Bulan Disember bulan yang penuh dengan emosi dan tragedi.Tinggal cuma 3 hari saja lagi tahun 2016 akan berlalu pergi. Semuga Allah sentiiasa memberkati perjalanan hidup yang tersisa ini.Aku harap dia tidak akan melupai diriku.Mungkin juga aku akan dibiarkan dan diabaikan kerana dia sudah ada pengganti.Aku tak mau sangat fikir tentang hal itu sekarang. SERABUT nanti otak aku.Hanya Allah jua yang maha mengetahui..Hanya kepadaMU sahajalah tempat aku meminta dan bergantng harapan.Mujur aka sekarang berada di kalangan famili tercinta. Allahu Akbar. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus yakni jalan yang membawa kami ke syurgaMu Ya Allah Ya Rabbal Alamin.
Wednesday, December 28, 2016
Wednesday, December 14, 2016
Kasih yang tidak dihargai
Kasih yang tidak dihargai ibarat mencurah air di daun keladi.Kasih yang disangka tersemat dihati sebenarnya kosong belaka .Lidah memang pandai berkata-kata..Kasih yang ku harapkan selama ini semuanya lakunan semata-mata tetapi masih ada segelintir insan yang masih berhak menerima dan sudi akan kasih-sayang dariku.Mereka pasti menghargainya dengan perasaan senang dan gembira. Akan ku curahkan kasih-sayang kepada mereka dengan sepenuh hati.Biarlah dia dengan dunianya dan aku dengan duniaku sendiri.Dia sebenarnya tidak jujur dengan perhubungan ini. Aku pernah dikecewakan dan tidak mahu pisang berbuah dua kali.Penderitaan yang aku alami cukup perit dan pahit.Setiap kali aku terkenang akan perbuatan dan tingkah lakunya, jiwaku rasa terharu dan keliru.Apa sebenarnya rencana dia...Aku rasa aku tahu jawabannya.Hatiku dah jadi tawar.Aku tidak kisah lagi tentang dirinya.Biarlah Allah swt yang menjadi saksi.Mungkinkah suatu hari nanti dia akan menghargai kasih-sayangku...?Allahu taala alam
Tuesday, December 13, 2016
Kekasih Sejati
Aku tak tau macam mana nak mulakan.Mungkin hatiku masih merajuk.Aku cuba untuk tidak mengingati peristiwa tempuh hari.aku sibukkan diriku dengan menjahit.mesin jahit dan kucing2ku menjadi pengubat duka. Aku dekatkan diriku dengan Allah swt.
Itulah sebenar-benarnya kekasih Sejati.Semuga Allah merahmati dan memberkati kehidupan aku dan ahli keluargaku dunia aqirat.Ameen ya Rabb.
Monday, December 12, 2016
Tragedi 9 Disember 2016
Hari Pertama
Sudah lama aku tidak pergi bercuti.3 hari 2 malam jadi pilihan, betul-betul jatuh pada tarikh lahirku.Hari yang ku tunggu akhirnya tiba . Aku ingin balik ke kampung halaman ku pada tahun ini. Perjalanan ke sana alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah swt. Tempat pertama yang dituju ialah Deen Nasi Kandar.Setelah kenyang misi mencari hotel pulak. Hotel Tune menjadi pilihan. Jalan-jalan cari makan keliling Georgetown. Malamnya ke Pasar Malam Batu Ferringi dan stop terakhir di Padang Kota.Rojak buah dan air soya menjadi pilihan. Balik hotel dah hampir 12 malam. Masing2 keletihan . Aku segera mandi dan cuci pakaian kotor .Usai segalanya. aku tidur. Suami ada bersama tetapi nampaknya dia tidak enjoy seperti kami . Aku bayangkan suami yang sudah berjauhan lebih 5 bulan itu akan merindui aku.Namun sangkaanku jauh terpesung.Langsung dia tidak menyentuhku.Aku sedih. Aku pendamkan perasaanku namun hatiku menggerutu ..Aku dikejutkan dengan bunyi alarm,bunyi yang datang dari handphonenya.Jam di dinding menunjukkan pukul 5 pagi.Dia bingkas bangun dan terus keluar dari bilik. Aku juga bangun sejurusnya untuk menunaikan solat subuh. Doa aku panjatkan ke hadrat Ilahi .Air mata terus .membasahi pipi.Aku menangis dan mengadu kepada Allah dengan hati yang penuh hiba duka nestapa. Suamiku kembali jam 7 pagi dan mengajak aku minum. Aku menolak. Ketika itu airmataku tiba2 jatuh berderai.Aku masih berharap mungkin dia inginkan aku. Meleset lagi.Dia keluar dan terus meninggalakan aku keseorangan di dalam kamar hotel.
