Wednesday, September 17, 2014

Doa barang hilang/curi minta dikembalikan

Monday, August 31, 2009

Doa Minta diKembalikan Barang yang Dicuri


Ini doa dari tok wan saya berikutan insiden baru-baru ni. Dia suruh saya amalkan tiap hari.

1. Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik.
kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan rasa bersalah.

2. selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.




yakinlah pada Allah. tu yang paling penting.

Monday, September 15, 2014

14.09.2104.....Reminicence





Image result for macdonald kl sentral imageTengah aku duk rehat petang tu di rumah famili, aku mendapat panggilan telefon. Rupanya teman segebor ngajak aku nginap di kediamannya.Aku terus bersetuju. Habis solat magrib, aku mencapai beg tangan, aku dah letakkan 2 bungkus kopi dan sebungkus teh sebagai buah tangan.Semasa di dalam kereta,cepat-cepat aku keluarkan 2 keping wang kertas , dan syiling untuk aku bayar di KTM nanti. Apabila aku tiba di kaunter tiket, tren baru tiba., jadi aku terus beli tiket dan tergesa-gesa menaikki tangga . Alahai,ingatkan pemandu tren tunggu, aku dan ada seorang gadis yag lain berlari-lari anak, namun tren  tu terus berlalu pergi sebelum kami tiba di sebelah platform dimana tren tu berada. Namun, tren yang berikutnya datang lima belas minit kemudian, tepat pada waktunya.Alhamdulillah. Semasa aku sedang duduk di dalam koc wanita, pegawai KTM sedang buat pemeriksaan tiket.Ada sepasang suami isteri dan anak kecil duduk di belakang aku. Apabila pegawai minta tiket untuk diperiksa, ternyata pasangan tu hanya beli satu tiket sahaja untuk ke Batu Caves. Terpaksalah si suami bayar sir charge RM20 dengan kadar segera. Itu kisah orang. Kisah aku pulak, aku sangka beg duit aku berada dengan selamatnya di dalam beg tangan aku. Rupa-rupanya beg duit tu tercicir di dalam kereta yang menghantar aku tadi ke setesyen KTM.Semasa aku keluarkan wang kertas dan syiling tadi, masa tulah mungkin beg duit aku terjatuh. Nak dijadikan cerita, aku hanya ada kurang dari dua ringgit sahaja dalam beg dan hp aku habis kredit dan internet subscription pun juga dah tamat tempuh dua hari yang lepas. Aku cuba guna whatsapp dan hantar mesej ahli keluarga minta tolong mereka carikan beg duit aku di dalam kereta tadi.Alhamdulillah, mesej berjaya dihantar. Teman segebor juga aku hantar mesej, masa tu waktu solat isya,jadi tak adalah jawapan segera yang aku terima ketika itu.Gabra juga rasanya. Terfikir juga nak minta duit pada orang yang simpati dengan aku bila tiba di KL Sentral nanti. Nasib baik, teman segebor telefon aku. Aku terus bgi tau masalah aku.Aku minta beliau datang ke KL Sentral a s a p . Aku perlukan duit untuk beli tiket LRT. Setibanya aku di KL Sentral, aku terus ke surau untuk solat Isya dan lepas tu aku lepak di Mac Donald. Teringat pulak kisah aku dengannya. Inilah tempat pertemuan kami yang pertama. Our first date dan perbualan kami berkisar pada paper money. Tersenyum aku sendirian .Fikiran aku melayang ke 9 tahun yang lalu.Dulu cuma kawan, sekarang dah bergelar suami isteri. Akhirnya, dengan izin allah swt jua, aku diselamatkan oleh teman segebor .Dengan wang RM3 yang aku terima darinya, aku terus membeli tiket dan aku dan 'penyelamatku' tiba di destinasi dengan selamatnya...Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan aku malam itu..

Doa-doa yang boleh diamalkan untuk kebahagiaan rumah-tangga...


Doa-doa Zakar Kuat

1) Agar Tua Kembali Muda.

