalu lama hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad.

Patuhilah masa yang sudah ditetapkan pihak tuan rumah. Apabila hendak pulang, ja�ngan lupa minta izin daripada tuan rumah serta ucapkan terima kasih kepadanya atas jemputan itu.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling takwa di antaramu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” (Surah al-Hujurat ayat 13).


Rasulullah s.a.w sendiri menunjukkan kepada kita contoh mengenai keindahan dalam hubungan kemasyarakatan. Sikap keterbukaannya sangat terserlah.

Baginda sering menziarahi keluarga berlainan agama apabila ada kematian, menghadiri jamuan makan mereka dan menziarahi orang sakit.

Pernah satu ketika Nabi s.a.w dikunjungi utusan daripada kaum Nasrani dari Najran. Baginda membentang�kan serban dan mempersilakan mereka duduk di atasnya.

Tindakan Rasulullah itu menjadikan utusan terbabit merasai kemurnian dalam Islam. Tidak lama selepas peristiwa itu, mereka dengan rela hati memeluk Islam.

Jelas kepada kita, pastinya tiada pertikaian mengenai amalan mengadakan rumah terbuka selagi berpeluang menyerlahkan matlamat ke arah kebaikan.

Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Mohd Shahrizal Nasir berkata, konsep rumah terbuka sempena Aidilfitri antara wadah perlu digunakan sebaiknya bagi mengeratkan hubungan silaturahim termasuk yang berlainan agama atau bangsa.

“Bagaimanapun, pastikan tiada anasir yang berkeinginan merosakkan majlis atau memperolok-olokkan sikap toleransi yang diamalkan Islam.

“Rumah terbuka untuk semua kaum menjadi lambang keindahan Islam. Ia hasil semangat muhibah antara manusia yang dianjurkan al-Quran dan Sunnah,” katanya.

Beliau berkata, amalan itu walaupun bukan satu syariat yang diwajibkan Islam, namun jika dilakukan menurut garis panduan umum syarak, ia menjadi ibadat yang menguntungkan kepada pelakunya.

“Positifnya, majlis rumah terbuka menyediakan ruang luas bagi umat Islam melakukan amalan ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan dan menjamu tetamu yang hadir.

“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Muslim apabila menziarahi saudara Muslimnya, maka dia sentiasa dalam khurfah syurga hingga dia pulang”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu khurfah syurga?”. Jawab Baginda: “Memetik buahnya (dari syurga)” (Hadis Riwayat Muslim).
“Menjamu tetamu dengan makanan yang terbaik juga antara amalan Rasul. Hal ini seperti dijelaskan Allah s.w.t di dalam al-Quran ketika menceritakan perihal Nabi Ibrahim yang memuliakan tetamu yang bertandang ke rumahnya,” katanya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapat�kannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!’’, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): “Mereka ini orang-orang yang tidak dikenali.” Kemudian dia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkan kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” (Surah al-Dzariyat, ayat 24-27).

Mohd Shahrizal berkata, rumah terbuka menjadi medan terbaik bagi mengumpulkan saudara dan kenalan hadir secara serentak.

“Faktor cuti yang terhad membataskan pergerakan kita hadir ke rumah setiap rakan. Adanya majlis rumah terbuka pada Aidilfitri ini memberi peluang kepada kita bertemu,” katanya.

Beliau berkata, majlis rumah terbuka juga memberi peluang kepada kita untuk mempamerkan keindahan Islam dan menggalakkan umatnya menjalinkan hubu�ngan baik dengan masyarakat bukan Islam.

“Islam tidak pernah melarang umatnya menjemput masyarakat bukan Islam hadir bersama-sama ke majlis umat Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8).

“Namun, dalam mengadakan majlis rumah terbuka, kita wajib menjauhkan diri daripada perkara yang dilarang. 

“Antaranya, majlis itu diadakan tidak bertujuan untuk bermegah-megah,” katanya.
Mohd Shahrizal berkata, keharusan untuk bergembira pada hari raya mencerminkan keindahan Islam di mata orang lain.

“Seperkara lagi yang perlu diingatkan dalam penganjuran majlis rumah terbuka adalah tetamu yang hadir. 

“Sewajarnya penganjur menjemput tetamu yang terdiri daripada pelbagai peringkat atau taraf hidup.

“Tidak kira sama ada kaya, sederhana atau yang kurang berkemampuan, pe�nganjur tidak boleh ‘memilih bulu’ dengan menjemput tetamu di kalangan yang kaya dan ternama saja hadir ke majlis rumah terbukanya,” katanya.


Allahu'alam

Monday, September 5, 2011

Ramadhan berlalu pergi...

Ramadhan dah berlalu pergi,kini Syawal menjelma.Cepat sungguh masa berlalu,dah masuk hari ke enam umat Islam di seluruh dunia meyambut Hari Raya Idulfitri.Kemeriahannya masih dirasai.Aku mengambil kesempatan di bulan Sywal ini untuk berpuasa sunat Syawal.Mudah-mudahan Allah swt menerima segala amal ibadat dan amal kebajikan yang aku lakukan ,ameen.