9 Disember berlalu pergi .Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari.
Hari Kedua
10hb Disember 2016
Walaupun perassan aku masih dipenuhi kesedihan, aku tetap berselera untuk bersarapan pagi.Pukulan nasi kandar Penang memang hebat. Sekali lagi kami makan nasi kandar di Flat Kg Melayu Air Itam dan kopi ais kaw. Nikmatnya sarapan pagi hari ini.Selepas itu ke Chowrasta Market untuk beli jeruk buah-buahan.Lunch di Restoran Cina yang menjual makanan halal. Char kuew tiaw goreng dengan telur mata kerbau. Kemudian ke Tanjung Bungah untuk beli goreng pisang rangup.Perut betul-betul ketat. Berhenti sekejap di surau untuk solat. Perjalanan diteruskan ke Kuala Ketil, Kedah untuk melawat Mak Long dan Pak Long. Berhenti di pekan untuk beli Rojak sebagai buah tangan untuk diberikan pada PaK Long dan Mak Long.Magrib menghampiri. Kami beredar untuk cari masid berdekatan. Alhamdulillah. usai solat, destinasi seterusnya ialah ke rumah baru adik lelakiku. Tiba waktu solat isyak. Suamiku yang tidak pernah lekang dengan masjid tu bergegas keluar semula berjalan kaki untuk cari surau berdekatan. aku diajak sekali.Aku menurut tanpa protes walaupun tadi aku dah solat jamak dan qasar. Aku diberikan bilik bawah untuk menginap. .Rumah ini besar dan selesa untuk didiami.Selepas mengalas perut dengan nasi goreng yang digoreng sendiri oleh adikku kami duduk dan berbual-bual.Aku ingatkan kali ini mungkin suami akan bermesra dengan ku tanpa gangguan. Aku cuba kali ini untuk menarik perhatiannya.Sebaliknya, dia terus tidur tanpa menhiraukan nafkah batin ku. Aku rasa sangat malu dan terhina.Tragedi 9 Disember berulang lagi. Aku sekarang benar-benar pasti suamiku tidak menginginiku lagi. Aku rasa seperti tonggol kayu mungkin lebih teruk dari itu.Terbit rasa sesal namun hatiku tetap rasa bersyukur . Ketika itu Allah Maha Pengasih telah mebuka mata dan mindaku. Aku selama ini buta mata dan buta hati.Tragedi 9 Disember menghentak mindaku.Aku terbangun dari lena yang panjang.Baharu aku sedar betapa jahilnya aku tentang perhubungan aku dan dia. Ucapan yang keluar hanya manis di bibiry, lain di mulut lain di hati.Aku telah terpedaya dengan sikapnya yang mengaku dirinya sebagai alim dan warak. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang bersarang di hati aku dan dia, ibarat telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja telur akan jatuh berkecai. Aku pasrah.
HARI ketiga
11hb Disember 2016
Dua hari berlalu. Amat mengecewakan. Percutian yang pahit. Pengalaman yang mengerikan. Tragedi 9 Disember menjadikan percutian kali ini hambar dan kosong. Aku pulang dengan hati yang luka parah. Minda yang serabut dengan seribu satu macam persoaalan. Aku sesungguhnya tidak sabar untuk meluahkan segala isihatiku kepada dia agar dia tahu apa yang aku rasakan.Kami menghantarnya ke setesyn lrt lewat pukul 9 malam.Dia menghulurkan tangan . Aku menyambutnya dengan tanganku dan seterusnya mencium tangannya. Mugkinkah ini adalah pertemuan aku yang terakhir dengannya.Tragedi 9 Disember bermain dimindaku.Dadaku sebak.