Jika anda terasa lemah sendi tulang dan lesu urat geramat kerana sudah lanjut usia (sudah tua), anda tidak seharusnya berserah begitu sahaja. Tenaga anda masih dapat dipulihkan sekiranya anda amalkan doa di bawah ini setiap hari selepas sembayang Asar atau Isya’ sebanyak 7 kali. Insya-Allah akan pulihlah tenaga batin anda seperti tenaga anak muda layaknya.

Inilah doa yang perlu diamalkan.

Bismillah Hiroh Man Niroh Him
Yaa wahidul baqil qawiyul mathin. In nalloha qawiyun, ngazizun, yaa qawiyu biroh matika yaa ar hamar roohimin.

2. Doa Penguat Zakar (1)

Cubalah kaedah ini untuk menguatkan Zakar anda yang lemah. Hendaklah membaca doa ini sebanyak 7 kali kepada air yang suam kemudian mandikanlah Zakar anda. Atau celupkanlah tuala kecil (good morning towel) ke dalam air suam itu kemudian perahkan airnya dan bungkuslah Zakar anda dengan tuala itu sehingga sejuk. Cubalah amalkan sehingga 7 hari berterusan, Insya-Allah

Bismilah Hiroh Man Niroh Him
Yaa Qahar, Lailla Ha il lulloh, Wahidul Qahar.

3. Doa Penguat Zakar. (2)

Faedah Doa Yang Di baca waktu lemah Zakar.

Jika di rasai lemah zakar bagi jimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakarnya di waktu hendak jimak (bersetubuh) itu niscaya jadi kuat bersetubuh. Insya-Allah

Inilah Doanya.
بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ.

Bismillah hirohman Niroh him.

Allah huma innaa Na ngu zubika tam mah. Warruhi, wad dami, walhmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kozoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun. ( 3 Kali)

4. Doa Penguat Zakar (3).

Atas Permintaan Ramai dari Pelanggan-pelanggan, teman-teman dan pembaca blog yang terus ke email saya. Di sini saya perturunkan amalan doa penguat Zakar (3) yang di amal-amalkan oleh tetua orang-orang lama.

Anda amalkan doa ini dengan membacanya sebanyak 7 kali ketika hendak bersetubuh. Isya-Allah ia dapat mengeraskan Zakar anda dan dapat bertahan lama semasa menjalankan tugas anda itu. Inilah doa yang masyhur di kalangan tuk-tuk guru zaman dahulu yang masih di amalkan oleh sesetengah orang yang berpoligami pada zaman sekarang.

Doanya ialah.

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا

Bismilah Hiroh Man Niroh Him
Alhamdu lillahil lazi kholako minal maa i basharo.

5. Doa Penguat Zakar (4)

Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskan tapak tangan anda.. Jangan gunakan minyak yang panas di takuti akan mencederakan zakar Anda. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jemari tangan dan urut di kelengkang ia itu di antara dubur ke telur zakar.. Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Baca doa ini sebanyak 7 kali .

Ya Qadim

Ya Daim

Ya Ahad

Ya Wahid

Ya Samad

Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah

Ya Qahar – Ya Qahar – Ya Qahar

Lailaha il’aLlah hu Wahidul Qahar

Amalan ini amat berkesan dan kekadang dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan hebat sekitar 2 atau 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika dalam keadaan cuaca sejuk supaya ligament dan urat syaraf yang berada pada zakar dalam keadaan tahap kecergasan yang terbaik.

dipetik dari blog jalan akhirat

Friday, September 12, 2014

Resepi Lagi....



Resepi Apam Balik

2 Cwn tpg gandum.
1 1/2 Cwn air.
1/3 Cwn gula.
2 bj telur.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh yis mauripan.
2 sudu besar minyak masak.
Secubit garam.
Sedikit pewarna kuning telur.

Bahan tabur.
Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka).
Gula ( ikut suka)
1 tin Jagung ala cream.
Mentega (ikut suka)

Caranya.
Saya guna blend je, senang dn cepat.
Blend telur dan gula hingga kembang
Masukan baking powder,yis ,minyak dan garam, blend lg,Masukan air,blend lg,
Masukan tpg,blend lg.
Masukan pewarna blend lg.
Dah siap....,perap 1 hingga 2 jam.
Guna kuali non stikc, x perlu taruk minyak.

Saya buat yg kecik2, taruk inti bnyk2 pun dia x kuar,senang sket nak makan.
Kalau buat besar,bila potong isinya meleleh2, keluar.

