Tuesday, April 2, 2013
Assalamualaikum siti saya ucapkan ribuan terima kaseh kerana memberikan penjelasan panjang lebar kepada saya berkaitan dengan perbicaraan mahkamah. Insyaallah saya akan gunakan tip2 yang siti berikan pada saya...
2013/3/31 Siti Soleha <yangbo_are@yahoo.com>
waalaikumsalam saudari karsya rim....Saya gembira dapat tahu saudari dapat bernikah di Thailand dengan selamat. tahniah saya ucapkan! Ok..sekarang kita citer fasal daftar nikah pulak...Di pejabat JAIS nanti, pegawai akan bagi borang 3 salinan untuk diisikan...termasuk buat ujian HIV di klinik kerajaan.Selepas sume dokumen lengkap, serahkan semula ke pejabat JAIS . Tarikh temuduga akan diberikan. Temuduga tu sume berkaitan pernikahan dan soalan peribadi kedua2 pihak.Jawab saja apa yang ditanya dengan ikhlas. Lepas temuduga, kes saudari akan dihantar ke bahagian pendakwaan.Tunggu saja sehingga dipanggil untuk ke mahkamah.Bagi kes saya, saya menunggu 2 bulan lebih.Bila dah tau tarikh perbicaraan, saudari sediakanlah wang rm2000 untuk bayaran denda dan bawa dokumen asal.Kes di mahkamah shah alam dilakukan pada hari Rabu setiap minggu. macam2 kes nanti saudari dapat dengar.Bila nama dipanggil, pendakwaraya akan bacakan kesalahan yang dilakukan ..berkahwin tanpa kebenaran di luar negara..bla...bla...Hakim akan tanya banyak soalan..jangan malu , jawab saja apa yang disoal...Hakim tak minta gambar mau pun rakaman video. Soalan yang ditanya mengikut kes masing2. Bagi kes saya, saya berkahwin di Thailand kerana adik lelaki saya tak mau mewalikan saya. lebih kurang macam kes saudari jugak lah...Hakim akan berleter panjang...buat pekak jer....mengaku jer kesalahan saudari dan bila hakim bagi peluang buat rayuan, saudari mintaklah dendan dikurangkan dan tidak dikenakan hukuman penjara.bagi alasan yand difikirkan sesuai dengan kes saudari...walaupun ramai orang dalam dewan, saudari buat tak kisah jer, sebab sume orang pun ada kes masing2..pastu, hakim akan baca hukuman..hukuman dijatuhkan mengikut pertimbangan dan budi bicara hakim ...so, hukuman sume kes tak sama...Jangan lupa minta doa byk2 pada Allah swt supaya memudahkan urusan saudari...Dah selesai kes, saudari akan disuruh membayar denda di kaunter bayaran...Dah dapat resit denda, saudari pergi ke pejabat Jais semula dan serahkan resit denda tersebut. kemudian, saudari akan disuruh pergi ke pejabat bersebelahan untuk buat bayaran rm20 untuk keluarkan sijil nikah...sijil nikah tu siap dalam masa 14 hari...Insha Allah, sijil nikah saya akan siap minggu depan...so, all the best to you..kalau saudari ada apa2 soalan, saya sedia membantu, insha allah...Sent: Friday, 29 March 2013, 21:41
Subject: Re: Assalamualikum sitisoleha,nk tanya sikit,boleh ke kita nikah di MAIS Songkla tanpa mengunakan egen nikah? kalau boleh,mcmana cranya?tlg trgkn pd sya..tntg byran pula mcmaassalamualaikum siti..tahniah kerana kes sudah selesai...untuk pengetahuan siti setelah sedikit sebanyak panduan yang siti berikan pada sy soal nikah di songkhla tempoh hari alhamdulillah....sy pn pergi ke songkhla dan nikah di sana dan mendaftarkan nikah di pejabat konsul malaysia.