Alhamdulillah aku pulang dengan keadaan selamat sejahtera. Tanpa berlengah lagi, aku terus menghantar teks melalui ws. soalan demi soalan aku ajukan. Jawabannya amat memeritkan. Aku terkedu. Telahan aku sudah menjadi kenyataan. Bukannya mudah untuk aku menelan berita yang aku terima namun aku kuatkan semangatku untuk mendalami isihatinya. Ternyata dia selama ini pura-pura menyayangi diriku. Tragedi 9 Disember menelanjangkan segalanya, ibarat menonton filem ulang tayang.Segalanya terjawab dan tampak jelas.
Tragedi 9 Disember membuatkan aku berpusing 360 darjah. Aku perlu berhati-hati sekarang.Aku telah dipermainkan tanpa ku sedari. 11 tahun lamanya aku menikahinya. Aku sdudah bersedia insha allah untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Ya Allah, bantulah hambamu yang daif dan bodoh ini untuk bertindak dengan jalan yang diredhaiMu..Ameen. Sekiranya, perhubungan ini baik, kau dekatlah aku dengan dia.Sekiranya sebaliknya, kau jauhilah aku daripada dia. Hanya dikau yang aku sembah dan hanya kepada engkaulah aku memohon pertolongan. Ameen ya Rabb.
Tragedi 9 Disember mungkin merubah segalanya dengan kehendakMu jua Ya Allah.

Wednesday, September 14, 2016
Sunday, September 4, 2016
Malang tidak berbau...
Alhamdulillah aku dapat membeli sebuah skuter secondhand untuk hanna setelah setahun lebih menabung. Tidak disangka, skuter yang ditunggang oleh fiza ngn abg bersama awa pada tanggal 31 Ogos 2016 telah berlanggar dengan sebuah skuter yang ditunggang oleh seorang pelajar perempuan tingkatan dua bersama adiknya yang berumur 6 tahun, yang mana ketika itu sedang membonceng di hadapan skuter pelajar tersebut.Fiza cedera di kaki dan tangan sementara budak kecil tu cederanya agak serius, luka yg dalam di pangkal hidung betul-betul di sebelah mata kanan, mungkin tercucuk besi semasa terjatuh dari skuter tersebut. Sangat malang sekali.Mulanya jiran bwa budak tu ke hospital KPJ Shah Alam. Alamak, kos deposit saja RM7000.Jiran terus bawabudak kecik tu ke hospital sek 7 shah alam.Apa pun, awalnya aku telah pun melarang jiran aku tu pergi ke hospital swasta namun mereka berkeras juga, Biarkan sajala...
Jiran2 banyak yang membantu dan banyak juga yang hanya memerhati dari jauh. Kejadian berlaku dekat dengan kawasan perumahan di sek 19 shah alam.
Tidak disangka juga kos untuk baikki kerosakkan motor pelajar tu mencecah rm1000. Bagai nak pitam dengar angka tersebut.Mulanya fiza janji nk tanggung kos repair namun setelah mengetahui kos sebenar terpaksalah minta pada bapa pelajar tersebut untuk tanggung separuh .Setelah berbalas-balas sms , akhirnya bapa pelajar tu setuju. Alahmdulillah. Apa jadi dengan skuter hanna pulak... Tak tau laa...fiza belum ada duit untuk baikkinya. Aku terpaksa bersabar je laa,,

Wednesday, August 10, 2016
Kucing Oh Kucing
Sebab kucinglah aku dimarahi...Alhamdulillah
Sebab kucinglah , rumah ini bersih dari cicak, lipas dan tikus, alhamdulillah.
Sebab kucinglah, aku tidak kesunyian apabila duk seorang diri di rumah.Alhamdulillah
Sebab kucinglah, aku rasa disayangi. Alhamdulillah.
Atas sebab-sebab di atas inilah yang membuatkan aku sabar dengan kerenah manusia.Alhamdulillah.
Ya Allah, lembutkanlah hati orang-orang yang membenci kucing, ameen ya rabb.

Sunday, July 31, 2016
penat, letih tapi berbaloi..
Setiap hari aku bangun tidur, aku cuba untuk jadikan hari itu hari yang terbaik buatku dan terbaik buat orang lain. Walaupun adakalanya aku amat letih penat bekerja ,aku rasa bahagia kerana aku dapat mengembirakan hati orang yang berada di sekelilingku. Aku bersyukur ke hadarat Illahi.
Alhamdulillah. Allah tidak menghampakan apa yang aku hajati. Allahu Akbar.
Terima kasih ya Allah.
Thursday, July 28, 2016
Lupakan saja atau buat tak kisah
Lupakan saja apa yang berlaku minggu lepas atau buat tak kisah. Perasaanku sekarang ada kalanya sedih ada kalanya suka. Sedih kerana dia tidak mahu menghubungi aku sejak 7 hari yang lampau, suka kerana kini aku tahu sikapnya terhadap diriku. Mungkin dahulunya aku hanya menduga tapi kini sudah terserlah peribadinya dan akhlaknya. Kadang kala terasa juga diriku ini hanya diperalatkan tetapi aku yakin dengan apa yang berlaku pada diriku adalah yang terbaik untuk diriku yang telah pun direncanakan oleh Allah swt.
Aku akan mula menghitung hari.Sampai bila agaknya dia akan berdiam diri. Seharusnya aku pun berdiam diri. Ini bukan permainan kalah atau atau menang. Ini adalah pertarungnan hidup antara aku dengan dia.
Ada kalanya aku terfikir juga kenapa dia sanggup buat begini pada aku. Aku tahu dia ada perempuan lain yang jauh lebih muda dan cantik nun jauh di sana.Mungkin kerana itu, dia buat tak kisah dan juga terlupa tanggungjawabnya sebagai seorang ketua rumahtangga.Mungkin juga aku tidak dikurniakan cahayamata bersamanya kerana Allah lebih mengetahui segalanya.Aku pasrah. Aku lebih suka menghabiskan masa terluangku dengan famili. Hidupku rasa lebih bermakna.

Tuesday, July 26, 2016
Pre and Post Raya 2016
Pre Raya 2016
Tak balik kampung lagi tahun ni kerna tiada tempat untuk menumpang dan aku juga rasa lebih elok beraya di sini bersama suamiku yang bukan orang tempatan. Persiapan raya cuma ala kadar saja namun aku rasa gembira .Alhamdulillah
Sebelum raya, aku ikut anak dan menantu balik ke kampung di Pahang. Dapat berbuka bersama keluarga menantuku. Alhamdulillah.
Post Raya 2016
Selepas 2 minggu di bulan Syawal, aku ikut anak dan menantu sekali lagi balik ke Pahang bercuti raya. Kali ini lebih panjang, 4 hari. Aku rasa bersyukur ke hadrat Illahi kerna bagi aku peluang untuk beraya di tempat orang dan aku betul-betul rehat fizikal. Makan tidur jer di sini. Masakan yang disajikan setiap hari dimasak oleh besanku. Terima kasih kerana sudi meraikan aku di sini. Alhamdulillah.
Namun hampir di penghujung Syawal, aku rasa tidak gembira dek kerna suamiku tidak mahu menemaniku di saat aku amat memerlukan kehadirannya disisiku. Aku sudah pun memberikan alasan yang kukuh kenapa aku memerlukannya ketika itu.Dia tahu. Dia faham namun pada hakikatnya dia tidak faham perasaanku. Aku tahu dia baru nak mulakan tugasan baru namun sebagai isteri yang selalu ditinggalkan aku rasa , suamiku selayaknya pulang ke pangkuanku. Bukannya aku mendesak namun teks jawapan yang dilontarkan membuatkan aku sedikit kecewa. Tiba-tiba hatiku jadi sedih dan hiba. Dengan hati yang terguris aku katakan kepadanya tak perlu susah-susah balik sini atau sebaiknya tak balik langsung. Jangan teks atau call . Aku tak akan layan.Itulah teks yang aku hantarkan kepadanya tempuh hari.
