Thursday, January 30, 2014

Mati itu pasti..

Akhir-akhir ini aku asyik teringat kematian sahaja..Minggu lepas anak jiran aku yang belum berkawin berumur 30 tahun meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya.Dan semalam anak perempuan aku bagi tahu yang kawan sekolejnya baru meninggal dunia berumur 27 tahun...inna lillah waiina ilaihiro jiun...Sejak kebelakangan ini aku selalu menghabiskan masa lapang aku dengan membaca kisah-kisah orang meninggal dunia. Ini semua ketentuan Illahi....tak kira tua atau muda...kita pasti akan kembali menghadap Allah yang Esa...Aku berdoa dan berharap agar Allah swt menjemputku  semasa aku sedang mengingatiNya dan sedang sujud kepadaNya..ameen...

Saturday, January 25, 2014

sayangi ibubapa kita..




Friday, January 24, 2014

Petua hilangkan jerawat.....

Petua menghilangkan jerawat hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur anda.

1. Tomato
Sudah diketahui sememangnya tomato mempunyai banyak khasiat. Cara menghilangkan jerawat dengan tomato ialah dengan menghiris tomato tersebut dan sapukan pada kawasan berjerawat, biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian cuci dengan air suam. Untuk mendapatkan hasilnya dengan cepat, amalkan cara ini setiap hari selama sebulan.

2. Bawang Putih
Ada 2 cara menggunakan bawang putih untuk menghilangkan jerawat,
Cara 1 : Tumbuk bawang putih hingga hancur dan sapukan ke bahagian muka yang ada jerawat.
Cara 2 : Amalkan memakan seulas atau lebih bawang putih setiap hari.

3. Limau nipis
Perah limau nipis untuk diambil jusnya. Campurkan juslimau nipis bersama dengan air mawar. Campuran ini disapukan ke bahagian muka yang berjerawat. Biarkan selma15-20 minit. Kemudian basuh mukqa dengan air suam. Amalkan petua menghilangkan jerawat ini setiap hari selama 30 hari.

4. Putih telur
Ambil putih telur. Pukul hingga berbuaih. Sapukan putih telur keseluruh bahagian muka. Biarkan selama 20 hingga 30 minit. Muka akan terasa terik dan tegang. Kemudian cuci dengan air suam. amalkan 2-3 kali seminggu.

Monday, January 20, 2014

KISAH RASULULLAH NIKAHKAN SAYIDINA ALI R.A. DENGAN SITI FATIMAH AZ ZAHRA R.A.

RASULULLAH NIKAHKAN ALI DENGAN FATIMAH

Siti Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan kecantikannya ketika Islam dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dan pesat di Madinah dan sekitarnya. Ketika itu Siti Fatimah Az Zahra r.a benar-benar telah menjadi anak gadis remaja. Keelokan parasnya banyak menarik perhatian. Tidak sedikit pemuda terhormat yang menaruh harapan ingin mempersuntingkan puteri Rasulullah SAW itu. Beberapa orang terkemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berusaha melamarnya. Menangani lamaran itu, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa baginda sedang menanti datangnya petunjuk dari Allah SWT mengenai puterinya itu.

Pada suatu hari Abu Bakar As Siddiq r.a, Umar Ibnul Khattab r.a dan Saad bin Muaz bersama- sama Rasulullah SAW duduk dalam masjid baginda. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah SAW. Ketika itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As Siddiq r.a, “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Talib?”

