Lupakan saja apa yang berlaku minggu lepas atau buat tak kisah. Perasaanku sekarang ada kalanya sedih ada kalanya suka. Sedih kerana dia tidak mahu menghubungi aku sejak 7 hari yang lampau, suka kerana kini aku tahu sikapnya terhadap diriku. Mungkin dahulunya aku hanya menduga tapi kini sudah terserlah peribadinya dan akhlaknya. Kadang kala terasa juga diriku ini hanya diperalatkan tetapi aku yakin dengan apa yang berlaku pada diriku adalah yang terbaik untuk diriku yang telah pun direncanakan oleh Allah swt.
Aku akan mula menghitung hari.Sampai bila agaknya dia akan berdiam diri. Seharusnya aku pun berdiam diri. Ini bukan permainan kalah atau atau menang. Ini adalah pertarungnan hidup antara aku dengan dia.
Ada kalanya aku terfikir juga kenapa dia sanggup buat begini pada aku. Aku tahu dia ada perempuan lain yang jauh lebih muda dan cantik nun jauh di sana.Mungkin kerana itu, dia buat tak kisah dan juga terlupa tanggungjawabnya sebagai seorang ketua rumahtangga.Mungkin juga aku tidak dikurniakan cahayamata bersamanya kerana Allah lebih mengetahui segalanya.Aku pasrah. Aku lebih suka menghabiskan masa terluangku dengan famili. Hidupku rasa lebih bermakna.

No comments:
Post a Comment