Tiada Tafakur Dalam Islam - Tasyabuh itu haram
Gua kempen supaya umat Islam jangan berkabung.. Demi aqidah. Sila baca yang tertulis dalam prinscreen di bawah. Lantak pi kat melayu nak berkabung sebab dia melayu. Melayu itu bukan agama.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata: "Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: "Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari". (Riwayat al-Bukhari, Ibn Hibban, Ibn 'Abd al-Barr dll)
Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, 'Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal 'Umar bin 'Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung --jika diizinkan.
Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi'in, para imam hadis dan fekah, tidak juga umat Islam berkabung. Kita semua tidak lebih mulia dari meraka. - DR MAZA
Salam.
ReplyDeleteSaya ada sent emel kt saudari. Mengenai post saudari pd thn 2011. Boleh tak tolong cek.
Terima kasih bebanyak.