Abu Bakar As Siddiq r.a menyatakan kesediaannya. Ia berangkat untuk menghubungi Sayidina Ali r.a. Sewaktu Sayidina Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As Siddiq r.a dengan tergopoh-gapah, ia menyambutnya dengan terperanjat kemudian bertanya, “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk rehat sejenak, Abu Bakar As Siddiq r.a segera memperjelaskan persoalannya, “Wahai Ali, engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai lebih keutamaan dibandingkan dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian juga engkau adalah kerabat Rasulullah SAW. Beberapa orang Sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk dapat mempersuntingkan puteri baginda. Lamaran itu semuanya baginda tolak. Baginda menyatakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi, wahai Ali, apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri baginda itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a itu, mata Sayidina Ali r.a berlinang-linang. Menanggapi kata-kata itu, Sayidina Ali r.a berkata, “Wahai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang sebelumnya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a terharu mendengar jawapan Sayidina Ali r.a yang menyentuh perasaan itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Sayidina Ali r.a, Abu Bakar berkata, “Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu-debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seterusnya, Abu Bakar r.a berjaya mendorong keberanian Sayidina Ali r.a untuk melamar puteri Rasulullah SAW. Beberapa waktu kemudian, Sayidina Ali r.a datang menghadap Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasulullah menjawab, “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya, dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad SAW itu belum dapat memuaskan hati Ummu Salamah r.a. Ia bertanya lagi, “Ya, tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku, orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad SAW.

Tercantum dalam banyak riwayat, bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Sayidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad SAW itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu, sampai kakiku terhantuk-hantuk. Setelah pintu kubuka, ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Talib. Aku lalu kembali ke tempatku semula. Dia masuk, kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah SAW. Ia dipersilakan duduk di depan baginda. Ali bin Abi Talib menundukkan kepala, seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasulullah mendahului berkata, “Wahai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan kauperolehi dariku!”

Mendengar kata-kata Rasulullah SAW itu, lahir keberanian Ali bin Abi Talib untuk berkata, “Maafkanlah aku, ya Rasulullah. Engkau tentu ingat bahawa engkau telah mengambil aku dari bapa saudara engkau, Abu Talib dan ibu saudara engkau, Fatimah binti Asad, ketika aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku melalui engkau juga. Dan engkau, ya Rasulullah, adalah tempat aku bernaung dan engkau jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan Akhirat. Setelah Allah membesarkan aku dan sekarang menjadi dewasa, aku ingin berumah tangga, hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri engkau, Fatimah. Ya Rasulullah, apakah engkau berkenan menyetujui untuk menikahkan diriku dengannya?”

Ummu Salamah membuka kisahnya: “Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, “Wahai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu,” kata Rasulullah menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib, “Engkau tetap memerlukannya untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Wahai Ali, engkau wajib bergembira, sebab Allah Azza wa Jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.a.

Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dengan disaksikan oleh para Sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas mas kahwin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasulullah, itu kuterima dengan baik,” jawab Ali bin Abi Talib dalam pernikahan itu. Demikianlah berlakunya pernikahan antara dua orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW yakni puterinya, Siti Fatimah dan Sahabat yang jua merupakan sepupu baginda yakni Sayidina Ali. Rasulullah SAW mendoakan keberkahan atas perkahwinan itu.

Sejarah menyaksikan bahawa Fatimah puteri Rasulullah adalah seorang wanita mulia yang menempuh berbagai ujian yang memerlukan pengorbanan yang cukup besar dalam hidupnya. Walaupun beliau adalah puteri Rasulullah, namun hidupnya bukannya disaluti kemewahan dan kesenangan, tetapi kemiskinan dan kesusahan. Apabila berkahwin dengan Sayidina Ali, kehidupannya tetap susah. Walaupun Rasulullah pemilik kepada seluruh kekayaan di muka bumi tetapi baginda tidak pernah mendidik anaknya dengan kemewahan. Sewaktu menjadi isteri Sayidina Ali, Siti Fatimah menguruskan sendiri keperluan rumah tangganya. Sayidina Ali sering tiada kerana keluar bersama Rasulullah SAW.

Setiap hari, Siti Fatimah mengangkut air dari sebuah perigi yang jauhnya dua batu dari rumahnya. Beliau mengisar tepung untuk keperluan makanan keluarganya. Dalam serba susah dan miskin, beliau tetap ingin bersedekah walaupun hanya dengan sebelah biji kurma. Siti Fatimah tidak pernah mengeluh atau menyalahkan suaminya terhadap kesusahan yang terpaksa dihadapinya. Bahkan dikatakan bahawa seluruh kesusahan wanita di dunia ini telah ditanggungi oleh beliau sehingga beliau tidak perlu dipoligamikan. Wanita mulia ini sangat pemalu dan sangat menjaga maruah dirinya.

Sewaktu Rasulullah SAW hampir wafat, dia menemani ayahanda kesayangannya itu. Ketika itu Rasulullah SAW telah berbisik ke telinga kanannya. Rasulullah memberitahu Siti Fatimah bahawa sudah sampai masanya untuk baginda mengadap Tuhan. Siti Fatimah sungguh sedih kerana akan berpisah dengan ayah yang sangat dikasihinya. Kemudian baginda berbisik ke telinga kirinya pula. Siti Fatimah tersenyum gembira. Rupa-rupanya Rasulullah SAW menyatakan bahawa Siti Fatimah adalah orang yang pertama yang akan menyusuli baginda. Siti Fatimah meninggal di usia 28 tahun, lebih kurang lima bulan selepas wafatnya Rasulullah SAW.

Sunday, January 12, 2014

Ringkasan Kisah Nabi Muhammad SAW Sejak Lahir Hingga Jadi Nabi Post

Alhamdulillah, solawat dan salam buat junjungan mulia Nabi MuhammadsallAllahu ‘alaihi wasallam yang dengan nikmat utusan ALLAH melalui Baginda, dapat kita nikmati nikmat Iman dan Islam pada hari ini.

Berikut adalah ringkasan kehidupan Nabi SAW sejak lahir hingga menjadi Nabi yang dirujuk dari kitab al-Rahiq al-Makhtum, tulisan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri.

Ar-Rahiq Al-Makhtum: Kitab terbaik untuk tahu sirah Nabi Muhammad SAW yang terperinci lagi dipercayai maklumatnya! - Boleh dapatkan di sini.


Abdullah dan Aminah
‘Abd al-Muttalib telah memilih Aminah binti Wahb bin ‘Abd manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, ‘Abdullah.

Aminah dianggap wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan dan kedudukan. Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah.

‘Abd al-Muttalib telah mengutus ‘Abdullah ke Yathrib untuk mengambil bekalan dagangan untuk didagangkan di Syam.

‘Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dan dikebumikan di Dar al-Nabighah al-Ja’di. Ketika itu, ‘Abdullah berusia 25 tahun.

Kelahiran Bayi Mulia, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam
Dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim.

Dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabi’ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi.

Peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan:
14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur

Api sembahan orang Majusi terpadam

Gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh

Apabila Abd al-Muttalib mendapat tahu berita kelahiran cucunya itu, dia terus ke Ka’bah lalu berdo’a dan bersyukur. Lantas diberi namaMUHAMMAD, nama yang cukup asing bagi masyarakat Arab ketika itu.

Orang yang pertama menyusukan Nabi, selepas ibunya ialah Thuwaybah, iaitu seorang hamba kepada Abu Lahab.

Hidup Dalam Keluarga Bani Sa’ad (sehingga umur 4-5 tahun)
Menurut adat masyarakat Arab setempat, bayi yang baru lahir akan disusukan oleh perempuan yang berada di luar dari masyarakat setempat, supaya bebas dari dijangkiti penyakit masyarakat setempat, menguatkan fizikal kanak-kanak, mengukuhkan urat saraf serta memahirkan anak terebut dengan bahasa Arab jati sejak kecil lagi.

‘Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi bernama Muhammad untuk dipelihara oleh Bani Sa’ad dan disusukan oleh Halimah al-Sa’diyyah.

Selepas 4 atau 5 tahun kelahiran, telah berlaku peristiwa pembelahan dada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam oleh Jibril.

Ke Pangkuan Ibu Yang Pengasih (sehingga umur 6 tahun)
Selepas peristiwa pembelahan dada itu, Halimah risau akan keselamatan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, lalu memulangkan Baginda kepada ibunya, Aminah.