Sudah 3 hari berlalu, dia berdiam diri.Aku juga begitu namun aku masih berharap dia akan memujukku kembali walaupun di hati kecil ku berkata...ini mungkin tidak akan terjadi..
Aku hanya berserah pada Allah swt untuk menentukan segala-galanya. Hidup mati ajal maut rezeki sume di tangan Allah.Aku hanya mengharapkan rahmatMu dan kasihsayangMu dan keredhaanMu ya Allah.Semuga aku dapat menempuh segala ujianMu dengan sabar dan tabah. Ameen.
Aku masih mampu bertahan hingga ke saat ini. Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah.

Thursday, July 14, 2016
DOa elak dimasukki perompak/pencuri
👳 DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.
🔴 Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::
1⃣ Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2⃣ Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
3⃣ Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4⃣ Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)
"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"
Bermaksud :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".
5⃣ Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM" ~ (1x)
Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam
Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Aamiiin...
Saturday, June 25, 2016
Doa Seorang Ibu
DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU
Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang...Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :
" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,
dan aku bersumpah demi Allah.... agar engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.
Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. "
*Begini doanya:*
اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (.....) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا
فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم
فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم
"Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah 'an ibnii/ibnatii.... (sebut nama anak-anakmu satu persatu)... tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka 'alaihim bi ridhaa-ii 'anhum"
(Yaa Allaah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Yaa Allaah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka).
Kemudian setelah berselang beberapa minggu setelah tersebut tersebar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang ibu yang berkata bahawa aku telah mengubah kehidupannya secara total, dan sekarang dia merasa dalam kenikmatan yang tak tergambar kerana akibat doa itu terhadap dia dan anak laki-lakinya yang berumur 22 tahun.
*Maka berceritalah si Ibu itu:*
Sejak kelahiran anakku itu aku hidup dalam penderitaan kerananya.
Dia tak pernah solat dan bahkan jarang mandi, dia sering berdebat panjang denganku, dan sering membentakku dan tak menghormatiku, walaupun sudah sering aku mendoakannya.
Maka ketika membaca tulisanmu aku berkata : mungkinkah kata-kata ini benar? Nampak seperti tak masuk akal?? dan seterusnya....
dan akhirnya kuputuskan untuk mencuba anjuranmu walaupun aku tak yakin bahkan sinis mentertawakanmu.
Lalu setelah seminggu, mulai berubah nada suara anakku kepadaku, dan pertama kali dalam hidupku aku tertidur dalam kedamaian, dan didalam diriku ada sedikit syak?
Dan kemudian ku dapati anakku mandi, padahal aku tak menyuruhnya.......
Minggu kedua dan aku terus mendoakannya sesuai anjuranmu, dia membukakan pintu untukku dan menyapaku, "Apa kabar ibu?" dengan suara lembut yang tak pernah kudengar darinya sebelum itu.
Aku gembira tak terkata walaupun aku tak menunjukkan perasaanku kepadanya sama sekali.....
4 jam kemudian aku memanggilnya di telefon bimbitnya, dan dia menjawabku dengan nada yang berbeza dari biasanya, "Ibu, saya disamping masjid dan saya baru hendak solat waktu ibu call….”
Maka aku pun tak mampu menahan tangisku, bagaimana mungkin dia yang tak pernah solat sudah mulai solat dan dengan lembut bertanya khabarku??
Tak sabar aku menanti kedatangannya dan segera aku bertanya sejak bila kamu mula solat?
Jawabnya; "Saya sendiri tak tahu ibu, waktu saya lalu dekat masjid mendadak hati saya tergerak untuk solat……………….”
