Thursday, March 1, 2018

Apa citer....

Dua minggu lepas suamiku jatuh sakit. hilang selera makan.Tak mahu makan ubat mau pun berjumpa doktor. Aku biarkan sahaja gelagatnya..Tak guna bagi nasihat, ibarat mencurah air di daun keladi. Alahmdulillah dia sihat semula selepas memerap dibilik selama dia sakit.pelik tapi benar.
Image result for mencurah airdi daun keladi imageAku merasai ada perubahan sikap terhadap dirinya selepas dia baik sakit. Sebelum sakit ceria sekarang lebih suka duduk di bilik gelap bersaorangan. Tidur seharian. hermmm...hairan juga aku tenguk dia begitu. Nafkah batin tak usah sebutlah...jauh panggang dari api... Aku dipaksa tidur tanpa kipas angin...Keesukkannya aku sakit kepala sebab tak dapat rehat tak lena tidur dek kepanasan yang keterlaluan.
 Beginilah kehidupan aku , Aku terpakasa mengikut rentak suamiku yang kadang-kadang aku fikirkan tidak logik. Aku paksa diriku buat kerja-kerja rumah untuk menghilangkan stress .Menyibukkan diri adalah satu terapi untuk aku jadi tenang. Aku rasa masa berlalu pantas. Hari berlalu minggu silih berganti. bulan demi bulan dan tahun demi tahun aku masih bertahan.
Alahmdulillah. Aku tak tahu apa yang dia sedang fikirkan sekarang. Segala cadangan ku tidak pernah diambil kira. Dia hanya pentingkan dirinya sahaja. Aku terfikir juga mungkin dia tertekan kerna hidup tanpa kerja hanya harapkan ihsan dari orang lain. Solat 5 waktu hanya di masjid. balik rumah sambung solat sunat. Ngaji quran setiap pagi dan malam namun hatinya masih gelap.Aku sentiasa berdoa pada Allah agar dipermudahkan segalan urusan kehidupan kita semua dunia aqirat.Semuga dia jadi suami yang penyayang dan bertanggung jawab.
Aku masih rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.


Tahun 2018

Sudah lebih setahun lamanya aku tidak menulis . Alhamdulillah.Hari yang aku tunggu untuk dudukki rumah baharu sudah pun tercapai. Suamiku juga sudah hidup sebumbung dengan ku.Hari menunngu kelahiran. Ya.Seorang bayi perempuan yang sangat comel pun telah lahir 6 bulan yang lalu.Alhamdulillah. Aku masih menunggu hari-hari yang lain yang aku sebutkan tahun lalu. 

Alahmdulillah. Semuga kehidupan aku dan famili sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt.
Ameen ya Rabb