Aminah dan anak yatimnya itu telah membuat keputusan untuk menziarahi kubur suaminya di Yathrib, dengan ditemani oleh Abd al-Muttalib dan Ummu Ayman (pembantu wanita).

Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebulan.

Dalam perjalanan pulan ke Makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu kawasan di antara Makkah dan Yathrib (Madinah).

Anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam itu terpaksa menjadi anak yatim piatu pada umur 6 tahun.

Ke Pangkuan Datuk Yang Penyayang (sehingga 8 tahun)
Abd al-Muttalib sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Peristiwa lama iaitu kematian anaknya Abdullah kembali datang menerjah ke dalam memorinya.

Beliau membawa pulang anak kecil itu ke Makkah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Apabila umur Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam mencecah 8 tahun, 2 bulan dan 10 hari, datuknya Abd al-Muttalib pula meninggal dunia di Makkah.

Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar Muhammad sallAllahu ‘alaihi wassalam dijaga oleh Abu Talib, bapa saudaranya iaitu saudara kandung bapanya.

Ke Pangkuan Bapa Saudara (sehingga 40 tahun)
Abu Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dengan sesempurna mungkin.

Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan penjagaan dari Abu Talib sehingga akhir hayat Abu Talib.

Antara peristiwa penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Talib ialah:
Hujan turun dengan berkat peribadi anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Yang mana ketika itu Makkah dilanda kemarau.

Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau lebih dikenali sebagai Bahira. Seetlah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Talib, “Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh ALLAH sebagai rahmat untuk sekalian alam.” Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa ke Syam, kerana ditakuti akan dilakukan sesuatu yang buruk kepadanya. Lalu Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dibawa pulang ke Makkah semula.

Pada umur 15 tahun, Baginda telah ikut membantu dalam peperangan yang dipanggil Peperangan Fijar. Peperangan tersebut adalah di antara orang Quraisy dan sekutu2 mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin ‘Aylan.

Pada zaman remaja, Baginda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Banyak riwayat mengatakan Baginda mengembala kambing. Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah dikenali sebagai seorang yang amanah. Atas sifat amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah memilih Baginda untuk membawa dagangannya ke Syam. Baginda dibantu oleh hamba Khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam.

Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan Baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut. Malah yang lebih penting ialah perwatakan Baginda yang berakhlaq mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat amanah. Maklumat ini diperolehi dari Maysarah. Khadijah yang sebelum ini selalu gagal dilamar oleh para pembesar Quraisy, telah tertarik dengan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Khadijah ketika itu berumur 40 telah menyatakan hasrat untuk mengahwini Baginda, dan Baginda setuju. Lamaran telah dibuat oleh bapa-bapa saudara Baginda.

Pada usia 35 tahun, Baginda membawa peranan yang besar dalam pembinaan semula Ka’bah dan Isu Tahkim.


Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam mula menerima pelbagai tentangan dan halangan yang besar. DPada usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari ALLAH. Pada saat inilah, kehidupan an Abu Talib telah banyak bertindak melindungi Baginda sehinggalah Abu Talib meninggal dunia…

WAllahu Ta’ala A’lam.

Saya sarankan tuan/puan untuk mendapatkan kitab al-Rahiq al-Makhtum karangan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri untuk bacaan lanjut dan lebih terperinci. Mudah2an rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, insan yang telah banyak berjasa kepada kita akan semakin subur dan diikuti dengan semangat untuk menyambung perjuangan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam dan mengamalkan segala sunnah2nya.

- www.muzir.wordpress.com


*Sumber: Ringkasan Kisah Muhammad SAW Sejak Kelahiran Hingga Dilantik Nabi


*Boleh sambung bacaan di sini:
Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 1
Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 2
Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 3
Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 4
Hijrah Nabi SAW Dari Makkah ke Madinah

Friday, January 10, 2014

CINTA & IKUT Rasulullah SAW



"Apabila tiba bulan Rabi`ul-Awwal, di mana-mana pun masyarakat Muslim di seluruh dunia menyambut Maulidur-Rasul. Maulidur-Rasul disambut bagi memperingati tarikh kelahiran insan mulia, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan para `ulama’ berkenaan tarikh sebenar kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, namun rata-rata masyarakat kita telah menerima bahawa 12 Rabi`ul-Awwal merupakan tarikh lahirnya Baginda ke dunia ini. Kelahiran Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam membawa bersamanya rahmat ke seluruh alam. Alhamdulillah.

Di dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa tarikh kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam adalah pada hari Isnin, 9 Rabi`ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah. Ia juga bersamaan 20 atau 22 April 571 (M). Manakala tarikh kewafatan Baginda ialah pada tanggal 12 Rabi`ul Awwal, hari Isnin, tahun ke 11 Hijrah.

Sambutan Maulidur Rasul?

Sebahagian `ulama’ ada yang mengatakan bahawa menyambut ulangtahun maulidur-Rasul hukumnya sebagai harus. Ada yang kata sunat. Dan malah ada juga yang mengatakan ia sebagai bid`ah.

Saya secara peribadi lebih cenderung untuk tidak meraikannya kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam tidak pernah menyuruh kita menyambutnya. Malah para Sahabat Baginda radhiAllahu `anhum ajma`in juga tidak meraikan sambutan tersebut, sedangkan merekalah insan-insan yang tersangat cinta dan malah sanggup berkorban nyawa dan harta untuk perjuangan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.

Apatah lagi dengan mengadakan perarakan dan majlis besar-besaran yang diisi dengan nyanyian ala-konsert dengan tujuan untuk meraikan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Tentu sahaja ia amat jauh dari cara dan kehendak Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam serta sahabat-sahabatnya radhiAllahu `anhum ajma`in. Sewajarnya perbuatan ini tidak diteruskan.

Namun, jika masyarakat sekitar meraikannya dengan mengadakan ceramah, kuliah atau majlis ilmu, maka saya juga akan turut hadir untuk mendapat peluang mengingatkan kembali sejarah kehidupan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. Memang pada waktu inilah, kebanyakan masjid dan surau akan mengadakan kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah bagi mengajak ummat Islam mengenang kembali perjuangan dakwah Nabi dan mengambil pengajaran daripadanya. Selagi tidak berlebih-lebihan dan membazir, in shaa’ ALLAH ia dikira program yang ma`ruf. Mudah-mudahan ada manfaat darinya, in shaa’ ALLAH.

Yang Lebih Utama

Perkara yang lebih utama dari menyambut hari kelahiran Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam ialah menerapkan rasa cinta dan ikut sunnah Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam. Perkara inilah yang lebih penting. Bahkan, syara` telah menetapkan bahawa mencintai Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan mengikutinya adalah sebahagian daripada kewajipan seorang muslim.

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintaiku lebih daripada ibubapa, anaknya dan seluruh ummat manusia.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah dipilih ALLAH Subhanahu wa Ta`ala sebagai Pesuruh dan KekasihNYA. Kita sebagai muslim wajib mencintai insan yang paling dicintai dan diredhai ALLAH. Inilah peringkat cinta yang tertinggi di kalangan makhluq.

Betapa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah banyak berkorban dan menghadapi pelbagai dugaan dalam berjuang untuk menyampaikan nikmat ISLAM dan IMAN yang kita perolehi saat ini.

Baginda pernah dipukul, disakiti, dicela, dimaki, diejek, dilukakan dan dipulaukan oleh orang yang hampir dengannya iaitu kaum sendiri. Malah diugut bunuh dan dijalankan operasi bunuh ke atas Baginda pun ada. Namun, Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam tetap tidak berganjak dari misi menyampaikan wahyu kepada ummatnya. Ia amanah dari ALLAH `Azza wa Jalla.

Sanggupkah kita melalui perkara yang sama seperti Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam?

Banyak benar telah Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam lakukan untuk kita. Oh, Rasulullah… kami cinta padamu!!!

Bagaimana cara kita meluahkan rasa cinta kita kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam?

Cukupkah hanya dengan meluahkan perkataan cinta?

Bagaimanakah cara yang tepat dan berhasil?

Pertama: Kenali Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam

Kisah-kisah mengenai Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam yang telah kita dengar dan pelajari sejak di bangku sekolah sepatutnya telah menjadikan kita mengenali peribadi Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam.

Daripada kisah-kisah tersebut, banyak yang telah kita ketahui betapa pengorbanan dan perjuangan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam untuk menyampaikan seruan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala sangat berat dan besar jasanya kepada kita semua.

Dengan mengenali Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, pasti akan terbit rasa cinta. Orang kata, “Tak kenal, maka tak cinta”. Jadi, untuk menerbitkan rasa cinta, kita perlu menyelidiki sifat peribadi dan sejarah kehidupan Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam. In shaa’ ALLAH, melalui buku-buku, ceramah, kuliah dan lain-lain sumber yang banyak boleh didapati akan mengenalkan kita kepada insan yang mulia ini. Dalam ceramah-ceramah sempena Maulidur-Rasul juga dapat kita ambil manfaat untuk refresh apa yang kita lupa dan mengambil ilmu dari para penceramah yang `alim, in shaa’ ALLAH.



Buku berjudul Ar-Rahiq Al-Makhtum mengenai sirah Nabi adalah buku yang mesti dimiliki!
[KLIK MAKLUMAT BUKU]



Kedua: Perbanyakkan Solawat Ke Atas Rasulullah

Ummat ISLAM disuruh untuk bersolawat ke atas Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam.

ALLAH berfirman yang maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-malaikatNYA bersolawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersolawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

(Surah al-Ahzab, 33:56)

Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang bersolawat ke atasku sekali, nescaya ALLAH akan bersolawat ke atasnya 10 kali solawat”

(HR Muslim)

Sentiasalah bersolawat ke atas Nabi sallAllahu ‘alaihi wa sallam. Tatkala lapang atau sibuk, getarkanlah lidah kita dengan bersolawat ke atas Baginda. Solawat iaitu do’a kesejahteraan kepada Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah cara yang paling sesuai untuk kita menerapkan dan menyuburkan rasa cinta kepada Nabi sallAllahu ‘alaihi wa sallam.

Lafaz solawat Ibrahimiyyah iaitu lafaz solawat yang dibaca tatkala tasyahud dalam solat sangat disarankan kita semua membacanya kerana ia telah diajarkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan dikatakan ia adalah ungkapan solawat yang disukai Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.



Solawat Ibrahimiyyah


Ketiga: Ikut dan Hidupkan Sunnah Nabi

Ungkapan cinta tidak memadai untuk kita menunjukkan rasa cinta kepada Baginda. Malah cinta sahaja tidak mencukupi. Kita mesti menerapkan al-hubbu wa ittiba’ iaitu cinta dan ikut sunnah Nabi. Sebagai seorang muslim sejati, mencintai Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mesti disertai dengan ikut sunnah yang Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Jika kita sekadar cinta tetapi tidak ikut, seakan samalah kita seperti Abu Talib yang mencintai Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Abu Talib adalah bapa saudara Nabi yang banyak berjasa kepada Baginda. Tetapi sayang sekali, seruan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam tidak mahu diterimanya. Sikap seperti ini ramai dimiliki oleh ahli masyarakat. Mereka mempunyai rasa cinta kepada Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Malah mereka akan berasa marah dan berang apabila ada pihak mengutuk, mengejek, mengkeji dan memperlekehkan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Itu bagus. Tetapi yang sedihnya, dalam masa yang sama mereka tidak pula menurut perintah-perintah ALLAH melalui seruan Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam. Cinta sebegini tidak diterima sebagai cintakan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.

Jika sekadar ikut dan tidak cinta pula, samalah kita dengan para munafiqin yang berlegar-legar di sekeliling Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Mereka ikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Malah melakukan beberapa sunnah. Tetapi di dalam hati mereka tidak ada rasa cinta pun terhadap Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Bahkan pula mempunyai niat buruk terhadap Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam. Perbuatan seperti ini juga tertolak. Bahkan celaka.