(kes sy family tidak menerima bakal suami makna nya sy menggunakan wali hakim) Soalan sy pada siti,apakah kes siti menyamai kes sy? Apakah soalan hakim yang di tujukan pada siti? Adakah hakim meminta gambar atau video semasa pernikahan itu sebagai bukti? Harap siti dapat memberi penerangan dan tip pada sy yang akan menghadapi mahkamah selepas ini....Insyaallah 10/4/2013 ini sy akan mendaftarkan di JAIS. Kerjasama siti sy ucapkan terima kasih.2013/3/9 Siti Soleha <yangbo_are@yahoo.com>waalaikumsalam...setelah balik kt malaysia cepat2lah daftar di JAIS kalau saudari berada di Selangor.Pejabat berhampiran Masjid Besar Shah Alam. Di sana nanti, saudari perlu isikan borang ( 3 copies).Saudari perlu juga menjalani ujian HIV di Klinik kerajaan. Selepas semua dokumen lengkap, mereka akan panggil temuduga. Bagi kes saya , temuduga dijalankan selepas 3 minggu tarikh penyerahan dokumen.Selepas ditemuduga,kes akan diserahkan pula ke bahagian pendakwaan. Ini memakan masa sebulan. Saya belum lagi dipanggil oleh pihak pendakwaan, mungkin minggu depan insha allah kes saya akan didaftar dimahkamah.Jadi soalan saudari yang bertanyakan denda yang dikenakan samada pada seorag atau kedua2nya belum saya tahu lagi jawapannnya kerana saya sendiri belum dipanggil oleh pihak mahkamah.Insha allah, saya akan update blog saya kalau kes saya ini selesai. Apa pun kita harus bersabar kerana kes ni memang amik masa yang panjang mungkin melebihi 5 bulan baru benar2 selesai.Allahu alamTo: Siti Soleha <yangbo_are@yahoo.com>
From: karsya rim <karsyarim@gmail.com>
Sent: Saturday, 9 March 2013, 20:00
Subject: Re: Assalamualikum sitisoleha,nk tanya sikit,boleh ke kita nikah di MAIS Songkla tanpa mengunakan egen nikah? kalau boleh,mcmana cranya?tlg trgkn pd sya..tntg byran pula mcmasalam....1 lg nk tanya siti..tntg denda bila kte mendaftar di malaysia?berapa denda dikenakan?adakah denda untuk seorng shaja @kedua2 ye sekali??bantuan siti amat diperlukan..trima kasih2013/3/9 Siti Soleha <yangbo_are@yahoo.com>Waalaikumsalam kepada saudari yang bertanya,Memang boleh bernikah di MAIS Songkhla tanpa ajen nikah sebab saya sendiri telah berbuat demikian. Dokumen yg perlu saudari sediakan ialah IC sahaja dan wang sebanyak BHT450. Saudari boleh menaiki KTM ke Hatyai atau pandu sendiri kalau tahu jalannya.Berhampiran setesyen keretapi banyak hotel . Tak payah naik Tuk2 atau teksi. Lepas check in kat hotel, saudari boleh bertanya receptionist di mana nak amik tuk2 untuk ke Masjid Songkhla.Insha allah, mereka akan bagi tau saudari.Semuanya berdekatan saja.Dari sana nanti saudari naik tuk2 sorang BHT20 untuk ke Masjid Songhkla. Pejabat kadi di Tingkat Satu dalam masjid tu juga, jadi tak susah nak cari. lagi pun nanti saudari akan nampak ada orang yang ke sana .kerani akan bagi borang untuk diisikan. Pastu buat bayaran dan tunggu hingga kadi panggil. Tu saja. tak perlu sapa2 pun sebab pejabat MAIS dah sediakan 2 orang saksi dan kadi tu akan jadi wali untuk saudari. Proses lebih kurang 15 minit. Pastu tunggu hingga dokumen siap. Kalau saudari tak ada keta tak kisah sebab kat luar jalan sana nanti ada van yang akan lalu untuk ke Malay Konsul( Kedutaan malaysia). tahan saja van warna putih.bayaran BHt30 sorang.Pemandu van akan hantar saudari hingga ke kedutaan malaysia,perjalanan lebih kurang 30 minit.pergi kat kaunter kata nak buat pengesahan pernikahan nanti pegawai akan bagi borang .Dokumen yang telah disahkan oleh kedutaan insha allah siap besuk hari. jadi, saudari harus ke sana lagi buat kali kedua. Dah dapat dokumen, boleh gunakan untuk daftar nikah di negeri saudari.Saudari boleh juga baca pengalaman saya bernikah di Siam melalui blog saya http://sitisoleha-ummukhadijah.blogspot.com/
From: karsya rim <karsyarim@gmail.com>
To: yangbo_are@yahoo.com
Sent: Tuesday, 5 March 2013, 22:27
Subject: Assalamualikum sitisoleha,nk tanya sikit,boleh ke kita nikah di MAIS Songkla tanpa mengunakan egen nikah? kalau boleh,mcmana cranya?tlg trgkn pd sya..tntg byran pula mcmana? harap siti dpt membanty sya..terima kasih.
