Sunday, February 24, 2013

Bab Kedua bahagian Kedua - Cara2 daftar nikah di Selangor

Dah lama tak menulis diblog..alhamdulillah, walaupun kehidupan aku sederhana tetapi segala-galanya cukup,tempat tinggal, makan pakai aku tak pernah berkurang semenjak bergelar suami isteri. Suamiku masih belum boleh mencari pekerjaan kerana urusan pendaftaran pernikahan di JAIS masih belum selesai. Pada 13hb Februari 2013, aku menerima panggilan dari pejabat JAIS. Aku ingatkan ada berita baik yang hendak disampaikan kepadaku, tetapi sebaliknya mereka meminta salinan bil api/air dimana aku tinggal untuk penyerahan kepada pihak Mahkamah. Pegawai yang bertugas memaklumkan kepadaku, sekarang ni kes aku sudah diserahkan kepada Mahkamah bahagian Pendakwaraya pada 4hb Februari 2013 .Untuk mendapatkan kepastian, aku cuba menalipun Bahagian Pendakwaraya dan alhamdulillah aku dapat bercakap dengan pegawai yang bertugas.Aku tanya apa yang akan berlaku selepas ni. Inilah jawapan yang diberikan.Pada awalnya, kes aku akan disemak oleh Pegawai bawahan kemudian akan disemak semula oleh  Pegawai atasan. Proses ini memakan masa selama 30 hari bekerja.Maksudnya dalam kes aku ni, aku terpaksa menunggu sehingga pertengahan bulan Mac sebelum kes aku di bawa ke bahagian lain..dah lupa pula bahagian mana.Di bahagian lain ni aku akan dipanggil untuk hadir ke mahkamah untuk buat bayaran tertentu.Lepas tu katanya lagi, proses ni akan amik masa 15 hari bekerja.Kemudian mahkamah akan bagi tau aku bila tarikh perbicaraan dalam masa 30 hari bekerja.kalau dikira, nampaknya proses pendaftaran di Selangor sangatlah panjang mungkin sampai bulan Jun belum tentu kes ni selesai. Allahu alam...Aku bertanya kembali kepada pegawai tu, boleh tak aku buat surat rayuan untuk mempercepatkan proses mahkamah.Tanpa keberatan, beliau telah memeberikan aku emailnya. Aku telah pun menulis surat melalui email kepadanya.Aku berdoa pada Illahi agar memudahkan segala urusan hidup kami, ameen.

http://www.jais.gov.my/

1 comment: