Tuesday, July 26, 2016

Pre and Post Raya 2016

Image result for selamat hari raya 2016 imagesPre Raya 2016

Tak balik kampung lagi tahun ni kerna tiada tempat untuk menumpang dan aku juga rasa lebih elok beraya di sini bersama suamiku yang bukan orang tempatan. Persiapan raya cuma ala kadar saja namun aku rasa gembira .Alhamdulillah

Sebelum raya, aku ikut anak dan menantu balik ke kampung di Pahang. Dapat berbuka bersama keluarga menantuku. Alhamdulillah.


Post Raya 2016

Selepas 2 minggu di bulan Syawal, aku ikut anak dan menantu sekali lagi balik ke Pahang bercuti raya. Kali ini lebih panjang, 4 hari. Aku rasa bersyukur ke hadrat Illahi kerna bagi aku peluang untuk beraya di tempat orang dan aku betul-betul rehat fizikal. Makan tidur jer di sini. Masakan yang disajikan setiap hari dimasak oleh besanku. Terima kasih kerana sudi meraikan aku di sini. Alhamdulillah.

Namun hampir di penghujung Syawal, aku  rasa tidak gembira dek kerna suamiku tidak mahu menemaniku di saat aku amat memerlukan kehadirannya disisiku. Aku sudah pun memberikan alasan yang kukuh kenapa aku memerlukannya ketika itu.Dia tahu. Dia faham namun pada hakikatnya dia tidak faham perasaanku. Aku tahu dia baru nak mulakan tugasan baru namun sebagai isteri yang selalu ditinggalkan aku rasa , suamiku selayaknya pulang ke pangkuanku. Bukannya aku mendesak namun teks jawapan yang dilontarkan membuatkan aku sedikit kecewa. Tiba-tiba hatiku jadi sedih dan hiba. Dengan hati yang terguris aku katakan kepadanya  tak perlu susah-susah balik sini atau sebaiknya tak balik langsung. Jangan teks atau call . Aku tak akan layan.Itulah teks yang aku hantarkan kepadanya tempuh hari.

Sudah 3 hari berlalu, dia berdiam diri.Aku juga begitu namun aku masih berharap dia akan memujukku kembali walaupun di hati kecil ku berkata...ini mungkin tidak akan terjadi..

Aku hanya berserah pada Allah swt untuk menentukan segala-galanya. Hidup mati ajal maut rezeki sume di tangan Allah.Aku hanya mengharapkan rahmatMu dan kasihsayangMu dan keredhaanMu ya Allah.Semuga aku dapat menempuh segala ujianMu dengan sabar dan tabah. Ameen.

Aku masih mampu bertahan hingga ke saat ini. Alhamdulillah.

Terima kasih Ya Allah.






No comments:

Post a Comment