Saturday, March 23, 2013
Penantian yang tidak menghampakan..
Akhirnya pada tanggal 20hb Mac 2013, pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk ke mahkamah rendah syariah shah alam untuk dibicarakan. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Ramai juga pasangan yang sudah berada didewan bicara, melebihi 20 pasangan. Hakim hadir di dalam dewan pukul 10.30 a.m. Nasib kami baik sebab nama kami dipanggil awal.Hakim dan pendakwaraya menjalankan tugas masing2 dengan jayanya. Awal-awal lagi kami berdua mengaku bersalah dan faham akan implikasinya ke atas kami nanti yang mana kalau bersabit kesalahan aku dan suami boleh dikenakan denda tidak melebihi rm1000.00 seorang atau dipenjarakan 6 bulan. Aku dan suami dibenarkan untuk membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan. Aku didenda rm800 atau 6 hari penjara dan suamiku pula didenda rm900 atau 7 hari penjara. Alhamdulillah, perbicaraan berjalan dengan baik dan lancar. Seterusnya setelah selesai bicara, kami diarahkan untuk mebayar denda di kaunter luar. Setelah mendapat resit denda tersebut, aku dan suami terus bergegas ke bangunan bersebelahan yakni ke pejabat JAIS di tingkat 6 untuk menyerahkan resit denda tersebut . Sekeping borang dihulurkan untuk aku isikan, setelah itu kami diarahkan untuk ke pejabat bertentangan untuk buat bayaran permohonan pendaftaran sijil nikah.Insha alllah, sijil nikah akan dikeluarkan dalam masa 14 hari tarikh permohonan.Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik pada hari ini.
Sunday, March 17, 2013
Bab ke 3 ..Akhirnya...saman dikeluarkan
Alhamdulillah, setelah lebih kurang menunggu hampir 4 bulan, aku telah diberitahu oleh pihak JAIS, bahawa mahkamah telah menetapkan waktu perbicaraan kes aku pada 20hb Mac 2013. Aku dan suami mesti hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam jam 9.00 pagi dengan membawa dokumen2 yang berkaitan dan sejumlah wang ..biasanya untuk membayar denda. Semuga allah swt mempermudahkan segala urusan hidup kami, ameen.
7 Things Your Muslim Wife Won’t Tell You
Most men have A hard time understanding women. Even a woman they’ve been married to for years.
one minute She’s perfectly fine. the next, she’s crying Like a baby.She complains about something but when we offer advice on how to fix it, she still isn’t satisfied.
After several years of marriage (And counselling) i’ve learned to not worry so much about what my wife says. Instead, I should worry about what she doesn’t say.
1. Above all, She Wants Your love
When a wife shows her husband less respect, he in turn shows her less love.
And when a husband shows his wife less love, she in turn shows him less respect.
And the vicious cycle repeats itself.
Stop this prophecy before it becomes self-fulfilling. Show love to your wife.
that’s what she wants. Love her despite her flaws and quirks.
And Inshallah, she’ll respect you despite your flaws and quirks.
When a wife shows her husband less respect, he in turn shows her less love.
And when a husband shows his wife less love, she in turn shows him less respect.
And the vicious cycle repeats itself.
Stop this prophecy before it becomes self-fulfilling. Show love to your wife.
that’s what she wants. Love her despite her flaws and quirks.
And Inshallah, she’ll respect you despite your flaws and quirks.
2. She’s Bored
It’s the same thing every day.
Week in and week out.
Not only is she bored but she’s also tired.
She has to care for the kids and run the household and then pamper you.
Just thinking about doing that every day makes me want to crawl under my covers and hide. I can imagine how the average Muslim housewife must feel.
And Let’s not forget about working woman. Many Muslim women have to work a full time job as well as hold a house down.
So brothers, I implore you, make your wife feel special. give her a break.
Take her out sometimes. Surprise her with a surprise meal. Bring her favorite desert home.
Just Do something every now and then to break the monotony.
3. She Wants to be Complimented
Appreciation.
Everybody wants it.
No one wants to feel as if the hard work they do goes unnoticed or even worse, it taken for granted.
Your wife does not have to clean your dirty clothes. And she does not have to cook your meals.
