Tuesday, April 28, 2015

Cucu yang Degil

Masalah kalau punya cucu yang degil dan tidak mahu mendengar kata, panas baran dan terlalu aktif. Dimarahi seribu kali pun tidak terkesan dek kerana ibubapanya sendiri tidak pandai mendidik dan mendisiplinkan anak sendiri secara baik. Itulah padahnya . Barang-barang dalam rumah  dirosakkan sesuka hati dan juga orang sekeliling menjadi mangsa. Aku jadi terlalu marah apabila cucuku sendiri berada di dalam kategori ini.Yang jadi lebih rumit apabila datuknya dan juga ibubapa tidak menyokong tindakan yang aku ambil yakni memukulnya secara keras di anggota badan . Aku bingung seketika. namun aku rasa tindakan aku akan memberi kesan yang mendalam dan menjadi pengajaran terhadap cucuku itu supaya tidak mengulangi perbuatannya menendang maksunya. bersunggguh-sungguh bagai orang gila lagaknya.....

1 comment: