Itulah ibarat hidupku. Atas pilihan hatiku sendiri, jadi, aku terpaksa harungi ujian ini. Hari demi hari berlalu dan dia semakin jauh dari hidupku. Tak aku sangka begitu mendadak dia berubah hati pada wanita lain dan aku dibiarkan kesepian.Masaku, wang ringgit dan diriku, aku korbankan untuk dia namun pengorbanan aku itu tidak memberi kesan pada hatinya, seolah-olah aku tidak pernah wujud dalam hidupnya sebelum ini.Hampir dua bulan tak ketemu namun apabila dia datang kepadaku pada minggu lepas hanya untuk menghabiskan waktunya sahaja dan bukannya untuk bermesra denganku yang ketandusan dan dahagakan kasih sayang dan belian sang suami.Pilu dan sedih rasa dihati bagai dihiris sembilu.Tanpa memperdulikan perasaanku dia berbual dan bermesra melalui perbualan telefon di tempat tidur dengan wanita yang duduknya jauh beribu batu.Aku tahu dia tidak mampu untuk bahagiakan aku dengan kebendaan .Yang aku dambakan darinya adalah hormat dan kasih sayangnya padaku namun itu juga tidak kesampaian.Aku berpaut didahan yang rapuh..ku sangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari.
Soalan demi soalan aku tanyakan pada diriku. Apakah aku mahu terus hidup begini sengsara dan derita lahir dan batin sepanjang hayatku...Hanya Allah sahaja yang tahu isihatiku ...
Praise be to Allaah.
Allah has enjoined upon the husband to treat his wife decently and with kindness, as He says (interpretation of the meaning):
“And live with them honourably”
[an-Nisa’ 4:19].
Allahu Akbar
Assalamualaikum puan. Saya asalnya survey blog puan untuk study cara pernikahan diluar negara. Tapi lama-lama sedih pulak dengan cerita blog puan. Saya berminat untuk bertukar-tukar pandangan dengan puan melalui facebook. Facebook saya Iz Abu Aiman Aiman.
ReplyDeleteCara mohon fasakh lah pulak. Lol
ReplyDelete