Thursday, September 4, 2014

Jangan jadi cawan, jadilah kolam besar




Alkisah seorang pakar merungut...

Sahar suka memperbesar-besarkan masalahnya yang kecil menjadi besar, yang besar menjadi tragedi. Sahar sentiasa merasakan tiada orang yang lebih sengsara daripada dia bahawa semua masalah orang lain tidak serumit apa yang dia hadapi.

Ustaz Ismail adalah seorang yang selalu mendengar rungutan daripada Sahar apabila Sahar ada perkara yang perlu diadukan, Sahar akan berjumpa dengan Ustaz Ismail.

Ustaz Ismail selalu berpesan pada Sahar usah rumitkan perkara masalah Sahar juga dialami orang lain, akan tetapi, mereka menghadapinya sebagai ujian Allah.

Sahar kata beliau terasa pahit dengan masalah beliau, dan pasti orang lain tidak merasa kesusahan beliau walaupun masalah sama dan menyoal mengapa Allah mengujinya lebih berat daripada orang lain.

Apabila keadaan Sahar bertambah kronik, Ustaz Ismail menyuruh Sahar membawa garam ke masjid untuk berjumpanya.

“Ambil segangam garam dan masukkan dalam cawan ini dan minum,“ kata Ustaz Ismail kepada Sahar.

Sahar tidak faham mengapa lalu bertanya,
“Mengapa?”

“Buat dulu, enta akan faham nanti. ia bakal selesaikan semua masalah enta,” kata Ustaz Ismail.

Sahar pun melarut segenggam garam ke dalam cawan kecil dan minum.

“Bagaimana rasa air itu?” tanya Ustaz Ismail.

“Masin sampai pahit,” jawab Sahar. “Apa ini ustaz?Air ini lebih teruk daripada air laut.”

“Sabar...sekarang ambil segenggam garam macam tadi dan masukkan dalam tong ini,” kata Ustaz Ismail.

Sahar pun menurut arahan dan melarutkan segenggam garam ke dalam tong besar itu.

“Sekarang ambil air dari tong dan minum,” arah Ustaz Ismail.

Sahar pun melakukan seperti yang diarahkan.

“Bagaimana rasanya?”

“Tawar seperti air biasa.” kata Sahar.

“Rasa tak garam itu?” tanya Ustaz Ismail.

“Tak,” jawab Sahar. Ustaz Ismail mengambil tangan dan meletakkan di belakang bahu Sahar dan bercerita.

“Kesusahan hidup di dunia ini adalah seperti segenggam garam sama banyak, sama kurang. Kesusahan hidup di dunia sentiasa sama. Tapi kepahitan hidup bergantung pada acuan yang kita letak kesusahan hidup kita di dalam.

Apabila Sahar merasa susah dan payah, apa yang Sahar boleh buat ialah meluaskan minda pemikiran seperti melarutkan garam di dalam tong tadi.

Jika minda Sahar kekal saiznya seperti cawan, akan terasa pahit jika minda Sahar menjadi tong, air bersama garam yang banyak tadi akan jadi air yang menyegarkan pula.

Jangan jadi cawan, jadilah tong besar kalau boleh larutkan garam itu dalam kolam besar, lagi tak rasa kesusahan itu.”

Sahar mengalirkan air mata. “Ustaz, ana sayang ustaz. Terima kasih Allah kerana mengutuskan ustaz untuk membantu ana. Ana tahu apa nak buat,” Sahar memeluk Ustaz Ismail sebelum beredar.

Sejak itu, Sahar bertukar menjadi seorang yang ceria dan setiap masalah bukanlah masalah lagi kepadanya, cuma tugas yang buat sementara waktu ini tiada penyelesaian.

Wahai anakku,

Ketahuilah wahai anakku, perumpamaan dunia hanyalah sekadar mana air lautan yang melekat di jari yang dicelup dalam lautan, sedangkan akhirat ialah sebanyak mana air laut itu.

Jangan jadi cawan, jadilah kolam besar, barulah kamu dapat berasa tawarnya dunia berbanding masinnya di akhirat.

Senyum...

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
NAIB PRESIDEN PAS