Baharu 6 hari hidup di dalam tahun 2017 aku telah diuji oleh Allah swt . Aku gagal 200%.Tahap kesabaran aku kosong begitu juga tahap kemarahanku kosong belaka. Aku damba menjadi insan dan hamba yang mulia disisiMu ya Allah. Aku insan yang lemah ya Allah.Aku telah mengasari anakku sendiri tanpa ada belas kasihan sorang ibu. Aku jadi demikian rupa kerana anakku bermulut celupar. Dia langsung tidak menghormati aku sebagai ibu kandungnya.Kata-kata kesat yang membuak-buak keluar dari mulutnya membuatkan telinga dan hatiku sakit.Aku jadi hilang ingatan untuk seketika. Aku leka melayani perasaanku sendiri.Semasa aku bergelut dengananya, jari aku digigitnya sekuat-kuat hati. Hampir saja aku rasa ketika itu jari aku akan benar-benar putus. Adakah aku sebagai ibunya bersalah kerana memukulnya ?Aku jadi malu sekarang . Adakah aku bersalah dalam hal ini? Ampunilah diriku yang lemah dan hina ini ya Allah.
Jariku derita menahan sakit.Hatiku luka menahan kesedihan . Hanya Allah jua yang tahu isi hatiku sekarang.Setelah aku fikir panjang, aku telah membuat keputusan. Mulai sekarang aku berjanji pada diriku sendiri yang aku tidak akan sekali-kali mencampuri urusan hidup mereka. Aku dah penat dan letih melayan kerenah mereka.Aku benar-benar lelah.Aku mahu rehatkan mindaku.Aku mahu rehatkan badanku.Biarlah mereka dengan dunia mereka dan aku dengan duniaku.
Persoalannya sekarang, adakah aku yang bersalah..

No comments:
Post a Comment