Seorang muslim mesti mempunyai kedua-duanya. Iaitu cinta dan ikut sunnah (al-hubbu wa ittiba’ as-sunnah).

Hendaklah kita cuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala sunnah Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam samada dari segi perkataan mahupun amalan. Apa yang disuruh Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam hendaklah kita sungguh-sungguh cuba melaksanakannya.

Pada susuk tubuh dan akhlaq Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam terdapat banyak tauladan dan kebaikan yang boleh kita ambil. Firman ALLAH yang maksudnya:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) Hari Qiamat dan dia banyak menyebut dan ingat ALLAH.”

(Surah al-Ahzab, 33:21)

Hendaklah kita pegang sungguh-sungguh akan sunnah Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam dan menjadikan ia sebagai pedoman dalam menghadapi cabaran kehidupan. In shaa’ ALLAH, dengan mengikuti sunnah Nabi kita akan selamat. Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya aku telah tinggalkan di antara kalian sesuatu yang jika kalian berpegang teguh dengannya, maka kalian tidak akan tersesat selamanya; iaitu kitabullah dan sunnah NabiNYA.”

(Disahihkan oleh Al-Hakim)

“Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku.”

(Muttafaqun `alaih)

“Aku berwasiat kepadamu agar bertakwa kepada ALLAH ‘Azza wa Jalla, agar mendengar, taat dan patuh meskipun pemimpinmu seorang budak. Barangsiapa hidup panjang umur dari kamu maka dia akan melihat banyak persengketaan. Berpeganglah kepada sunnahku dan sunnah-sunnah khulafaur rasyidin yang mendapat petunjuk dan hidayah (sesudahku). Gigitlah kuat-kuat dengan gigi gerahammu. Waspadalah terhadap ciptaan persoalan-persoalan baru. Sesungguhnya tiap bid`ah adalah kesesatan.”

(HR Tirmidzi)

Segala pesanan dan perintah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam wajib untuk kita taat dan amalkan. Perintah, pesanan dan nasihat Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam boleh kita ikuti melalui pembacaan buku-buku hadith yang banyak di pasaran. Cara Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam bercakap, berjalan, makan, minum, bergurau, gelak, berpakaian, berniaga, berjiran, bermasyarakat, berumahtangga, bernegara dan sebagainya wajar diambil untuk diamalkan di dalam kehidupan kita.

Nescaya, hidup kita akan sejahtera, berkat dan lebih bermakna sekiranya sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam diamalkan dalam kehidupan seharian.

Mudah-mudahan Maulidur-Rasul yang ramai di kalangan kita raikan ini dapat membuka minda dan mencetus keazaman untuk mencintai dan mengikuti sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan ummat Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam yang beruntung dan diberi syafaat pada Hari Akhirat kelak, amin.

ALLAHU A`LAM

muzir.wordpress.com



Buku yang elok dimiliki untuk memuhasabah diri akan sunnah-sunnah Nabi.
[KLIK MAKLUMAT BUKU]

"

Friday, January 3, 2014

Everyone is Welcome! Unlimited Job Positions! Anyone can Join! No Experience required! Instant Account Setup and Money Making!

Bila Barang Naik kita kena cari alternatif wang tambahan….Di sini saya kongsi link yg boleh membantu…….Assalammualaikum semua..saya ada nak perkenalkan satu program dari US. .yang boleh membuat pendapatan sampingan. .Free register, tiada apa2 bayaran di kenakan. .tiada tipu muslihat ( Kalau tipu pun bukankita rugi apa2 pun). .Tak perlu cari orang. .Tak perlu jual barang, dan Kerja sikit2 je. . Syarat kelayakan: Anda ada facebook dan tau computer sikit2. Anda hanya perlu open link di bawah dan register sebagai member. Lepas register terus dapat upah USD25, bersamaan RM80.00 lah lebih kurang .Dah tu,anda akan dapat link anda sendiri..pastu apa lagi? Copy link anda, atau copy terus semua ayat saya ni, and enterhttp://www.theweeklypay.com/index.php?share=228117