Hari Pertama
Sudah lama aku tidak pergi bercuti.3 hari 2 malam jadi pilihan, betul-betul jatuh pada tarikh lahirku.Hari yang ku tunggu akhirnya tiba . Aku ingin balik ke kampung halaman ku pada tahun ini. Perjalanan ke sana alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah swt. Tempat pertama yang dituju ialah Deen Nasi Kandar.Setelah kenyang misi mencari hotel pulak. Hotel Tune menjadi pilihan. Jalan-jalan cari makan keliling Georgetown. Malamnya ke Pasar Malam Batu Ferringi dan stop terakhir di Padang Kota.Rojak buah dan air soya menjadi pilihan. Balik hotel dah hampir 12 malam. Masing2 keletihan . Aku segera mandi dan cuci pakaian kotor .Usai segalanya. aku tidur. Suami ada bersama tetapi nampaknya dia tidak enjoy seperti kami . Aku bayangkan suami yang sudah berjauhan lebih 5 bulan itu akan merindui aku.Namun sangkaanku jauh terpesung.Langsung dia tidak menyentuhku.Aku sedih. Aku pendamkan perasaanku namun hatiku menggerutu ..Aku dikejutkan dengan bunyi alarm,bunyi yang datang dari handphonenya.Jam di dinding menunjukkan pukul 5 pagi.Dia bingkas bangun dan terus keluar dari bilik. Aku juga bangun sejurusnya untuk menunaikan solat subuh. Doa aku panjatkan ke hadrat Ilahi .Air mata terus .membasahi pipi.Aku menangis dan mengadu kepada Allah dengan hati yang penuh hiba duka nestapa. Suamiku kembali jam 7 pagi dan mengajak aku minum. Aku menolak. Ketika itu airmataku tiba2 jatuh berderai.Aku masih berharap mungkin dia inginkan aku. Meleset lagi.Dia keluar dan terus meninggalakan aku keseorangan di dalam kamar hotel.
9 Disember berlalu pergi .Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari.
Hari Kedua
10hb Disember 2016
Walaupun perassan aku masih dipenuhi kesedihan, aku tetap berselera untuk bersarapan pagi.Pukulan nasi kandar Penang memang hebat. Sekali lagi kami makan nasi kandar di Flat Kg Melayu Air Itam dan kopi ais kaw. Nikmatnya sarapan pagi hari ini.Selepas itu ke Chowrasta Market untuk beli jeruk buah-buahan.Lunch di Restoran Cina yang menjual makanan halal. Char kuew tiaw goreng dengan telur mata kerbau. Kemudian ke Tanjung Bungah untuk beli goreng pisang rangup.Perut betul-betul ketat. Berhenti sekejap di surau untuk solat. Perjalanan diteruskan ke Kuala Ketil, Kedah untuk melawat Mak Long dan Pak Long. Berhenti di pekan untuk beli Rojak sebagai buah tangan untuk diberikan pada PaK Long dan Mak Long.Magrib menghampiri. Kami beredar untuk cari masid berdekatan. Alhamdulillah. usai solat, destinasi seterusnya ialah ke rumah baru adik lelakiku. Tiba waktu solat isyak. Suamiku yang tidak pernah lekang dengan masjid tu bergegas keluar semula berjalan kaki untuk cari surau berdekatan. aku diajak sekali.Aku menurut tanpa protes walaupun tadi aku dah solat jamak dan qasar. Aku diberikan bilik bawah untuk menginap. .Rumah ini besar dan selesa untuk didiami.Selepas mengalas perut dengan nasi goreng yang digoreng sendiri oleh adikku kami duduk dan berbual-bual.Aku ingatkan kali ini mungkin suami akan bermesra dengan ku tanpa gangguan. Aku cuba kali ini untuk menarik perhatiannya.Sebaliknya, dia terus tidur tanpa menhiraukan nafkah batin ku. Aku rasa sangat malu dan terhina.Tragedi 9 Disember berulang lagi. Aku sekarang benar-benar pasti suamiku tidak menginginiku lagi. Aku rasa seperti tonggol kayu mungkin lebih teruk dari itu.Terbit rasa sesal namun hatiku tetap rasa bersyukur . Ketika itu Allah Maha Pengasih telah mebuka mata dan mindaku. Aku selama ini buta mata dan buta hati.Tragedi 9 Disember menghentak mindaku.Aku terbangun dari lena yang panjang.Baharu aku sedar betapa jahilnya aku tentang perhubungan aku dan dia. Ucapan yang keluar hanya manis di bibiry, lain di mulut lain di hati.Aku telah terpedaya dengan sikapnya yang mengaku dirinya sebagai alim dan warak. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang bersarang di hati aku dan dia, ibarat telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja telur akan jatuh berkecai. Aku pasrah.
HARI ketiga
11hb Disember 2016
Dua hari berlalu. Amat mengecewakan. Percutian yang pahit. Pengalaman yang mengerikan. Tragedi 9 Disember menjadikan percutian kali ini hambar dan kosong. Aku pulang dengan hati yang luka parah. Minda yang serabut dengan seribu satu macam persoaalan. Aku sesungguhnya tidak sabar untuk meluahkan segala isihatiku kepada dia agar dia tahu apa yang aku rasakan.Kami menghantarnya ke setesyn lrt lewat pukul 9 malam.Dia menghulurkan tangan . Aku menyambutnya dengan tanganku dan seterusnya mencium tangannya. Mugkinkah ini adalah pertemuan aku yang terakhir dengannya.Tragedi 9 Disember bermain dimindaku.Dadaku sebak.
Alhamdulillah aku pulang dengan keadaan selamat sejahtera. Tanpa berlengah lagi, aku terus menghantar teks melalui ws. soalan demi soalan aku ajukan. Jawabannya amat memeritkan. Aku terkedu. Telahan aku sudah menjadi kenyataan. Bukannya mudah untuk aku menelan berita yang aku terima namun aku kuatkan semangatku untuk mendalami isihatinya. Ternyata dia selama ini pura-pura menyayangi diriku. Tragedi 9 Disember menelanjangkan segalanya, ibarat menonton filem ulang tayang.Segalanya terjawab dan tampak jelas.
Tragedi 9 Disember membuatkan aku berpusing 360 darjah. Aku perlu berhati-hati sekarang.Aku telah dipermainkan tanpa ku sedari. 11 tahun lamanya aku menikahinya. Aku sdudah bersedia insha allah untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Ya Allah, bantulah hambamu yang daif dan bodoh ini untuk bertindak dengan jalan yang diredhaiMu..Ameen. Sekiranya, perhubungan ini baik, kau dekatlah aku dengan dia.Sekiranya sebaliknya, kau jauhilah aku daripada dia. Hanya dikau yang aku sembah dan hanya kepada engkaulah aku memohon pertolongan. Ameen ya Rabb.
Tragedi 9 Disember mungkin merubah segalanya dengan kehendakMu jua Ya Allah.

No comments:
Post a Comment