Sejak itu kehidupanku berubah 180 derajat, dan anakku tak pernah lagi berteriak-teriak kepadaku dan sangat menghormatiku.
Tak pernah aku mengalami kebahagian seperti ini walaupun aku sebelumnya sering hadir di majlis-majlis zikir dan pengajian-pengajian…..
Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.
Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Shaa' Allaah.
Thursday, June 23, 2016
Ramadhan 2016
Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk melakukan ibadah puasa pada tahun ini. Hari ini dah genap 17 hari umat islam berpuasa.Semuga tahun ini aku lebih bersemangat untuk menjalankan tanggungjawabku sebaik-baiknya sebagai seorang hamba Allah.
Ya Allah, terimalah amalan dan kebajikan kami, ameen ya rabb.
Sebelum ini aku ingin sekali untuk meluahkan perasaan sedihku tetapi Allah telah memberikan aku kembali ketenangan jiwa... alhamdulillah ya Allah... Aku amat bersyukur...hatiku menjadi tenang sekarang...
Allah Akbar..

Sunday, April 24, 2016
Fatty kitten peliharaanku hilang....
Dah dua minggu berlalu. Fatty tak pulang ke rumah. Selalunya Fatty akan merayau-rayau di persekitaran rumah dan bila aku panggil namanya, dia akan berlari pulang. Hari ini dah genap dua minggu, dan aku masih bersedih. Aku redha dengan ketentuan Illahi. Aku masih terasa kehilangan Fatty. Kelibatnya sudah tiada lagi. Mungkin ada insan yang lebih menyayanginya lebih daripada aku. Mungkin sekarang Fatty tinggal ditempat yang lebih baik. Ya Allah, semuga suatu hari nanti, Kau temukanlah aku kembali dengan Fatty..Ameen ya Rabb.
Fatty..Fatty...aku merinduimu...
Fatty..Fatty...aku merinduimu...
Saturday, March 12, 2016
Entahlah...
Entahlah...mungkin aku yang terlalu emosi atau sebaliknya.Banyak perkara berlalu pergi .Ada baik ada yang kurang enak dan ada yang mengguris hati.tetapi, entahlah kenapa hari ini, hatiku ini mudah emosi. Mungkin aku penat bekerja seharian dan kerja rumah yang tidak ada penghujungnya membuatkan aku lelah.Sejak akhi-akhir ini, lelah aku semakin menjadi-jadi. batuk tidak pernah lekang dari kerongkong .Pada saat ini juga aku diserang batuk. Entahlah...mungkin kerana aku kurang pantang, kurang minum air, kurang bersenam . Entahlah, mungkin juga kerana kucing-kucing peliharaanku. Entahlah...
Namun aku merasai kucing lebih faham perasaanku daripada manusia yang kadangkalanya tidak berperikemanusiaan.Aku lebih senang melihat kucing-kucingku bermain-main didepan mataku.Tenang rasa jiwa ini. Aku kadangkala sangat marah dengan kucing-kucing tu sebab buat hal...wee wee dan berak sana sini , namun aku tetap senang dengan kucing-kucingku.Walaupun baru dua bulan lebih aku pelihara kucing-kucing ini, aku rasa macam ada satu ikatan yang kukuh diantara aku dan mereka.
Entahlah, usiaku sudah melampaui limapuluhan. Badan juga terasa kurang bertenaga. Aku cepat jatuh sakit. Kulitku juga mudah terluka. Rambutku kian tipis dan beruban.Penglihatanku juga sudah tidak seterang dahulu.
Entahlah, mungkin ajal akan datang menjemputku malam ini atau esuk atau lusa..atau aku dipanjangkan umur hingga melebihi seratus tahun.Mati itu pasti. Itu janji Allah pada hambanya.
Ya Allah, ubatkanlah hatiku yang sedang di dalam kesediham ini. Ampunilah kedua orang tuaku.Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab kuburmu, jauhilah kami dari azab nerakamu.Rahmatilah dan berkatilah kehidupan kami, ya Allah.
Ameen ya Rabb

Subscribe to:
Posts (Atom)