But she does.
And she does that on top of all the other things in her life:
Caring for the kids.
Working or going to school.
Striving to be a better Muslimah.
Show your Muslim wife that you appreciate and are thankful for the things she does to maintain you and your family.
A simple “thank you” is a good start.
4. She’s Insanely Jealous
there’s a reason most women don’t care for polygamy.
Be very careful how you talk about other women around your wife.
Don’t ever compare your wife to another woman.
Don’t compare her to Some female movie star.
Don’t compare her to your mother.
Never, ever compare her to your ex-wife (or other wife!)
She’s wants to know and believe that she is the center of your universe. So make her feel that way.
Even the Prophet’s (pbuh) wives got jealous. Aisha (RA) even got jealous of Khadijah (RA) who was dead.
Expect, and respect, the same type of jealousy from your wife.
5. She Wants You to Help Her become A Better Muslimah
If you haven’t seen it yet, I encourage you to watch this video I did a couple of weeks ago for Muslim men. In this video I stress the importance of men taking the role of leader within their families.
And that’s the problem with a lot of Muslim men these days.
Not only are they not being good leaders, they’re being led by their wives (or mothers, or other women in their lives).
Your wife desires and wants you to be her leader. And what better way to lead her than to be show her how to be a better Muslimah?
But you can’t show her how to become better if you’re not that great either. Therefore, you have to upgrade your Iman. You have to improve yourself and then pass it on to her in a gentle, respectful way.
6. She Doesn’t Like to Nag, But Sometimes You Make It Hard
It’s a common myth that women like to nag their husbands. That’s not entirely true.
Yes, there are some people (men and women) whom you can never please. No matter what you do, they’ll Always find fault in something. Let’s be reminded of the following hadith:
Narrated Ibn ‘Abbas: The Prophet said: “I was shown the Hell-fire and that the majority of its dwellers were women who were ungrateful.” It was asked, “Do they disbelieve in Allah?” (or are they ungrateful to Allah?) He replied, “They are ungrateful to their husbands and are ungrateful for the favors and the good (charitable deeds) done to them. If you have always been good (benevolent) to one of them and then she sees something in you (not of her liking), she will say, ‘I have never received any good from you.”
Sahih Bukhari
So, yes sisters should be careful about denegrating the things your husband does for you.
But very often, you brother, make it hard for her to hold your tongue.
Perhaps you’re always finding fault with her and she looks for things in your character to get even.
Perhaps you’re not working (or not working hard enough) and she has to work to take up some slack.
Perhaps you’re just not that great of a guy.
Once again, upgrade yourself and give her less reasons to complain and nag.
7. more Than Anything, She Wants a Stable, Happy Relationship With You
Women don’t get married just because they think it’s gonna be fun.
They get married because they want a happy family life and they believe you’re gonna give it to them.
Outside of her religious duties, that’s the most important thing in a Muslim woman’s life. Raising a happy, stable, Muslim family.
The funny thing is, it’s very easy for you to give that to her.
Stop acting like a jerk. Be a good husband to her. Be kind. Show her you love her.
Don’t threaten her with divorce or taking a second wife. Yes, you have the right to do both. But using them as threats is inappropriate and detrimental to your marriage.
Trust in Allah, watch out for the tricks of Shaytan, and be patient with her. There’s nothing Shaytan would love more than to destroy your marriage.
See? That isn’t all that hard, now is it?
Saturday, March 16, 2013
Berakhirnya sistem khilafah......
| Rancangan Penghapusan Sistem Khilafah dan Pemecatan Khalifah Islam Posted on Saturday, March 16 @ 12:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
n
"
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898).
Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.
Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk keistana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.
“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.
Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izinmenempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.
Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.
“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.
Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.
“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.
Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.
Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.
“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.
Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.
“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.
Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.
Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.
“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.
Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.
Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.
“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.
Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.
Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.
“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.
Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.
*Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid
Samb: silverheritage "
Thursday, February 28, 2013
Kenapa Harus suami menengking isteri?
Sedih dan rasa kecik hati bila suami meninggikan suara dan menengking si isteri yang hanya melakukan kesalahan kecil. Mungkin kesalahan itu kecil di mata isteri tapi nampak besar di mata suami. Apa pun, si isteri harus bersabar mengharungi kehidupan ini dengan sentiasa mnegharap keredaan dan keampunan dari Allah swt.
Subscribe to:
Posts (Atom)