Sudah sebulan aku berada di rumah famili.Tak sabar rasanya nak balik ke rumah semula. Aku disini menggantikan tempat pembantu rumah buat sementara sehingga dia datang semula berkerja kerana melahirkan anaknya yang kedua dengan suami yang kedua. Masha Allah, sungguh comel bayi yang dilahirkannya bulan lepas.Sudah sebulan usia bayi , jadi tinggal lebih kurang sepuluh hari lagi untuk aku meneruskan perkerjaan yang sedang aku lakukan...Penat..memang penat buat kerja rumah ni...tak habis-habis...namun aku rasa bersyukur dan gembira kerana dapat menyumbangkan keringatku untuk anak-anakku....seronok masak untuk mereka...seronok tenguk mereka berselera makan ...alhamdulillah....semuga anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...ameen.
No comments:
Post a Comment