Tengah aku duk rehat petang tu di rumah famili, aku mendapat panggilan telefon. Rupanya teman segebor ngajak aku nginap di kediamannya.Aku terus bersetuju. Habis solat magrib, aku mencapai beg tangan, aku dah letakkan 2 bungkus kopi dan sebungkus teh sebagai buah tangan.Semasa di dalam kereta,cepat-cepat aku keluarkan 2 keping wang kertas , dan syiling untuk aku bayar di KTM nanti. Apabila aku tiba di kaunter tiket, tren baru tiba., jadi aku terus beli tiket dan tergesa-gesa menaikki tangga . Alahai,ingatkan pemandu tren tunggu, aku dan ada seorang gadis yag lain berlari-lari anak, namun tren tu terus berlalu pergi sebelum kami tiba di sebelah platform dimana tren tu berada. Namun, tren yang berikutnya datang lima belas minit kemudian, tepat pada waktunya.Alhamdulillah. Semasa aku sedang duduk di dalam koc wanita, pegawai KTM sedang buat pemeriksaan tiket.Ada sepasang suami isteri dan anak kecil duduk di belakang aku. Apabila pegawai minta tiket untuk diperiksa, ternyata pasangan tu hanya beli satu tiket sahaja untuk ke Batu Caves. Terpaksalah si suami bayar sir charge RM20 dengan kadar segera. Itu kisah orang. Kisah aku pulak, aku sangka beg duit aku berada dengan selamatnya di dalam beg tangan aku. Rupa-rupanya beg duit tu tercicir di dalam kereta yang menghantar aku tadi ke setesyen KTM.Semasa aku keluarkan wang kertas dan syiling tadi, masa tulah mungkin beg duit aku terjatuh. Nak dijadikan cerita, aku hanya ada kurang dari dua ringgit sahaja dalam beg dan hp aku habis kredit dan internet subscription pun juga dah tamat tempuh dua hari yang lepas. Aku cuba guna whatsapp dan hantar mesej ahli keluarga minta tolong mereka carikan beg duit aku di dalam kereta tadi.Alhamdulillah, mesej berjaya dihantar. Teman segebor juga aku hantar mesej, masa tu waktu solat isya,jadi tak adalah jawapan segera yang aku terima ketika itu.Gabra juga rasanya. Terfikir juga nak minta duit pada orang yang simpati dengan aku bila tiba di KL Sentral nanti. Nasib baik, teman segebor telefon aku. Aku terus bgi tau masalah aku.Aku minta beliau datang ke KL Sentral a s a p . Aku perlukan duit untuk beli tiket LRT. Setibanya aku di KL Sentral, aku terus ke surau untuk solat Isya dan lepas tu aku lepak di Mac Donald. Teringat pulak kisah aku dengannya. Inilah tempat pertemuan kami yang pertama. Our first date dan perbualan kami berkisar pada paper money. Tersenyum aku sendirian .Fikiran aku melayang ke 9 tahun yang lalu.Dulu cuma kawan, sekarang dah bergelar suami isteri. Akhirnya, dengan izin allah swt jua, aku diselamatkan oleh teman segebor .Dengan wang RM3 yang aku terima darinya, aku terus membeli tiket dan aku dan 'penyelamatku' tiba di destinasi dengan selamatnya...Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan aku malam itu..
Monday, September 15, 2014
14.09.2104.....Reminicence

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment